Friday 30 November 2012

Penentangan Syeikh Nuruddin ar-Raniry Terhadap Fahaman Wujudiyyah

Assalamualakum...
hari ini saya akan menerangkan serba sedikit mengenai penetangan Syeikh Nur al-Din al-Raniri terhadap ajaran Wujudiyyah. Sebagaimana tercatat dalam sejarah Kesultanan Aceh ketika Iskandar Muda berkuasa, ulama yang berpengaruh dan berperanan sebagai mufti kerajaan adalah Syeikh Syams al-Din al-Sumatrani. Pada masa ini fahaman wujudiyyah menjadi ajaran rasmi kerajaan. Sementara Syeikh Nur al-Din al-Raniri menyerukan ajaran Sunni dan menentang pahaman wujudiyyah nampaknya jelas kurang mendapat simpati dari Sultan Iskandar Tsani.

Setelah Syeikh Syams al-Din al-Sumatrani meninggal, kemudian disusul pula oleh Sultan Iskandar Muda dalam beberapa ketika, Syeikh Nur al-Din memiliki kesempatan yang lebih baik untuk menyebarluaskan ilmu-ilmu agamanya. Ketika itu, sultan yang berkuasa adalah Sultan Iskandar Tsani iaitu menantu kepada Sultan Iskandar Muda, memberikan penghormatan tinggi kepada al-Raniri dengan menjadikannya mufti kerajaan. Seperti al-Raniri, Sultan Iskandar Tsani juga menentang pahaman wujudiyyah. Dengan kedudukan dan dukungan seperti ini, al-Raniri dengan mudah dapat memberikan sanggahan terhadap fahaman yang dikembangkan oleh dua ulama Aceh iaitu fahaman Wujudiyyah yang dibawa oleh Syeikh Hamzah Fansuri dan Syeikh Syams Al-Din Al-Sumatrani. Tidak hanya itu, al-Raniri juga sering menerima permintaan dari sultan Iskandar Tsani untuk menulis kitab-kitab agama, terutama tentang tasawwuf, dalam rangka membatasi pengaruh fahaman Wujudiyyah di Aceh.

Keakraban al-Raniri dengan Sultan Iskandar Tsani ini membawa implikasi yang cukup luas. Misalnya, dalam kesempatan ini al-Raniri mengadakan majlis persidangan dengan 40 ulama pendukung fahaman wujudiyyah  membahas fahaman tersebut. Lantas, beliau mengeluar fatwa bahawa mereka yang mengikut fahaman wujudiyyah itu sebagai kafir dan mereka boleh dijatuh hukuman bunuh dalam karyanya :

:ماء الحیاة لأھل الممات
ومن شك في تكفیر الیھود والنصارى وحمزة فنصوري وشمس الدین
السمطرائ وطائفتھما فقدكفر.

Maksudnya: Dan sesiapa ragu-ragu dalam mengkafir orang Yahudi, orang Nasrani, Hamzah Fansuri, Syams al-Din al-Sumatrani dan pengikut kedua mereka, maka sesungguhnya adalah kafir. Dari sidang tersebut kemudian lahir fatwa ini dari Syeikh Nur al-Din al-Raniri dan para ulama istana yang menghukumi kafir terhadap para pengikut paham wujudiyyah, sehingga boleh dibunuh. Tidak hanya sampai disini, al-Raniri dengan penuh semangat menulis dan sering berdebat dengan para penganut fahaman panteisme ini dalam banyak kesempatan. Bahkan, perdebatan itu sering dilakukan dihadapan Sultan.

Dalam perdebatan dengan menggunakan segala kemahirannya, ia berusaha sekerasnya membongkar kelemahan dan kesesatan fahaman wujudiyyah yang dianggapnya bertentangan dengan al-Qur’an dan Hadis, seterusnya meminta para pengikut fahaman Wujudiyyah untuk bertaubat dan kembali pada jalan yang benar (al-Qur’an dan Hadis). Namun, kegigihan al-Raniri ini tidak banyak menjadi seperti yang diharapkan. Sebab para pengikut fahaman wujudiyyah tetap berpegang pada pendiriannya. Sehingga akhirnya dengan penuh keterpaksaan, mereka harus dihukum mati. Selain itu, untuk membanteras fahaman wujudiyyah ini, maka kitab-kitab wujudiyyah Harnzah Fansuri dan Syams al-Din dibakar di hadapan masjid Baiturrahman, Banda Aceh.

