Friday 2 August 2013

LAPORAN AKTIVITI XPDC GRUP IBN BATTUTAH DI LHOKSAMAWE

01 Januari 2013 (Selasa)

Hari ini merupakan hari kedua relawan-relawan Ibn Battutah berada di Lhokseumawe. Seperti biasa, relawan-relawan perempuan mengambil masa selama 30 minitdari Kg. Bayu menuju ke Pejabat HMI. Pengangkutan yang digunakan adalah sebuah mini van yang lebih dikenali sebagai  ‘labi-labi’. Setibanya di Pejabat HMI, relawan-relawan melakukan tugas masing-masing seperti merekod, melengkapkan catatan perjalanan dan menyusun atur gambar-gambar yang telah diperolehi sepanjang berada di sana.

Usai sahaja tugasan, relawan-relawan Ibn Battutah telah dipelawa oleh mahasiswa HMI untuk ke Bandar Lhokseumawe mencari barang keperluan. Hasil perbincangan antara relawan-relawan Ibn Battutah, kami telah bersetuju untuk ke Bandar Aceh atas tujuan mencari barang-barang keperluan termasuklah cenderahati, buku dan sebagainya.Antara tempat yang menarik sempat kami kunjungi adalah sebuah kedai buku iaitu Toko Anugerah dimana buku-buku menarik dan sukar ditemui mengenai sejarah Aceh ada dijual di sini.

Azan berkumandang menandakan masuknya waktu solat Zohor. Relawan-relawan Ibn Battutah menunaikan solat Zohor di Islamic Centre dan kemudiannya berkumpul di Taman Permainan berdekatan untuk berkumpul sebentar. Pada jam 5 petang, Muhammad Nasrullah yang merupakan YDP HMI Cabang Lhokseumawe membawa relawan-relawan Ibn Battutah ke pantai berdekatan untuk bertemu dengan wakil-wakil mahasiswa dari Kesatuan Aksi Mahasiswa Muslim Indonesia (KAMMI), Pelajar Islam Indonesia (PII) dan banyak lagi untuk mengadakan sesi bertaaruf. Sesi bertaaruf ini dilakukan terlebih dahulu sebelum menjalankan diskusi yang lebih serius iaitu mengadakan satu pertemuan dengan wakil-wakil mahasiswa untuk menerangkan dengan lebih lanjut mengenai tujuan sebenar relawan-relawan Ibn Battutah ke Aceh dan sedikit perkongsian dan pertukaran idea mengenai isu-isu semasa yang berlaku di Negara masing-masing. Sesi bertaaruf ini berakhir apabila menjelangnya waktu solat Maghrib. Alhamdulillah, pertemuan ini berjalan dengan lancar. Mungkin ini adalah pertemuan yang pertama dan pengalaman yang baru bagi relawan-relawan Ibn Battutah yang mengikuti ekspedisi kali ini tapi jalinan mesra yang terjalin tidak mungkin berakhir disini sahaja. Insha Allah.

Kami meneruskan perjalanan untuk pulang ke tempat masing-masing. Sementara itu, kami singgah di sebuah masjid bedekatan dengan Pejabat HMI Cabang Lhokseumawe untuk menunaikan solat Maghrib. Seperti kebiasaan, struktur pembinaan di Indonesia ini tidak sempurna sepenuhnya dari segi binaannya dek tiada peruntukan yang secukupnya. Usai menunaikan solat, relawan Ibn Battutah pun bergerak dan berkumpul semula di Pejabat HMI tadi.


Sebelah malamnya, kami ke pejabat kerja Ustaz Muhammad Taqiuddin utk perjumpaan yang kedua (bagi relawan lelaki).  Kali ini keenam-enam aktivis hadir sekali. Ustaz menjelaskan kami bagaimana kedatangan Ibn Battutah ke Kerajaan Samudera Pasai melalui buku Rihlah Ibn Batuttah yang di tulis di dalam bahasa arab. Kami juga berpeluang melihat beberapa artifak yang berjaya di jumpai ketika proses kaji-gali. Antaranya ialah mata wang emas, tembaga dan serpihan-serpihan seramik. Di situ juga terdapat Batu-batu nisan yang di ukir menggunakan batu Aceh. Ustaz jugak menjelaskan bahawa tulisan khat tersebut di ukir mengikut gaya khat sumatera. Hal tersebut membuktikan bahawa di sini satu ketika dahulu telah memiliki fahaman Islam yang begitu kukuh di mana terdapat nilai kesenian Islam di dalam Masyarakat. 

keadaan bangunan Masjid Islamic Centre




bersama mahasiswa PII, KAMMI, dan HMI

di rumah Ustaz Taqquiddin

hasil galian artifak oleh Ustaz Taqquidin dan ahli-ahlinya 

batu nisan yang dijumpai




No comments:

Post a Comment