Sunday 4 August 2013

KAJIAN TUMPUAN : TARIQAT NAKSYABANDIYYAH


Seperti yang kita ketahui, jumlah tariqat sangat banyak. Namun, Tariqat yang memiliki pengikut yang cukup ramai sehingga tersebar luas di dalam banyak Negara di seluruh dunia termasuk Indonesia ada 7 Tariqat iaitu Tariqat Naksyabandiyah, Tariqat Qadriyah, Tariqat Rafa’iyyah, Tariqat Sammaniyah, Tariqat Syaziliyah, Tariqat Tijaniyyah dan Tariqat Khalawatiyah. Dalam banyak-banyak tariqat yang ada disini, saya terpanggil untuk mengkaji serba sedikit mengenai tariqat Naksyabandiyah.
Pengasas Tariqat Naksyabandiyah ialah Muhammad bin Baha’uddin Al-Huwaisi Al-Bukhari 717-791 H. Beliau merupakan Ulama sufi yang lahir di desa Hinduwan (kini di namakan Arifan) dan terletak beberapa kilometer dari Bukhara. Kerana beliau ahli dalam memberikan gambaran kehidupan yang ghaib, pengasas Tariqat Naksyabandiyah ini turut dikenali dengan nama Naksyabandi yang bermaksud lukisan. Ada juga yang mengatakan Uwais yang terletak pada sebaris namanya ada hubungannya dengan Uwais al-Qarni, seterusnya mendapat pendidikan kerohanian dari wali besar Abdul Khalik Al-Khujdawani yang juga merupakan murid kepada Uwais dan menimba ilmu Tasawuf kepada ulama yang ternama waktu itu, iaitu Muhammad Baba Al-Sammasi.
Tariqat Naksyabandiyah ini juga mengajarkan zikir-zikir yang sangat sederhana, namun lebih mengutamakan zikir dalam hati daripada zikir dengan menggunakan lisan. Terdapat enam dasar yang dipakai sebagai pegangan untuk mencapai tujuan dalam Tariqat ini iaitu Taubat, Uzla iaitu mengasingkan diri dari masyarakat ramai yang dianggapnya telah mengingkari ajaran-ajaran Allah dan beragama kemaksiatan, kerana ia tidak mampu memperbaikinya, Zuhud iaitu memanfaatkan dunia untuk keperluan hidup seadanya, taqwa, Qanaah iaitu menerima dengan senang hati segala sesuatu yang dianugerahkan oleh Allah SWT dan yang terakhir adalah Taslim iaitu Kepatuhan batiniah akan keyakinan qalbu hanya pada Allah.

Hukum yang dijadikan pegangan dalam Tarekat Naksyabandiyah ini juga ada enam, antaranya adalah zikir, meninggalkan hawa nafsu, meninggalkan kesenangan duniawi, melaksanakan segenap ajaran agama dengan sungguh-sungguhnya, sentiasa berbuat baik (ihsan) kepada makhluk Allah SWT dan yang terakhir adalah mengerjakan amal kebaikan. Walau bagaimanapun, pengamal tariqat harus berwaspada dengan tariqat tanpa guru-guru yang soheh. Segala kekurangan kebaikan datang dari Allah SWT dan segala keburukan itu datang dari diri saya sendiri. Syukran, jazakumullahu khairan kathira wa ilalliqa’.

KAJIAN TOKOH - SULTAN MALIK AL- SALEH


Seperti yang kita ketahui, jumlah tariqat sangat banyak. Namun, Tariqat yang memiliki pengikut yang cukup ramai sehingga tersebar luas di dalam banyak Negara di seluruh dunia termasuk Indonesia ada 7 Tariqat iaitu Tariqat Naksyabandiyah, Tariqat Qadriyah, Tariqat Rafa’iyyah, Tariqat Sammaniyah, Tariqat Syaziliyah, Tariqat Tijaniyyah dan Tariqat Khalawatiyah. Dalam banyak-banyak tariqat yang ada disini, saya terpanggil untuk mengkaji serba sedikit mengenai tariqat Naksyabandiyah.
Pengasas Tariqat Naksyabandiyah ialah Muhammad bin Baha’uddin Al-Huwaisi Al-Bukhari 717-791 H. Beliau merupakan Ulama sufi yang lahir di desa Hinduwan (kini di namakan Arifan) dan terletak beberapa kilometer dari Bukhara. Kerana beliau ahli dalam memberikan gambaran kehidupan yang ghaib, pengasas Tariqat Naksyabandiyah ini turut dikenali dengan nama Naksyabandi yang bermaksud lukisan. Ada juga yang mengatakan Uwais yang terletak pada sebaris namanya ada hubungannya dengan Uwais al-Qarni, seterusnya mendapat pendidikan kerohanian dari wali besar Abdul Khalik Al-Khujdawani yang juga merupakan murid kepada Uwais dan menimba ilmu Tasawuf kepada ulama yang ternama waktu itu, iaitu Muhammad Baba Al-Sammasi.
Tariqat Naksyabandiyah ini juga mengajarkan zikir-zikir yang sangat sederhana, namun lebih mengutamakan zikir dalam hati daripada zikir dengan menggunakan lisan. Terdapat enam dasar yang dipakai sebagai pegangan untuk mencapai tujuan dalam Tariqat ini iaitu Taubat, Uzla iaitu mengasingkan diri dari masyarakat ramai yang dianggapnya telah mengingkari ajaran-ajaran Allah dan beragama kemaksiatan, kerana ia tidak mampu memperbaikinya, Zuhud iaitu memanfaatkan dunia untuk keperluan hidup seadanya, taqwa, Qanaah iaitu menerima dengan senang hati segala sesuatu yang dianugerahkan oleh Allah SWT dan yang terakhir adalah Taslim iaitu Kepatuhan batiniah akan keyakinan qalbu hanya pada Allah.