Setelah tujuh tahun berperanan sebagai mufti kerajaan, pada tahun 1644 al-Raniri tiba-tiba kembali ke tanah kelahirannya, dan tidak kembali lagi ke Aceh. Ketika itu, al-Raniri sedang menulis kitab Jawahir (baru sampai bab kelima). Dan seterusnya, ia perintahkan salah seorang murid yang rapat dengannya untuk menyelesaikan penulisan kitab tersebut. Kepulangan al-Raniri secara mendadak ini menimbulkan pertanyaan di kemudian hari.

Sekian Update Terbaru Dari Saya Pada Hari Ini,
Yang Benar,

Thursday 29 November 2012

Bab 18 : Ibn Battutah.

Bab 18 : buku Ibn Battutah
Tajuk : Sultan Kunahar.
Sultan Kunahar ini bernama al-Kunar dan memiliki seekor gajah putih. Sultan Kunahar menunggang gajah ini pada hari-hari perayaan. Baginda meletakkan batu-batu delima yang besar pada dahi gajah tersebut. Dalam sesuatu peristiwa, pegawai-pegawai kerajaan melancarkan pemberontakan dan menggulingkan baginda. Mereka juga membutakan mata Sultan Kunahar dan melantik puteranya menjadi sultan. Sultan Kunahar masih hidup dan tinggal di negerinya dalam keadaan buta.

Tajuk : Batu Delima.
Batu delima yang menakjubkan dan mempunyai warna seperti bunga kesumba (safflower) hanya terdapat di negeri Kunahar. Sebahagian daripada batu delima tersebut diambil dari teluk dan jenis inilah sangat berharga di kalangan penduduk. Sebahagian daripada batu delima yang lain digali dari tanah. Batu delima juga boleh didapati di seluruh bahagian Pulau Sri Lanka. Tanah di pulau ini merupakan milik kerajaan. Seseorang boleh membeli sebidang dan menggalinya untuk mendapat batu delima.Penggali akan menemui batu-batu putih yang bercadang dan terdapat batu-batu delima di celah-celahnya. Batu-batu itu dihantar kepada pemotong batu delima yang akan memotong batu-batu tersebut sehingga batu delima dapat dikeluarkan darinya. Batu delima itu ada yang berwarna merah, kuning serta biru dan batu delima yang berwarna biru bernama nailam.
            Mengikut adat dinegeri ini, batu-batu yang berharga 100 fanam dikhaskan oleh sultan yang akan membelinya. Batu-batu delima yang lebih rendah. Semua kaum wanita di Pulau Sri Lanka memakai rantai leher yang diperbuat daripada batu-batu delima yang berwarna-warni. Rantai leher daripada batu delima ini dipakai di tangan dan kaki sebagai pengganti gelang tangan serta gelang kaki. Jariah-jariah sultan menggunakan batu-batu delima tersebut untuk membuat jalinan yang dipakai di kepala. Ibn Battutah melihat tujuh biji batu delima di dahi gajah putih Sultan Kunahar. Setiap satu daripadanya adalah lebih besar daripada telur ayam. Ibn battutah melihat mangkuk sebesar tapak tangan yang diperbuat daripada batu delima di sisi Sultan Airi Syakarwati. Mangkuk itu mengandungi minyak kayu gaharu. Ibn battutah berasa hairan melihat mangkuk tersebut. Sultan Airi Syakarwati bertitah “Kami mempunyai batu delima yang lebih besar daripada itu”.
            Kemudian kami meninggalkan Kunahar dan berhenti di sebuah gua bernama Usta Mahmud al-Luri iaitu seorang yang salih. Beliau menggali gua tersebut di kaki bukit di tepi sebuah teluk di situ. Kami meneruskan perjalanan dan singgah berhampian dengan sebuah Teluk Buzinah (Buzinah bermaksud “monyet”).

