Sunday 4 August 2013

LAPORAN AKTIVITI XPDC GRUP IBN BATTUTAH DI BANDA ACEH

10 Januari 2013 (Khamis)

Pada hari ini kami hanya membeli barangan-barangan cenderahati untuk dibawa balik ke Malaysia. Kami menaiki kenderaan yang kami sewa pada hari semalam. Kami bergerak pada jam 08.25 pagi. Kami membeli barang di sekitar pekan Pusat Kota dan hanya selama 1 setengah jam sahaja selesai semuanya. Kemudian semasa dalam perjalan pulang, kami singgah di Warnet (Pusat Siber) untuk membuat laporan mengenai status kami sekarang ini di Facebook dan Blog Ibn Battutah. Selesai semua itu kami terus pulang ke Pesantren.

Pada sebelah petang pula, lebih kurang jam 05.00 petang kami para relawan bersama dengan 4 orang pengawas di Pesantren itu bersama-sama melawat Makam Pahlawan Nasional di Indrapuri. Perjalanan hanya mengambil masa 20 minit sahaja dari Pesantren Ar-Rabwah. Di Makam Pahlawan Nasional itu menempatkan makam pengasas GAM (Gerakan Aceh Merdeka). Kemudian kami pulang semula ke Pesantren.

Pada waktu malam, tepat jam 08.49 malam, kami dikejutkan dengan gempa kecil yang  terasa di Pesantren Ar-Rabwah. Gempa ini berlaku 2 kali hanya selang beberapa saat sahaja. Rasanya ini kali pertama dirasai oleh setiap relawan Ibn Battutah dan merupakan pengalaman yang sangat menakutkan bagi kami. Syukur gempa itu tidak begitu kuat.


Pada jam 09.50 malam kami membuat sesi postmoterm buat kali terakhirnya berada disini. Serta perbincangan mengenai waktu bergerak ke Lapangan Terbang. 


No comments:

Post a Comment