Sunday 4 August 2013

LAPORAN AKTIVITI XPDC GRUP IBN BATTUTAH DI BANDA ACEH

11 Januari 2013, (Jumaat)

Hari ini adalah hari ke 15 dan merupakan hari terakhir kami di Indonesia ini. Pada jam 08.00 pagi kami membuat Majlis Penutup untuk program khidmat pendidikan yang telah kami lakukan disini. Majlis ini diadakan di surau asrama lelaki. Majlis ini di mulakan dengan bacaan ayat suci Al-Quran oleh salah seorang adik yang belajar di sini. Dan di teruskan dengan ucapan dari pengarah, Safaruddin dan kemudiannya pemberian sumbangan wang sebanyak Rp 7,000,000 (Rm 2000.00) daripada kami kepada pihak Pesantren Ar-Rabwah yang di terima oleh Ustaz Badawi. Wang sumbangan itu adalah hasil kutipan dan sumbangan dari rakyat Malaysia. Selepas itu pemberian cenderahati buku “Islam dan Melayu” dan buku “5 Dasawarsa PKPIM”. Kemudian ucapan dari Ustaz Badawi dan Ustaz Ridwan. Mereka semua berharap ini bukan perjumpaan terakhir kami dengan Pesantren dan harapannya agar kami dapat datang lagi melawat Pesantren Ar-Rabwah ini. Selepas itu, sesi bersalaman adik-adik Pesantren Ar-Rabwah lelaki dengan para relawan lelaki. Dan seterusnya sesi bergambar beramai-ramai dengan adik-adik.

Pada jam 09.15 pagi kami bergerak ke Lapangan Terbang Banda Aceh dengan menaiki 2 kereta. Relawan lelaki bersama dengan Abang Faisal dan relawan perempuan dengan Ustazah. Tiket kami adalah pada jam 11.30 pagi. Kami menaiki pesawat pada jam 11.24 pagi dan pesawatnya berlepas pada jam 11.35 pagi. Menurut juruterbang itu, perjalanan mengambil masa lebih kurang 1 jam 45 minit tetapi kami tiba di LCCT, Malaysia awal 10 minit iaitu pada jam 01.55 petang (waktu Malaysia).

“Maka dengan itu berakhirlah XPDC Ibn Battutah ke Medan-Lhokseumawe-Banda Aceh ini pada 11 Januari 2013 (Jumaat), dengan harapan segala  ilmu yang kami perolehi dapat dikongsikan dan memberi  kesedaran kepada anak-anak muda di Malaysia untuk lebih serius dan terbuka hati untuk membantu sesama saudara seislam dari pelbagai sudut. Insha Allah.


No comments:

Post a Comment