Tajuk : Kisah Monyet.
Di kawasan bukit bukau(yang telah disebut) itu sememangnya terdapat terlalu banyak monyet. Monyet-monyet ini berwarna hitam dan mempunyai telinga yang panjang. Monyet jantan mempunyai janggut, sama seperti manusia. Syeikh Uthman, anaknya dan juga orang lain memberitahuku bahawa monyet-monyet ini mempunyai ketua monyet yang dipatuhi seperti seorang sultan. Ketua monyet tersebut memakai lingkaran daun di kepalanya dan mengimbangkan dirinya dengan tongkat.
Di kiri dan kanan ketua monyet itu ada empat ekor monyet yang memegang tongkat dengan tangan. Apabila ketua monyet tersebut mengambil tempat duduk, empat ekor monyet itu berdiri di sisi kepalanya. Kemudian pasangan betina monyet tersebut serta anak-anaknya datang dan duduk di hadapannya setiap hari. Monyet-monyet yang lain akan datang dan duduk agak jauh sedikit dari ketua monyet. Seterusnya salah seekor daripada empat ekor monyet tersebut kelihatan seolah-olah berkata sesuatu kepada semua monyet yang ada di situ. Selepas itu semua monyet akan bersurai. Kemudian setiap monyet akan membawa pisang, limau atau buah-buahan lain untuk dimakan oleh ketua monyet, anak-anaknya dan juga keempat-empat monyet tersebut.
Seorang Yogi memberitahuku bahawa ia pernah melihat keempat-empat monyet tersebut dihadapan ketua monyet yang ketika itu sedang memukul seekor monyet lain dengan tongkat. Selepas memukul monyet tersebut, ia mencabut bulunya pula. Beberapa orang yang boleh dipercayai memberitahuku bahawa apabila salah seekor menangkapnya. Penduduk itu berkata, “kami masuk ke dalam bilik tersebut dan melihat monyet itu berada di antara dua kaki kanak-kanak tersebut lalu kami membunuhnya”.

Gunung Sarandib.
Adalah gunung yang tertinggi di dunia. Di gunung ini terdapat banyak pokok yang daunnya tidak gugur dan bunga yang berwarna-warni, termasuk bunga merah sebesar tangan. Dipercayai bahawa dalam bunga itu terdapat tulisan nama Allah s.w.t. dan nama Rasul-Nya s.a.w. selain itu, di gunung sarandib terdapat dua batang jalan untuk sampai ke Tapak Kaki Nabi Adam. Jalan pertama bernama Jalan Baba dan jalan kedua Jalan Mama. Kedua-dua nama tersebut merujuk Nabi adam dan Hawwa’ a.s. jalan Mama ialah jalan yang paling mudah dan ia digunakan oleh pelawat ketika pulang. Jalan Baba pula sukar dan rumit untuk dilalui ketika mendaki. Di kaki gunung yang terletak di pintu (jalan masuk)nya, terdapat gua dan mata air yang juga dinisbahkan pada Iskandar.
Pelawat yang pernah melalui jalan ini telah memahat tangga di tepi gunung untuk memudahkan pendakian. Mereka juga telah membuat pasak besi di tepi gunung dan memasang rantai pada pasak itu untuk dipegang oleh pendaki. Semua rantai tersebut berjumlah sepuluh dua di pintunya iaitu di kaki gunung dan diikuti oleh tujuh utas rantai yang lain. Manakal rantai kesepuluh dinamai rantai Syahadah kerana pendaki yang tiba di puncak dan menoleh ke kaki gunung akan merasa gementar lalu mengucapkan syahadah disebabkan bimbang terjatuh. Selepas melepasi rantai kesepuluh pendaki akan menemui jalan yang terbiar. Jarak di antara yang kesepuluh dengan Gua Khidir ialah tujuh batu. Gua khidir terletak di tanah lapang dan berhampiran dengannya terdapat mata air yang juga dinisbahkan. Mata air ini dipenuhi oleh ikan tetapi tiada orang yang menangkapnya. Berhampiran Gua Khidir terdapat dua buah kolam yang dipahat ke dalam batu iaitu kedua-dua bahu jalan.

Kisah Syeikh Jalaluddin.
Syeikh Jalaluddin seorang wali agung yang merupakan seorang ahli sufi yang unggul. Beliau memiliki karamah yang masyhur dan menyumbangkan jasa yang sangat besar. Syeikh Jalaluddin memberitahu bahawa beliau sempat bertemu dan hidup sezaman dengan khalifah Al-Musta’sim billah al-Abbasi di Baghdad iaitu semasa khalifah dibunh. Selepas itu sahabat Syeikh Jalaluddin memberitahuku bahawa beliau meninggal dunia setelah mencecah umur seratus lima puluh tahun .Beliau juga menceritakan berpuasa selama sepuluh hari secara berterusan. Selain itu, Syeikh Jalaluddin mempunyai seekor lembu dan beliau berbuka puasa dengan meminum susu lembu. Disamping berpuasa Syeikh Jalaluddin juga beriadah sepanjang malam. Beliau bertubuh tinggi langsing dan berjambang nipis kedua-dua pelipisnya.