Hukum yang dijadikan pegangan dalam Tarekat Naksyabandiyah ini juga ada enam, antaranya adalah zikir, meninggalkan hawa nafsu, meninggalkan kesenangan duniawi, melaksanakan segenap ajaran agama dengan sungguh-sungguhnya, sentiasa berbuat baik (ihsan) kepada makhluk Allah SWT dan yang terakhir adalah mengerjakan amal kebaikan. Walau bagaimanapun, pengamal tariqat harus berwaspada dengan tariqat tanpa guru-guru yang soheh. Segala kekurangan kebaikan datang dari Allah SWT dan segala keburukan itu datang dari diri saya sendiri. Syukran, jazakumullahu khairan kathira wa ilalliqa’.

KAJIAN TOKOH - IBN BATTUTAH

Latar Belakang Ibn Battutah.

Nama penuh Ibn Battutah ialah Muhammad ibn Abdullah ibn Muhammad ibn Ibrahim ibn Yusuf al-Lawati al-Tanji. Beliau diberi gelaran Abu Abdullah atau Shams al-Din. Selain itu, Beliau dikenali sebagai Ibn Battutah.  Seorang kabilah Barber dari golongan Muslim Sunni. Beliau telah di lahirkan di Tangier, Maghribi 24 Februari 1304 bersamaan 704 Hijrah bulan Rejab dan meninggal dunia pada tahun 779 Hijrah bersamaan 1372 Masihi. Beliau merupakan cendiakawan, ulama Mazhab Maliki dan pernah berkhidmat sebagai Qadi. Ibn Battutah terkenal sebagai penjelajah dan pengembara serta menulis mengenai pengenbaraanya selama hampir tiga puluh tahun. Beliau adalah perintis pengembaraan dunia yang berjaya merentasi benua Afrika dan Asia serta menghasilkan karya penting dunia islam yang meliputi daerah Barat Afrika hingga ke Pakistan, India, Maldives, Sri Lanka, Asia Tenggara dan Cina. Selain itu, Beliau diberikan gelaran sebagai Syamsuddin di negeri-negeri timur. Tokoh orientalis Dozy, menggelar beliau sebagai ‘Pengembara Yang Jujur’. Beliau telah meninggalkan kota asalnya pada tahun 1325 untuk menunaikan haji di Mekah yang mengambil masa selama satu setengah perjalanan ketika berusia 21 tahun. Bukan itu saja, beliau terkenal sebagai seorang ahli geografi Islam yang banyak membuat pelayaran dari Timur Tengah ke India dan seterusnya China. Oleh kerana bapa dan datuknya terdiri daripada ulama dan bertugas sebagai kadi, maka Ibn Battutah sejak kecil lagi telah menerima pendidikan agama di kampungnya. Di Tanjah beliau telah menyempurnakan pelajaran syariah Mazhab Maliki. Beliau mempelajari banyak bidang ilmu pengetahuan seperti ilmu bahasa Arab, Parsi, Turki, sastera dan ilmu ketika dalam pengembaraannya.

Ciri-ciri Keperibadian Ibn Battutah.
Ibn Battutah adalah seorang ilmuan dalam bidang pelayaran, agama dan bahasa. Dalam bidang geografi beliau dianggap sebagai seorang ahli geografi yang mempunyai sakhsiah yang menakjubkan. Jawatan beliau sebagai kadi di negerinya dan beberapa negeri lain yang dilawatinya membuktikan ilmu agamanya tinggi, terutama berkenaan dengan perundangan Islam dan Mazhab Maliki. Beliau bukan hanya mahir berbahasa Arab tetapi juga mahir dalam bahasa Parsi dan Turki. Pengembaraannya yang begitu jauh yang terpaksa menempuh pelbagai dugaan dan halangan membuktikan beliau adalah seorang yang tegas, kuat cita-cita, dan tidak mudah putus asa serta ahli dalam bidang pelayaran. Kejayaannya mendampingi para sultan, gabenor dan ketua-ketua negara, para ulama di negara yang dilawatinya menunjukkan Ibn Battutah adalah seorang yang berperibadi tinggi, mulia akhlak, berwibawa, pandai berdiplomasi serta mempunyai sifat-sifat terpuji. Oleh kerana sifat baik serta berpendirian teguh, maka kenalannya di tempat-tempat yang dilawatinya itu mudah memberi segala bantuan dan kemudahan untuk pengembarannya. Dalam bukunya Rihlah, beliau menyebut lebih 2000 orang yang ditemuinya secara peribadi atau maqam-maqam yang dilawatinya.

Rintangan dan halangan yang dihadapi oleh Ibn Battutah
semasa pelayaran.

Ibn Battutah banyak menghadapi rintangan semasa pelayaran tetapi beliau dapat menyelesaikan dengan mudah dan cepat semasa pengembaraan. Antara tempat pengembaraan Ibn Battutah bermula dari barat laut afrika dan mesir, kemudian, Ke negeri syam, drai damsyik ke makkah, dari makkah ke kufah, pergi ke selatan dan Iraq, kemudian, beliau mengembara lagi ke tanah arab selatan, afrika timur dan teluk parsi asia kecil dan laut hitam, turkestan dan khurasan, sind dan barat laut india, kota raya dehli selepas itu Ibn Battutah mengembara lagi ke pesisiran pantai Malabar, kepulauan Maldives, kemudian, sri lanka, ma’bar, bagladesh sumatera, mul jawa dan tawalisi, china serta ke andalus dan akhir sekali ke mali.

