Friday 2 August 2013

LAPORAN AKTIVITI XPDC GRUP IBN BATTUTAH DI LHOKSAMAWE

03 Januari 2013 (Khamis)

Diiringi dengan lafaz “Bismillahirrahmanirrahim”, relawan-relawan Ibn Battutah mengadakan satu musyawarah untuk membincangkan mengenai kekurangan dan penambahbaikan hasil daripada pertemuan yang telah dilakukan bersama mahasiswa/wi Himpunan Mahasiswa Islam (HMI) cabang Lhokseumawe. Usai sahaja perbincangan mengenai pertemuan semalam, kami beralih pula kepada topik perbincangan yang lain iaitu mengenai aktiviti-aktiviti yang akan dilakukan sepanjang kami berada di Pesantren Ar-Rabwah, Banda Aceh pada esok hari. Kemudian perbincangan beralih pula kepada  mengenai perlantikan baru organisasi PKPIM Unisel. Dari presiden sehinggalah biro-biro. Encik Izwan Suhadak mengharapkan organisasi dari Grup Ibn Battutah ini diserap masuk ke dalam organisasi PKPIM sahaja. Jadi tujuan perbincangan ini adalah untuk tahu sama ada setiap biro-biro dari Grup Ibn Battutah ini setuju atau tidak jika di serap masuk ke dalam PKPIM. Akan diadakan majlis syura PKPIM bila kami balik ke Malaysia nanti. Perbincangan setakat ini sahaja untuk hari ini. Majlis ditutup dengan tasbih kifarah dan Surah Al-Asr.


Pada sebelah malam pula, relawan lelaki mengadakan pertemuan dengan KAHMI iaitu bekas ahli-ahli HMI yang sudah tamat pengajian di kedai makan yang berdekatan dengan pejabat HMI Lhokseumawe. Tujuan kami adakan pertemuan ini adalah untuk berbincang mengenai cadangan dari Encik Izwan Suhadak yang mahu GPTD mengadakan hubungan 2 hala atau hubungan kerjasama dengan HMI Lhokseumawe iaitu dari (1) Perkongsian tentang sejarah Aceh; (2) Perkongsian sistem kaderisasi dari HMI; (3) Pertukaran artikel-artikel dari HMI dengan GPTD. Tetapi semasa perbincangan itu, seorang pensyarah dari Universiti Malikulsalleh yang juga ahli KAHMI memberi cadangan supaya mengadakan hubungan 2 hala dengan 3 perkara lebih kepada Islam iaitu (1) Perkongsian informasi sejarah Islam di antara Malaysia dan Indonesia, khususnya di Aceh; (2) Perkongsian Methodologi dan keahlian (kaderisasi) di peringkat ahli dan kepimpinan; (3) Kerjasama di dalam bidang penulisan yang berfokuskan Islam, budaya dan pendidikan. Perkongsian ini akan di lakukan dengan pertukaran buah fikiran didalam bentuk artikel untuk di terbitkan di negara masing-masing. 3 perkara ini sudah di persetujui oleh kedua-dua belah pihak iaitu HMI dan GPTD. Pihak HMI dan GPTD harap dengan kerjasama 2 hala ini, hubungan antara mahasiswa atau yang lebih utama hubungan 2 negara ini akan lebih baik dan berkualiti. Kedua-dua belah pihak ini akan menandatangani MOU (Memorandum of Understanding) pada esok hari sebelum kami bertolak ke Indrapuri.


No comments:

Post a Comment