Keramah Syeikh Jalaluddin.
Beberapa orang pengikut Syeikh Jalaluddin memberitahuku bahawa beliau memanggil mereka sehari sebelum kematiannya dan berwasiat kepada mereka supaya bertaqwa kepada Allah. Syeikh Jalaluddin berkata kepada mereka, “ Aku meninggalkan kamu pada keesokan hari dengan izin Allah dan penggantiku untuk menjaga kamu ialah Allah yang tiada tuhan selainnya”. Semasa menunaikan solat zuhur pada keesokan harinya, Allah s.w.t. mengambil nyawa beliau dalam sujudnya yang terakhir. Sahabat-sahabat Syeikh Jalaluddin menemui kubur(makam) yang sudah digali di tepi gua yang didiaminya. Di sisi makam tersebut terdapat kain kapan dan harum-haruman. Mereka pun memandikan, mengapani, menyembahyangkan dan seterusnya mengembumikan jenazahnya di dalam makam tersebut. Semoga Allah merahmatinya.

Syeikh Hamzah al-Fansuri (Sasterawan Sufi Agung)

Biografi Syeikh Hamzah al-Fansuri

Syeikh Hamzah al-Fansuri dilahirkan di Barus atau Fansur pada pertengahan abad ke-16 hingga awal abad ke-17, tetapi tarikh lahirnya secara tepat belum dapat ditentukan lagi. Menurut Prof. A. Hasymi, Hamzah al-Fansuri hidup semasa pemerintahan Sultan Alaidin Riayat Syah IV Saiyidil Mukammil (1589-1604M) sehingga ke permulaan pemerintahan Sultan Iskandar Muda Darma Wangsa Mahkota Alam (1607-1636M).

       Fansur Merupakan sebuah kampung yang terletak diantara Kota Singkel dengan Gosong Telaga (Selatan Aceh). Semasa zaman Kerajaan Aceh Darussalam, Kampung Fansur itu terkenal sebagai pusat pendidikan Islam. Di Kampung Fansur itulah dikatakan beliau dilahirkan. Segelintir pengkaji mempunyai perbezaan pendapat menyatakan bahawa beliau dilahirkan di Syahrun Nawi atau Ayuthia di Siam dan berhijrah serta menetap di Barus.

Bulatan adalah Fansur (Barus)

       Ayah Hamzah Fansuri bernama Syeikh Ismail Aceh. Ayah beliau pernah menjadi Gabenor setelah menggantikan Wan Ismail yang berasal dari Patani sebagai Gabenor di Kota Sri Bonai yang telah melepaskan jawatan kerana usia yang lanjut. Syeikh Ismail Aceh meninggal dunia dalam pertempuran melawan orang Yuwun (Annam) di Phanrang. Menurut Prof. A. Hasymi, Hamzah Fansuri itu adalah adik beradik dengan Syeikh Ali al-Fansuri dan Syeikh Ali al-Fansuri itu adalah ayah kepada Syeikh Abdur Rauf al-Fansuri (Syiah Kuala).

       Pelbagai sumber menyebut bahawa Hamzah Fansuri telah belajar berbagai ilmu dalam masa yang lama. Selain menimba ilmu di Aceh, beliau juga telah mengembara ke pelbagai tempat di antaranya ke Banten(Jawa Barat). Dan sumber lain juga menyatakan bahawa beliau pernah mengembara keseluruh tanah Jawa, Semenanjung Tanah Melayu, India, Parsi, dan Arab. Di katakan bahawa Hamzah Fansuri sangat mahir dalam ilmu-ilmu fikah, tasawuf, falsafah, mantiq, ilmu kalam, sejarah, sastera dan lain-lain.

       Dalam bidang bahasa pula, beliau menguasai seluruh sektor ilmu Arab dan fasih dalam pengucapan bahasa tersebut. Beliau juga berkebolehan dalam pelbagai bahasa lain seperti Urdu, Parsi, Jawa dan Bahasa Melayu sebagai bahasa ibundanya. Bahasa Melayu yang digunakannya itu sudah menunjukkan bentuk seperti digunakan sekarang. Menurut Syeikh Naquib al-Attas, Hamzah Fansuri meninggal semasa tahun 1607M, sementara L.F Brakel menyebut bahawa Hamzah Fansuri masih hidup hingga tahun 1620M.

Sumbangan beliau terhadap perkembangan Kesusasteraan Melayu.

Syeikh Hamzah al-Fansuri ialah seorang ulama dan perjuang besar melayu. Beliau merupakan penyair Melayu pertama atau lebih di kenali "Bapa Kesusasteraan Melayu" yang mengubah syair-syair bersifat agama. Beliau adalah seorang yang sangat terkemuka dikalangan orang-orang Melayu, oleh itu kerana syair dan puisi-puisinya sangat hebat.