Ketika umur Ibn battutah 22 tahun beliau meninggalkan Tanjah dengan tujuan meninaikan haji iaitu salah satu rukun islam. Sewaktu beliau melalui mesir, timbul pula keinginan untuk menjelajahi seluruh dunia. Di situ lah beliau berazam tidak mahu melalui jalan yang sama dua kali dan dengan sengaja beliau sanggup memilih jalan yang berliku-liku demi mencapai tujuannya. Pada tahun 1330 beliau belayar menyusuri pantai Afrika timur sehingga sampai ke kawasan yang kini dikenali sebagai Tanzania. Bukan itu saja, ketika beliau hendak ke Mesir, Shams(Syria) dan Anatolia(Turki) beliau mengikut jalan darat yang agak sukar dan rumit. Setelah menjelajahi rantau tersebut beliau belayar merentasi laut Hitam ke daratan Asia Tengah Barat. Dari situ beliau menghala pula kea rah barat dan mengunjungi ibukota Empayar Byzantin. Dan belayar pula kea rah timur melalui wilayah Ma Wara’ al-Nahr, Khurasan dan Afghanistan.

Bukan itu sahaja, Ibn Battutah pernah tinggal di India selama lapan tahundan berkhidmat sebagai kadi dalam kerajaan sultan Muhammad ibn Tughluq. Dan tahun 1342, beliau terselamat daripada di murka Sultan India lalu dilantik baginda menjadi duta di China. Dalam pelayaran ke sana beliau terkandas di Cacilut di India Selatan tetapi Alhamdulillah beliau dapat menumpang kapal lain untuk belayar ke kepulauan Maldives di mana beliau menjadi kadi selama lapan belas bulan. Selepas itu walaupun isi kedutaanya tidak Berjaya tetapi beliau sudah berazam akan sampai ke china pada tahun 1345. Dalam pelayaran beliau singgah di Bengal, Assam(Burma) dan Samudera-Pasai ketika itu bergelar al-Malik al-Zahir. Dari situ beliau belayar melalui selat Melaka dan Laut Cina Selatan ke pelabuhan Canton di cina. Dan pada tahun 1353 beliau melakukan pengembaraan yang terakhir, iaitu ke negeri Sudan (Mali) di Afrika Barat. Beliau menghabiskan masa hamper tiga puluh tahun dalam rentetan penjelajahan yang meliputi seluruh dunia islam dari barat ke timur. Pengembaraan beliau meliputi jarak lebih kurang 73,000 batu.    Menurut pandangan masyarakat lain Ibn Battutah berlayar selama 15 hari dan mempunyai kelebihan dalam pelbagai cara. Misalnya, sekiranya tempat persinggahan itu menyuruh menjadi imam beliau dapat membuatnya.

Ibn Battutah  pernah singgah di Samudera pasai berjumpa dengan Sultan Jawa.

Sultan Jawa dikenali sebagai Sultan Al- Malik Al-Zahir. Ia termasuk salah seorang raja yang memiliki kelebihan di samping seorang yang dermawan. Ia juga mempunyai sosok yang disegani dan dihormati. Baginda bermazhab Syafi’e dan mengasihi ‘Fuqaha’ dan bertukar pendapat. Bukan itu sahaja,  baginda banyak berjihad dan berperang selain merupakan seorang yang tawaduk.

Ibn Battutah pernah berjumpa dengan sultan Al-malik Al-Zahir di Istana Sultan Al-malik Al-Zahir. Di mana Sultan Al-Malik Al-Zahir menghadap Ibn Battutah dan mengucap salam berbanding penduduk di sini biasanya mengucapkan salam sambil bersalam. Kemudian, beredar ke kediaman Sultan Al-Malik Al-Zahir dimana sultan menunggang gajah dan Ibn Battutah menunggang kuda dan mengiringi baginda ke balairung seri. Di Balairung seri ada semua wazir, amir, jurutulis, pegawai kerajaan dan panglima tentera. Di samping itu juga, pelbagai benda yang berlaku semasa Ibn Battutah berada di Samudera Pasai. Dimana Ibn Battutah melihat punca perselisihan Sultan Al-Malik Al-Zahir dengan putera saudaranya akibat putera saudaranya mengkianatinya dengan menanggap dirinya sebagai raja. Kerana peristiwa inilah sultan telah membina sebuah tembok mengelilingi Sumatera.

Beberapa pendapat mengenai :
Adakah Ibn Battutah berjumpa dengan Sultan Al-Malik Al-Zaher di Samudera Pasai?

Ada empat pandangan dari empat orang pengkaji sejarah iaitu Ahmad Yus, Ramlan Yunus, Ustaz Taqiyuddin Muhammad dan Pak Nurdin.

        Menurut Ahmad Yus bidang sejarah di makam Malikursaleh sangat mulia macam pusat serambi mekah atau pusat pasai. Merah silu dikenali sebagai Malikursaleh iaitu raja yang pertama memperkembangkan agama islam Seasia Tenggara dan Seasia Nusantara. Di samping makam Malikursaleh adalah anak pertamanya iaitu Malikurzaher iaitu raja kedua yang dianggap sebagai bijaksana. Beliau adalah pencipta wang yang pertama yang berada di Asia Tenggara dan Nusantara. Malikursaleh mempunyai ibu dan ayah yang bernama Merah Gajah dan Puteri Betung. Dan mempunyai seorang adik iaitu Merah Sung yang memegang sebuah kerajaan jempa di Biruen ketika dulu. Manakala beliau Merah Silu pernah memegang perkubulan kecil di manjung berkumpulan kecil kacamatan dinamakan Plang Mangat.

