Friday 2 August 2013

LAPORAN AKTIVITI XPDC GRUP IBN BATTUTAH DI BANDA ACEH

05 Januari 2013 (Sabtu)

Hari ini adalah hari yang berbeza bagi relawan-relawan Ibn Battutah. Semuanya kelihatan indah-indah belaka. Udara segar pada waktu pagi amat menyenangkan di Pesantren Ar-Rabwah. Tidak kurang juga dengan pemandangannya yang cukup indah dipenuhi dengan kehijauan alam dan bukit-bakau.  SubhanAllah. Sudah pasti masa yang ada tidak akan disia-siakan dan akan dipenuhi dengan aktiviti-aktiviti yang bermanfaat bersama adik-adik di Pesantren ini dan dimanfaatkan sebaiknya oleh relawan-relawan Ibn Battutah. Pada jam 8.00 pagi, kami bersama-sama memikirkan secara kreatif dan kritis untuk membuat modul aktiviti yang baharu kerana modul yang sebelum ini tidak boleh digunakan disebabkan suasana dan persekitaran yang berbeza dimana mengikut perancangan sebelum ini adik-adik ini akan digabungkan (lelaki dan perempuan) dalam melakukan modul. Kami bersarapan pada jam 8.30pagi. Di pesantren sebelah relawan perempuan, sedang relawan Ibn Battutah sedang bersarapan, Ustazah Isma datang menjenguk kami sambil memperkenalkan diri. Ustazah Isma adalah seorang penjaga asrama puteri. Beliau menjaga semua kebajikan para pelajarnya. Disitu juga kami bertanya mengenai beberapa perkara bagi memudahkan kami untuk mengetahui latar belakang pesantren tersebut. Menurut beliau, pesantren tersebut menampung ramai pelajar dari latar belakang yang sederhana. Ada yang daripada anak yatim, mangsa Tsunami dan sebagainya. Pesantren tersebut mempunyai lebih kurang 200 orang pelajar dan 10 orang tenaga pengajar. Dahulu tenaga pengajar tidak diberi gaji kerana ketiadaan dana. Tenaga pengajar akan mengajar separuh masa dan separuh masa lagi akan mencari kerja di luar untuk menampung ahli keluarga dan pesantren. Kami juga melihat sekitar kawasan pesantren tersebut. Kami memberitahu beliau bahawa Global Peace Mission Malaysia (GPM) akan membantu dari segi kemudahan asas di Pesantren Ar-Rabwah ini.

Selesai sahaja bersarapan dan berbual, kami memulakan aktiviti pagi bersama adik-adik Pesantren. Adik-adik pesantren telah berkumpul di bawah rumah adat Aceh. Kami mulakan aktiviti pagi itu dengan melakukan sedikit riadah untuk merenggangkan otot-otot. Kami lakukan dari kepala hingga ke hujung kaki. Selepas itu, kami melakukan sesi taaruf bersama kesemua adik-adik dan kemudiannya barulah kami membahagikan mereka kepada lima kumpulan. Di dalam kumpulan tersebut kami melakukan sesi taaruf antara fasilitator dan adik-adik pesantren. Kami memperkenalkan modul yang pertama iaitu modul bertaaruf yang menggunakan “trademark”. Selama setengah jam bertaaruf bersama mereka, kami menggabungkan semua kumpulan dan melakukan senaman Si Tommy serta aktiviti zaz- Tang. Kami tangguhkan aktiviti kami pada jam 12.00 tengah hari untuk memberi ruang kepada adik-adik pesantren tersebut untuk bersiap-siap bagi menunaikan solat Zohor dan menikmati makan tengah hari. Kami menyambung semula program kami pada jam 5.00 petang. Kami berpakat untuk melakukan kultim iaitu kuliah tiga minit. Kultim tersebut telah diisi dengan kuliah daripada adik-adik tersebut supaya mereka berkeyakinan untuk bercakap di hadapan rakan-rakan.

Aktiviti seterusnya, kami  membahagikan adik-adik tadi kepada dua kumpulan. Dimana kami akan bermain Biawak Buaya. Satu kumpulan akan bersorak biawak manakala satu lagi kumpulan akan bersorak buaya. Wakil daripada kami akan menunjuk mana kumpulan yang akan bersorak. Aktiviti ini berjalan selama 15 minit dan aktiviti seterusnya pula menyusul. Kami melakukan aktiviti lain iaitu meniup belon. Belon tersebut akan ditiup oleh orang di hadapan kemudian belon tersebut akan diberikan kepada orang terakhir melalui rakan-rakannya. Manakala orang terakhir apabila mendapat belon tersebut akan memecahkan belon tersebut menggunakan tangan. Aktiviti ini menguji ketangkasan, kepekaan terhadap setiap arahan yang diberikan dan bekerjasama dalam kumpulan.

