Friday 2 August 2013

LAPORAN AKTIVITI XPDC GRUP IBN BATTUTAH DI MEDAN

30 Disember 2012 (Ahad)

Hari terakhir kami berada di Medan. Lokasi terakhir yang kami tujui adalah Muzium Medan dengan menaiki van kepunyaan saudara Hendra Hidayat. Kami bertolak ke lokasi pada jam 10.00 pagi dan tiba di lokasi pada jam 10.30 pagi. Perjalanan hanya mengambil masa selama 30 minit sahaja. Dokumentari juga dilakukan disini. Di Muzium Medan ini menempatkan sejarah mengenai sumatera utara seperti Mengenai Kaum Batak serta suku-suku Kaum Batak. Selain itu, menempatkan mengenai sejarah kedatangan islam di Sumatera seperti bukti batu nisan Aceh, batu bersurat, dan kitab-kitab agama islam yang di karang oleh ulama-ulama dahulu. Selain itu juga, ia menempatkan mengenai kedatangan buruh luar ke Sumatera seperti dari Jawa sebagai petani, dari Cina dan India sebagai pelombong, buruh dan pedagang. Ada juga mengenai penaklukan Jepun di Sumatera. Kami menghabiskan masa di Muzium Medan ini selama 2 jam 15 minit dan kemudiannya bertolak menuju ke stesen bas. Bas bertolak pada jam 1.00 petang dan mengambil masa lebih kurang 7 jam 40 minit untuk sampai di Stesen bas Lhokseumawe.

Hanya 6 relawan sahaja yang akan ke Lhokseumawe manakala 2 sukarelawan lagi akan tinggal di Medan untuk 2 hari lagi berikutan penyelaras Ekspedisi Ibn Battutah, Saudari Wan Ritini Wan Ismail akan tiba di Lapangan Terbang Medan pada 01 januari 2013. Mereka ditugaskan untuk menjemput saudari Wan Ritini terlebih dahulu sebelum ke Lhokseumawe. Di samping itu, mereka juga ditugaskan untuk melakukan dokumentari di Langsa dimana terletaknya Makam Sultan Maulana Abdul Aziz Shah.


Sementara itu, relawan yang sudah sampai di Lhoksumawe pula telah dijemput oleh mahasiswa HMI Cabang Lhokseumawe dan bergerak ke pejabat HMI menaiki beca. Kami tiba di stesen bas Lhokseumawe pada jam 8.40 malam. Sebaik sahaja tiba di pejabat HMI, kami berbual dengan mahasiswa-mahasiswa disitu. Kami sempat memberitahu tujuan kami datang ke sana. Relawan lelaki akan tidur di pejabat HMI, manakala relawan perempuan pula akan tinggal di rumah hewi HMI buat sementara waktu. 





No comments:

Post a Comment