Selain itu, menurut Ahmad Yus lagi Ibn Battutah adalah pengaung dunia. Beliau adalah titah dan juga khalifah besar yang pernah berjumpa dengan Malikurzaher . Waktu malikurzaher membuat wang tersebut memberikan sebuah cetak wang itu kepada Ibn Battutah. Sampai sekarang di Maroco masih berlaku wang dirham. Setelah itu Malikurzaher dikatakan meninggal dunia dengan sebuah peperangan sesudah menduduk pantailan dengan sebuah serangan yang sangat dasyat meninggal dengan cara ghaib kerana 3 buah kerajaan hindu memerangi dengan sebuah kerajaan islam. Di Pulau Jawa ada sebuah kerajaan dimana kerajaan Majapahit dirajai oleh raja hayatmuru dan ada seorang panglima bernama gajah mada waktu itu zaman pencipta pecampuk. Kerajaan Majapahit Pembina kerajaan Sirivijaya. Kerajaan Sirivijaya telah diduduki oleh portugis dia menyerang ke mari 3 buah kerajaan. Sewaktu menyerang kemari Syahid seorang raja hancur sebuah istana Syafa di padang arab dan juga syahid seorang raja Malikurzaher, dan banyak sekali yang meninggal ada 200 ribu orang.

       Menurut Ramlan Yunus, Malikurzaher adalah pencipta wang dirham. Dirham digunakan sedah lama sudah lingkungan 790 tahun. Masih lagi digunakan di Negara asing. Selain itu, makam Malikursaleh di tutupi dengan kain kuning, dan batu nisannya sejauh dari tarikh wafatnya kira-kira 200 tahun dahulu kemudian di sebelah kirinya adalah makam anak pertamanya iaitu Malikuzaher. Di samping itu, Ramlan Yunus mengatakan lagi bahawa makam Malikurzaher itu diperbuat oleh orang di mana makam itu kosong kerana beliau mati syahid dalam peperangan. Makam itu dibuat bagi mengenal atau simbol atau penimpulan dasar bahawa di sampingnya itu adalah anaknya. Jelasnya lagi, itu bukan makam kerana beliau syahid peperangan besar di mana kaum muslimin pada hari minggu itu merayakan hari kemenangan itu hari raya kurban, beliau syahid demi mempertahankan negeri-negeri islam.

    Menurut Ustaz Taqiyuddin Muhammad, Merah Gajah dan Puteri betung adalah ibubapa kepada Malikursaleh. Keturunannya bermula dari Al-Malik Al-Saleh, Al-Malik Al-Zaher, Ahmad, Ahmad Dan Zainal Abidin. Makam Al-Malik Al-Zaher berada di sisi kiri atau sebelah timur ayahnya iaitu Al-Malik Al-Saleh. Al-Malik Al-Zaher mendapat gelaran kesultanan dan makam Ahmad, Ahmad dan Zainal Abidin tidak ditemui buat sementara ini masih dicari.

“Soalan yang diwartakan : Ada yang mengatakan Sultan Al-Malik Al-Zaher adalah cucu kepada Al-Malik Al-Saleh?”

“Jawapan : Al-Malik Al-Zaher hanyalah gelaran kerana kita tidak tahu yang mana satu Al-Malik Al-Zaher. Kerana cucunya pun menggunakan gelaran tersebut. Seperti mata wang dirham adalah keturunan Al-Malik Al-Zaher pada zaman itu kerana Al-Malik Al-Zaher yang mengeluarkan mata wang dirham. Di mana di depan dan di belakang mata wang dirham itu terdapat nama yang di tulis Mahmud Al-Malik Al-Zaher, Ahmad Al-Malik Al-Zaher ataupun Zainal Abidin Al-Malik Al-Zaher.”

“Soalan yang diwartakan : ada yang mengatakan Al-Malik Al-Zaher mati syahid dalam peperangan dan kubur di sebelah ayahnya itu hanyalah kosong sahaja. adakah betul?”

“Jawapan : kita tidak mempunyai naskah atau dokumen “Hazalqorbusyahit Al-syahid” yang bermaksud ini adalah kubur orang yang berbahagia. Nisannya ditulis Al-syahid yang membawa maksud seorang yang syahid. Syahid yang bagaimana meninggal di jalan allah atau meninggal saat berperang dan dikuburkan di mana dia meninggal di kawasan istana atau kediaman boleh jadi juga meninggal di medan tempur  atau meninggal semasa luka-luka atau waktu di bawa pulang. Belum ada bukti yang sahih.

    Menurut Pak Nurdin iaitu ketua Muzium Aceh memgatakan bahawa Ibn Battutah pernah di Samudera Pasai dan berjumpa dengan Al-Malik Al-Zaher. Dan singgah di Istana dan kediaman Al-Malik Al-Zaher serta Ibn Battutah pernah berada di sana ketika berlaku perselisihan faham antara putera saudaranya dengan Sultan Al-Malik Al-Zaher atas sebab putera saudaranya mengakui dia adalah sultan.


Kenapa kita meneladani pemikiran Ibn Battutah?

     Pertama, ingin mencontohi perjalanan Ibn Battutah yang penuh liku di situ kami mencontohi sikapnya yang sabar dengan cara kami lalui melalui setiap perjalanan dari Medan ke Lhokseumawe dan ke Bandar Aceh.