Aktiviti keempat pula ialah katak kembung katak kempis. Dimana adik-adik akan meniru gaya fasinya dihadapan  melakukan gaya katak kembung dan katak kempis di hadapan. Aktiviti terakhir ialah Siput. Dimana kami akan mengira sifir 1 dengan menggunakan nama siput kemudian membuat gaya siput. Contohnya 1x siput = siput, 2 x siput = siput-siput, 3 x siput = siput-siput-siput. Setiap aktiviti atau permainan yang kami lakukan semuanya mempunyai kesimpulan atau pengajaran dimana aadik-adik boleh jadikan ia satu pembelajaran yang baru. Selesai sudah aktiviti di waktu petang. Kami menangguhkan aktiviti tersebut untuk persediaan makan malam dan solat Maghrib.

Pada jam 9.00 malam, kami meneruskan  program kami pada malam ini. Aktiviti yang kami akan lakukan bersama adik-adik ialah menghafal nota yang mengandungi sejarah dan cerita. Orang di barisan hadapan akan menghafal nota tersebut selama 10 minit, kemudian akan membisikkan apa yang dibacanya kepada orang di belakangnya untuk menyampaikan kepada orang terakhir. Orang terakhir akan kehadapan untuk menyatakan apa yang telah disampaikan. Perkara yang sama dilakukan untuk kali kedua tetapi dimulai oleh barisan yang terakhir sekali. Selama sejam aktiviti tersebut dilakukan. Pada pukul 10.30 malam, kami telah melakukan perbincangan ringkas selama kami berada di pesantren. Perbincangan tersebut dilakukan untuk menambahbaikkan aktiviti atau teguran. Perbincangan selesai pada jam 11 malam.

Di pesantren sebelah relawan lelaki pula, relawan lelaki mulakan program pada jam 09.00 pagi yang dimulakan dengan taklimat dahulu mengenai program dan suai kenal bersama lebih kurang 20 orang pelajar.  Selepas itu kami mulakan modul dengan LDK (Latihan Dalam Kumpulan) yang bertajuk “Tancap Niat”.  “Tancap Niat” bertujuan untuk memberi kesedaran kepada pelajar-pelajar berkenaan dengan kepentingan manusia yang berilmu. Bila diri ini berilmu, maka sukar untuk ancaman dari luar menjatuhkan kita. Seperti belon yang di isi dengan air itu, bila di letakkan atas api ia tidak akan meletop berbeza pula dengan belon yang tiada air di dalamnya yang meletop bila di letakkan di atas api.

Kemudian kami membuat aktiviti “Suai Kenal (Round Robin dan Trademark)” bagi setiap dari mereka. Aktiviti ini memerlukan kekreativitian dari diri pelajar dalam membuat gaya semasa memperkenalkan diri mereka. Ada yang menari, bersilat, dan macam-macam lagi. Aktiviti ini berkesan kerana semasa membuat gaya itu, mereka perlu menyebut nama mereka sebanyak 3 kali. Jadi dengan pengulangan yang banyak itu dapat memudahkan lagi proses untuk mengingati nama mereka.
Pada sebelah petang pula, kami menayangkan video yang memberi keyakinan pada diri mereka terutama sekali mereka yang masih berada dalam proses pengajian ini. Seperti video berkenaan dengan seekor katak yang pekak dapat berjaya kerana dia tidak mendengar suara-suara katak lain yang menjatuhkan semangat dia. Objektifnya adalah supaya adik-adik ini semua menjadikan diri itu ‘pekak’ dari mendengar kata-kata yang dapat menjatuhkan semangat mereka  semua. Adik-adik di pesantren memberi respon yang baik apabila di tanya mengenai aktiviti pada petang ini. Selepas aktiviti itu, kami relawan lelaki bersama pelajar-pelajar bermain bola sepak bersama-sama di padang bola mereka.

Untuk malamnya pula, selepas solat isya’ kami menayangkan sebuah cerita dari Indonesia iaitu “Alangkah lucunya negeri ini” menggunakan screen projecter yang di pinjam dari pihak pengurusan Pesantren. Cerita ini mengisahkan tentang seorang lepasan sarjana yang tidak mempunyai pekerjaan. Akhirnya dia mendapat idea untuk mengubah hidup sekumpulan pencopek (penyeluk saku) yang dari kalangan anak muda itu kepada hidup yang lebih baik dan berpendidikan dan seterusnya meninggalkan kerja haram itu. Usaha beliau ini di bantu oleh 2 orang kawannya yang juga orang yang berpendidikan. Mereka menggunakan rumah kosong sebagai tempat untuk mereka mendidik anak-anak muda itu. Objektifnya adalah untuk memberi pencerahan kepada pelajar-pelajar di Pesantren ini bahawa mereka perlu berusaha untuk berjaya walaupun diri ini dahulunya jauh dari ilmu. Mereka yang menonton cerita ini menonton dengan penuh penghayatan serta fokus walaupun perjalanan cerita ini agak panjang.


Selepas selesai cerita itu pada jam 11.00 malam, kami terus membuat sesi postmoterm untuk program yang berjalan pada siang tadi. Dari segi perlaksanaannya adakah berjalan dengan lancar dan apakah respon yang di berikan dari para pelajar serta apa yang perlu di baik pulih agar program ini akan lebih bermakna kepada perkembangan adik-adik di sini.





No comments:

Post a Comment