Friday 2 August 2013

LAPORAN AKTIVITI XPDC GRUP IBN BATTUTAH DI LHOKSAMAWE

02 Januari 2013, (Rabu)

Seramai 9 orang relawan Ibn Battutah sudah berkumpul di pejabat HMI Lhokseumawe pada ketika ini. Justeru, langkah dan tindakan selepas ini telah dirangka dan diperkemaskan lagi bagi mencapai objektif sebenar relawan-relawan berada disini. Satu musyawarah telah dilakukan diantara  relawan-relawan Ibn Battutah.  Antara perkara yang dibincangkan adalah dari segi kewangan dimana penggunaan wang sepanjang berada di Lhokseumawe telah melebihi jumlah anggaran yang sepatutnya. Oleh itu, satu inisiatif telah dilakukan bagi mengatasi masalah ini. Antaranya adalah dengan berpuasa sunat pada setiap hari Isnin dan Khamis.

Pada sebelah petang pula, satu pertemuan di antara dua hala iaitu di antara relawan-relawan Ibn Battutah dari Malaysia dengan mahasiswa/wi Indonesia. Perkongsian ringkas daripada wakil relawan Ibn Battutah iaitu Saudara Safarudin selaku pengarah XPDC Ibn Battutah mengenai objektif relawan Ibn Battutah melakukan XPDC di Indonesia. Selari dengan moto GPTD itu sendiri iaitu “Menjejak,Meneladani dan Memimpin”, relawan Ibn Battutah melakukan khidmat pendidikan dan Sosio-Budaya atas dasar menjejak dan meneladani tokoh pengembara iaitu Ibn Battutah. Selain itu, antara objektif melakukan XPDC juga adalah untuk menjalinkan ukhwah antara dua buah negara dan menjalankan kerjasama antara mahasiswa dan mahasiswi dari Malaysia dan Indonesia

Antara perbincangan yang telah dibincangkan adalah berkenaan isu-isu semasa berkaitan Malaysia-Indonesia di samping dapat memperbaiki hubungan antara Malaysia dengan Indonesia. Pelbagai soalan yang di ajukan dan dilontarkan oleh kedua-dua belah pihak. Soal hubungan, pendidikan, serta paling utama adalah soal tokoh Ibn Battutah. Antara persoalan-persoalan yang diajukan oleh mahasiswa/wi Indonesia adalah, “Apakah mazhab yang dipegang oleh Ibn Battutah?”. Menurut salah seorang daripada mereka, “Aceh dengan Malaysia ini sememangnya sudah rapat dan tidak boleh dipisahkan kerana sejak dulu lagi terutama kerajaan Aceh Darussalam sudah jalin hubungan dengan negeri-negeri di Tanah Melayu katanya. Perbincangan berakhir apabila berkumandangnya azan menandakan masuknya solat fardu Asar. Setelah itu, Safaruddin sebagai pengarah ekspedisi ini di temuramah oleh wartawan dari radio RI Lhokseumawe yang bertanyakan mengenai XPDC Ibn Battutah ini. 







No comments:

Post a Comment