     Di setiap pergerakan dari Medan hingga ke bandar Aceh kami berhenti ke tempat-tempat untuk membuat kajian dan dokumentari bagi mengetahui kelebihan yang ada di setiap perhentian kami. Antaranya, masjid raya Al-Mashun, makam Malikursaleh, makam Malikur zaher, makam Nahrisyah, makam Tun Sri Lanang, Masjid Beruancan, Masjid Labui, Makam Syuhada Lapan, Makam empat puluh empat ulama dan sebagainya. Di samping itu juga, kedua, dapat menyebarkan dakwah dan iputasi yang ada dengan pelbagai cara. Bukan itu saja, dan ketiga, dapat juga mengembangkan khidmat sosial dan khidmat masyarakat seperti memberi khidmat di pesantren. Dimana di pesantren dapat membantu memberi khidmat pelajaran kepada mereka dan mengetahui apa keperluan yang diperlukan oleh mereka untuk kami membuat laporan serta badan NGO membantu. Kemudian, dapat mengetahui adat dan resam Negara lain.


KAJIAN TOKOH - SYEIKH ABDUL RAUF SINGKEL

Siapakah Abdul Rauf Singkel dan apakah signifikannya kehadiran beliau di dalam sejarah Acheh? Nama lengkap beliau ialah Aminuddin Abdul Rauf bin Ali Al-Jawi Tsumal Fansuri As-Singkili (1024 H/1615 M - 1105 H/1693 M), juga lebih dikenali sebagai Tok Syeikh di Kuala atau dikenali sebagai Syiyaah Kuala (kata Pak Nurdin, ia perlu disebut ‘Syiyaah’ bukannya ‘Syiah’ seperti yang disebut-sebut orang sebelum ini. Syeikh Kuala ini merupakan seorang penulis dan seorang ulama yang mengajar di Aceh sekitar tahun 1661, pada akhir abad ke-13. Abdul Rauf atau Syeikh Kuala dilahirkan di Singkel, barat Aceh. Oleh itu dia juga dikenali sebagai Abdul Rauf Singkel.

Beliau adalah tokoh ulamak tersohor Nusantara pada kurun ke-17. Dilahirkan di Kabupaten Singkel, sebuah daerah kecil di Aceh Selatan pada tahun 1620, iaitu lebih 100 tahun selepas kejatuhan Melaka di tangan Portugis. Menurut riwayat masyarakat, keluarganya berasal dari Parsi atau Arabia, yang datang dan menetap di Singkel. Abdul Rauf Singkel meninggal dunia pada tahun 1693, dengan berusia 73 tahun. Ia dimakamkan di perkarangan masjid yang dibangunkannya di Kuala Aceh, desa Deyah Raya Kecamatan Kuala, sekitar 15 KM dari Banda Aceh. Beliau juga digelar "Tengku Syiyaah Kuala". Sebagai mengenang jasa & menghormati peribadi beliau, sebuah universiti di Banda Aceh telah dinamakan sempena nama beliau iaitu Universitas Syiah (Syiyaah) Kuala. "Syiah" (disebut "Syiyaah" atau "Syah") adalah seorang Syeikh di dalam loghat Acheh. Ia tiada kaitan langsung dengan fahaman Syi'ah.

Syeikh untuk Tariqat Syattariyah Ahmad al-Qusyasyi merupakan salah seorang gurunya. Nama Abdul Rauf muncul dalam salasilah tariqat dan ia menjadi orang pertama yang memperkenalkan Syattariyah di Indonesia. Namanya juga dihubungkan dengan terjemahan dan tafsir Al-Quran bahasa Melayu atas karya Al-Baidhawi berjudul Anwar at-Tanzil Wa Asrar at-Ta'wil, yang pertama kali diterbitkan di Istanbul pada tahun 1884.

Kedudukan Abdul Rauf Singkel sebagai pemimpin Tariqat Syattariyah melalui panduan dan ajaran gurunya Syeikh Ahmad Qusyasyi, membolehkan beliau mengembangkan gagasan-gagasan keagamaannya sendiri sehingga ke Tanah Melayu melalui tariqat ini. Adapun muridnya yang turut bertanggungjawab dalam menyebarkan gagasan ini ialah Syeikh Abdul Muhyi setelah beliau pulang ke kampungnya di Jawa Barat. Malah usaha beliau menyebarkan ajaran tariqat  berkenaan sangat meluas hingga ke Jawa Tengah dan Jawa Timur, penyebaran tariqat ini begitu cepat berkembang dan pengajarannya bukan sahaja subur di  kalangan rakyat jelata, bahkan ianya mendapat tempat  di kalangan pembesar dan pemerintah.

          Selain daripada Tariqat Syattariyah yang tersebar luas di Nusantara terutamanya di Aceh, terdapat berbagai-bagai aliran tasawuf lagi seperti Tariqat Naqsyabandiyah, Qadariyah, Syaziliyah  dan lain-lain. Antara tokoh-tokoh ulama tasawuf yang terkenal di Aceh selain daripada Abdul Rauf Singkel ialah Hamzah al-Fansuri, Syamsuddin al-Sumatrani, Syeikh Ibrahim al-Syami, Nuruddin al-Raniri, Syeikh Abdul Qadir al-Jailani. Sekalipun terdapat pertentangan antara dua kumpulah Tariqat Tasawuf di Aceh, iaitu antara golongan Hamzah al-Fansuri dan Syamsuddin al-Sumatrani yang berpegang kepada konsep  Wahdat al-Wujud dengan golongan Nuruddin al-Raniri dan Abdul Rauf Singkel yang berpegang kepada konsep Wahdat al-Shuhud. Namun demikian, melalui saluran ini didapati amat berkesan sekali dalam penyebaran Islam, kerana tokoh-tokoh tersebut bukan sahaja kuat mempertahankan fahaman dan aliran masing-masing, malah mereka adalah terdiri daripada golongan ulama yang bertaqwa dan berakhlak  mulia yang boleh dicontohi.

Melihat kepada kedudukan Syeikh Abdul Rauf Singkel dalam Kerajaan Aceh dan ditambah pula dengan suasana seperti ini, tidak menghairankan jika gagasan-gagasan pembaharuan Syeikh Abdul Rauf Singkel yang dibawa oleh muridnya Abdul Muhyi kemudiannya dapat mengatasi tarikat tasawuf berbau mistik yang dibawa oleh Syeikh Hamzah al-Fansuri. Begitu juga dengan kejayaan seorang lagi murid Syeikh Abdul Rauf Singkel yang terkenal iaitu Syeikh Burhanuddin dari Minangkabau. Menjelang akhir abad ke-17 M beliau telah kembali ke kampungnya Ulakan di wilayah pesisir Pariaman.

Beliau adalah pemimpin  Tariqat Syattariyah  ini yang dikenali dengan nama Tuanku Ulakan dan telah mendirikan suraunya sendiri, sebagai pusat aktiviti dalam proses pelaksanaan dan pengamalan ajaran-ajarannya. Sepanjang hidupnya Syeikh Burhanuddin dianggap sebagai tokoh tunggal dalam masalah-masalah keagamaan di Minangkabau.  Sebenarnya perkembangan tariqat tasawuf hanya dikesan dengan lebih ketara mulai abad ke-17 M, antara tariqat yang berkembang pada abad itu ialah  Tariqat Syattariyah  yang diperkenalkan oleh Abdul Rauf Singkel. Beliau telah menyebarkan tariqat   ini bersama-sama dengan gurunya Syeikh Ibrahim al-Kurani yang diterima daripada Syeikh Ahmad al-Sanawi.  Syeikh Abdul Rauf Singkel juga telah membuka sebuah pusat pengajarannya di Aceh pada tahun 1661 M, di samping penubuhannya di  Ulakan, Minangkabau yang ada hubungan dengan usaha muridnya Syeikh Burhanuddin, seperti juga di Jawa Barat di mana ilmunya turut berkembang melalui muridnya Syeikh Abdul Muhyi.

Pemikiran keagamaan yang diperkenalkan melalui  Tariqat Syattariyah  oleh Abdul Rauf Singkel ini, banyak membantu dalam menyelesaikan konflik keagamaan dan intelektual yang terjadi di Aceh. Sepertimana yang dijelaskan sebelum ini bahawa terjadi pertembungan yang sengit antara para pengikut Tasawuf Wujudiyah pimpinan Hamzah al-Fansuri dan Syamsuddin al-Sumaterani, dengan para pengikut Tasawuf Shuhudiyah pimpinan Nuruddin al-Raniri dan Abdul Rauf Singkel. Dalam pertelagahan ini, Nuruddin al-Raniri yang mendapat sokongan pihak pemerintah Aceh pada masa itu, telah menuduh Hamzah al-Fansuri dan pengikut Wujudiyah sebagai sesat, menyimpang, bahkan mempercayai banyak tuhan, kerana itulah mereka semua mesti dihukum mati sekiranya mereka tidak bertaubat.

Berikutan dengan konflik yang sangat dahsyat itu, sehingga mengakibatkan berlakunya pembakaran seluruh karangan Hamzah al-Fansuri, terutama tentang Wujudiyah  yang dianggap sebagai khazanah keilmuan yang sangat berharga, malah diikuti dengan pemburuan dan pembunuhan ramai para pengikutnya. Konflik keagamaan seperti inilah yang dihadapi oleh masyarakat dan pihak berkuasa, menyebabkan keadaan tersebut memerlukan kepada tokoh yang berwibawa untuk menanganinya. Menerusi perkembangan ilmu tasawufyang wujud pada masa itu dengan tokoh-tokoh ulama seperti Syeikh Hamzah al-Fansuri, Syamsuddin al-Sumatrani, Syeikh Nuruddin al-Raniri dan Syeikh Abdul Rauf Singkel serta lain-lain, telah menjadikan fenomena tersebut turut berpengaruh dan merebak hingga keluar daripada wilayah Aceh. Kehadiran Syeikh Abdul Rauf Singkel tidak syak lagi memberikan harapan baru bagi pihak berkuasa Aceh untuk keluar dari kemelut konflik keagamaan antara dua doktrin tersebut.

Kemampuan Syeikh Abdul Rauf Singkel dalam menyelesaikan masalah berkenaan, telah dimuatkan dalam karya-karya beliau samada yang ditulis dalam Bahasa Melayu seperti: Daqaiq al-Huruf, atau yang ditulis dalam Bahasa Arab seperti: Tanbih al-Mashyi yang berbentuk prosa ataupun puisi. Terdapat semacam interpretasi terhadap ajaran tersebut di samping sikap hati-hatinya dalam memberi penjelasan mengenainya. Sebagai contoh apa yang dikutip daripada puisi Syeikh Abdul Rauf Singkel dalam salah satu karyanya iaitu Syair Ma’rifat  ketika menjelaskan maksud “Man ‘Arafa Nafsahu Faqad ‘Arafa Rabbahu” (Barang siapa mengenal dirinya dia akan mengenal Tuhannya). Antara lain ungkapannya:

          Jika tuan menuntut ilmu,
         Ketahui dahulu keadaanmu,
         Man ‘arafa nafsahu kenal dirimu,
         Faqad ‘arafa Rabbahu kenal Tuhanmu.
         Kenal dirimu muhaddath semata,
         Kenal Tuhanmu Qadim ZatNya,
         Tiada bersamaan itu keduanya,
         Tiada semithal seumpamanya.

Untuk mengetahui ketelitian dan sikap hati-hati Syeikh Abdul Rauf Singkel dalam syair di atas, bolehlah dibandingkan dengan puisi yang ditulis oleh Syeikh Hamzah al-Fansuri, sepertimana dalam ungkapannya:

Sabda Rasul Allah: Man ‘arafa nafsahu,
 Bahawasanya mengenal akan Rabbahu,
Jika sungguh engkau ‘abdahu,
Jangan kau cari illa wajhahu,
Wajah Allah itulah yang asal kata,
Pada wajahmu lengkap sekelian rata….

Dengan membandingkan kedua-dua bentuk puisi berkenaan, kita dapat memahami bahawa Syeikh Abdul Rauf Singkel lebih jelas dalam menyatakan sifat kekal (Qadim) Tuhan dan sifat baru (Muhaddath) makhluk manusia, ia menjelaskan adanya perbezaan mutlak antara dua tokoh ulama berkenaan. Manakala Syeikh Hamzah al-Fansuri telah menyifatkan Tuhan sebagai:
Pada wujudMu lengkap sekalian rata dan ZahirNya nyata dengan rupa insan, sekalipun beliau tidak mengabaikan sama sekali aspek penempatanNya dengan menyatakan:  Tuhan kita itu tiada bermakan (bertempat).

Sikap berhati-hari dan ketelitian Syeikh Abdul Rauf Singkel jelas kelihatan, dalam usahanya mengurangkan kesamaran dan kesan ekstrim ajaran tasawuf ini yang ditujukan kepada para pengikut Wujudiyah. Di samping itu, beliau juga cuba mengingatkan kepada Syeikh Nuruddin al-Raniri supaya berhati-hati dalam menuduh kafir dan sesat terhadap orang lain. Namun demikian, apa yang menarik mengenai Syeikh Abdul Rauf Singkel ini ialah, dalam semua karangannya tidak ditemui satu ungkapan yang menyebut nama mereka secara tepat dan jelas


Namun demikian, apa yang menarik mengenai Syeikh Abdul Rauf Singkel ini ialah, dalam semua karangannya tidak ditemui satu ungkapan yang menyebut nama mereka secara tepat dan jelas.

DOKUMENTARI SYUHADA' LAPAN

Makam Syuhadah Lapan terletak di Desa Tambue Kecamatan Simpang Mamplam Kabupaten Bireuen. Ianya dikenali sebagai Syahid Lapan. Mereka adalah perjuang yang gugur melawan belanda pada tahun 1902. Makam Syuhada lapan terletak di tepi jalan dan berhadapan dengan Musallah Syahid Lapan. Makamnya berwarna jingga (oren) sama dengan warna Musallah Syahid Lapan..Menurut imam musallah syahid lapan, mereka dikebumikan dalam satu liang lahat kerana badan dan kaki mereka dicincang sedadu sampai tidak mengetahui yang mana satu tangan dan kaki antara kelapan-lapan syuhadah itu. Ditanam selepas zaman Jepang antaranya Tgk Panglima Prang Rayeuk Jurong Binje, Tgk Muda Lem Mamplam, Tgk Nyak Balee Ishak Blang Mane, Tgk Meureudu Tambue, Tgk Balee Tambue, Apa Syehk Lancok Mamplam, Muhammad Sabi Blang Mane, dan Nyak Ben Matang Salem Blang Teumulek.

Menurut Imam Musallah itu lagi, Di sebelah makam Syuhadah Lapan terdapat pohon yang sangat rindang yakni pohon Sala Teungeut. Pohon ini ditanam sewaktu zaman belanda beberapa puluh tahun yang dulu. Pohon ini akan menguncup pada waktu petang dan mengembang dengan sendirinya pada waktu pagi sekitar jam 7.30 pagi. Pohon ini 3 tahun lebih muda dari usia makam Syuhadah Lapan. Bukan itu saja, Menurut masyarakat di situ, para pengguna jalan akan berhenti sebentar di hadapan makam untuk memberi sumbangan sekiranya pengguna jalan tidak berhenti dan memberi sedekah mereka akan mengalami lambatan di perjalanan.

         Di samping itu juga, di dalam makam syuhadah lapan terdapat banyak kain kapan yang tergantung serta terdapat air di dalam jag yang di katakan oleh penduduk di situ yang boleh memberi manfaat dan kebaikan kepada pengguna. Apa kami melihat pengguna selalu menggunakan air itu untuk mandikan bayi dan membasuh muka.



makam syuhada' 8

nama-nama yang telah syahid

JARINGAN ORGANISASI YANG TELAH TERBINA SEMASA XPDC GRUP IBN BATTUTAH

PERSATUAN PELAJAR ISLAM INDONESIA (PII)

·         Singkatan bagi PELAJAR ISLAM INDONESIA

·         merupakan sebuah badan yang memfokuskan pelajar Sekolah Menengah Pertama (SMP) dan Sekolah Menengah Atas (SMA)

·         ditubuhkan pada 4 Mei 1947

·         Dana diperoleh melalui alumni, pegawai daerah / pemerintah / masyarakat

·         Badan Otonomi yang mengawal PII adalah:
                        - PII Wati (SIDENSASI)
                        - Bridadet PII (SATGAS)

·         mula menggerakkan aktiviti Islamik

·         Antara masalah yang dihadapi:
-          pemusatan gerakan di pejabat baru mejadikan aktiviti semakin berkurang
-          perbezaan pendapat yang mencetuskan rasa tidak puas hati ahli
-          kurang sokongan daripada pemerintah

·         Aktiviti PII Wati :
-          membahaskan masalah-masalah ta’lim
-          telaah nilai-nilai kemanusiaan muslimah

·         Ta’lim halaqah:
-          ahli terdiri daripada 6-12 orang
-          mirip kepada sebuah diskusi Islam (usrah)

·         www.pii-pasee.blogspot.com


HIMPUNAN MAHASISWA ISLAM (HMI)

·         Singkatan bagi HIMPUNAN MAHASISWA ISLAM

·         Misi pertubuhan ini adalah “Keummatan & Kebangsaan”

·         Fungsi persatuan ini adalah:
                     - memberikan pendidikan kepada masyarakat yang ketinggalan  melalui latihan / seminar /        diskusi
                      - menyuarakan rasa  tidak puas hati kepada pemerintah           
                                melalui aksi (demonstrasi)

·         Walaupun mereka banyak menentang tindakan pihak pemerintah, namun pelbagai usaha dijalankan untuk menjalinkan hubungan yang baik.

·         Aksi dibuat adalah untuk menyampaikan suara rakyat dan tidak bertujuan untuk mengajar ahli-ahlinya menjadi pemberontak.

·         KOHATI (Korp HMI Wati) adalah badan khusus HMI yang bertanggungjawab mengembangkan wacana gerakan keperempuanan yang bersifat semi otonom.
- setiap anggota KOHATI wajib mengikuti Basic Training (LK-1)
- antara proses perkaderan dalam KOHATI:
            i)Latihan Kursus KOHATI (LKK)
           ii)Up-grading kepengurusan dan kursus-kursus
          iii)Public Relation
          iv)Study Islam Intensif
           v)Advokasi Perempuan
          vi)Pelatihan Kewirausahaan

-          pemilihan Pengurus KOHATI dan permasalahan yang ada dalam KOHATI
                              diselesaikan dengan Musyawarah KOHATI

·         Banyak masalah yang dibahas dalam perkaderan KOHATI, antaranya:
-          masalah perempuan dalam perspektif Islam
-          psikologi perempuan
-          kesihatan perempuan
-          peranan perempuan dalam perubahan sosio cultural

·         Antara persoalan yang dibangkitkan oleh HMI kepada XPDC Ibn Battutah:
-          Sistem pendidikan di Malaysia
-          Peranan mahasiswa dalam memperjuangkan isu masyarakat
-          Bagaimana mahasiswa menyuarakan rasa tidak puas hati

KESATUAN AKSI MAHASISWA MUSLIM INDONESIA (KAMMI)

·         Ditubuhkan pada 29 Mac 1998
·         Tujuan kesatuan ini ditubuhkan adalah untuk mengubah paradigma bangsa ke arah yang lebih baik
·         KAMMI Pusat terletak di Jakarta dan terdapat 11 teritorial (cawangan)
·         Kesatuan ini tidak bergabung atau campur tangan dari mana-mana pihak
·         Terdapat banyak demonstrasi yang telah dilakukan oleh mereka
·         www.kammi.or.id



MASYARAKAT PEDULI SEJARAH ACEH (MAPESA)

·         Idea mendirikan MAPESA itu sendiri sebenarnya dimulai tahun 2008, dimana beberapa anak muda yang prihatin atas kondisi situs-situs sejarah yang terbengkalai seperti makam Sultan Jamalul Alam Badrul Munir yang menjadi tempat cucian piring bakso.

·        Untuk menyuarakan keprihatinan ini maka dibuatlah sebuah grup diskusi pada jaringan sosial facebook yang diberi nama “Generasi Penerus & Peduli Sejarah Aceh” yang lebih dikenali dengan grup GPPSA.

·         Di pertengahan tahun 2011 mencuba untuk membentuk sebuah wadah agar lebih berleluasa dalam menyuarakan dan memberi kesedaran tentang pentingnya merawat, menjaga dan melestarikan adat, budaya, bahasa dan sejarah Aceh dengan disusunnya draft Anggaran Dasar (AD) dan Anggaran Rumah Tangga (ART) sebuah organisasi yang mulanya diambil nama sama dengan nama grup diskusi facebook yaitu “Generasi Penerus & Peduli Sejarah Aceh” yang disingkat GPPSA.

·         Nama GPPSA menjadi MAPESA (Masyarakat Peduli Sejarah Aceh) yang disepakati waktu pendiriannya pada 20 September 2011 sebagai kenangan berdirinya Kerajaan Aceh Darussalam pada 1 Jumadil Awal 913 H yang bertepatan 20 September 1514 M oleh Sultan Ali Mughayyat Syah.

·         Mewujudkan kembali peradaban dan kemuliaan Aceh itulah yang menjadi semangat dan roh MAPESA yang akhirnya menjadi visi MAPESA itu sendiri. Dalam mewujudkan visi tersebut, MAPESA memiliki sejumlah misi yang ingin dicapai, iaitu :

1. Menelusuri, menjaga dan melestarikan adat, budaya, bahasa dan sejarah Aceh.
2. Mengadakan hubungan dan kerjasama dengan organisasi-organisasi lain dan pemerintah setempat.
3. Membangunkan wawasan dan wacana berfikir akan kesedaran masyarakat terhadap sejarah Aceh.

Kegiatan MAPESA :
- Menggali artifak berkaitan sejarah Aceh
- Mendesak Pemerintah untuk merawat situs sejarah
- Membersihkan artifak sejarah Aceh

Sekretariat
Jalan Sultan Salahudin Lr. Imuem Geh No. 28 Gampong Bitai, Banda Aceh
E-mail : Mapesaaceh@Yahoo.Com
Facebook
:www.facebook.com/groups/sahabat.mapesa