       Syair eliau yang diketahui tidak kurang 32 untaian. Syair-syairnya dianggap sebagai syair Melayu pertama yang ditulis dalam bahasa Melayu, iaitu sasjak empat baris dengan pola bunyi akhir a a a pada setiap barisnya.

Ciri-ciri sajak beliau :
1) Pemakaian penanda kepengarangan.
2) Dari petikan ayat al-Quran, hadis, pepatah dan kata-kata Arab.
3) Pada setiap baris akhir beliau mencantumkan tahallus (nama diri), tempat lahir.
4) Terdapat tamsil atau citraan simbolik yang digunakan oleh penyair Arab dan Persia.
5) Diksi(pilihan kata) yang seimbang, rima dan unsur-unsur puisinya.

Pengaruh beliau cepat tersebar keseluruh tempat di Nusantara melalui pengajaran-pengajaran yang beliau berikan. Beliau bukan sahaja ulama tasawuf dan sasterawan terkemuka tetapi juga seorang perintis dan pelopor pembaharuan. Sumbangan beliau yang paling besar terhadap Nusantara khususnya dalam bidang kerohanian, keilmuan, falsafah, bahasa dan sastera.

       Dalam bidang keilmuan, beliau telah mempelopori penulisan risalah tasawuf atau keagamaan yang bercorak mistik dan bersifat ilmiah. Dalam bidang sastera, beliau mempelopori penulisan puisi-puisi Islam bercorak kesufian, mistik, metafizik dan pembicaraan terhadap hubungan insan dengan penciptanya. Dalam bidang kesusasteraan pula beliau ialah orang pertama yang memperkenalkan syair dan puisi empat baris seperti ciri-cirinya diatas.

       Syair-syairnya bukan sahaja memperkayakan perbendaharaan kata Bahsa Melayu, tetapi juga mengintegrasikan konsep-konsep Islam dalam berbagai bidang kehidupan dalam sistem bahasa. Melalui hasil karangannya, dijelaskan mengapa kita harus mencari Tuhan dan juga sebagai garis petunjuk untuk mencari Tuhan. Syair dan puisi beliau sarat dengan nilai estetika, ilmu dan falsafah yang diolah berdasarkan pengaruh pantun dan menampakkan bahawa beliau menguasai puisi Parsi bersifat tasawuf dan memupuk rasa cinta akan Allah SWT.

Karya Hamzah al-Fansuri

Asrar al-Arifin (Rahsia Orang yang Bijaksana)
Sharab al-Asyikin (Minuman Segala Orang yang Berahi)
Zinat al-Muwahidin (Perhiasan Sekalian Orang yang Mengesakan)
Syair Si Burung Pingai
Syair Si Burung Pungguk
Syair Sidang Fakir
Syair Dagang
Syair Perahu

Oleh : Muhammad Harris Fadhilah Johari (Cahaya Mata Ternama)

Wednesday 28 November 2012

RANUB, tradisi masyarakat Aceh

 Assalamualaikum, maaf atas kelewatan mengemaskini blog. 
Sepanjang persiapan kita untuk pergi ke negeri Aceh, sedikit sebanyak kenalah 
ambil tahu juga mengenaii tradisi-tradisi yang terdapat di sana. Hasil pencarian saya, saya dapati 
tradisi makan sirih masih diamalkan hingga sekarang berikutan tradisi ini banyak digunakan dalam kehidupan 
masyarakat di Aceh.  


Tradisi makan sirih merupakan warisan budaya masa silam, lebih dari 3000 tahun yang lampau atau di zaman Neolitik, hingga saat ini.

  


Budaya makan sirih hidup di Asia Tenggara. Pendukung budaya ini terdiri dari pelbagai golongan, meliputi masyarakat bawah, pembesar negara, serta kalangan istana.  Tradisi makan sirih tidak diketahui secara pasti dari mana berasal. Dari cerita-cerita sastra, dikatakan tradisi ini berasal dari India.

Tetapi jika ditelusur berdasarkan bukti linguistik, kemungkinan besar tradisi makan sirih berasal dari Nusantara. Pelaut terkenal Marco Polo menulis dalam catatannya di abad ke-13, bahawa orang India suka mengunyah segumpal tembakau. Sementara itu penjelajah terdahulu seperti Ibn Batutah dan Vasco de Gama menyatakan bahawa masyarakat Timur memiliki kebiasaan memakan sirih.

Di masyarakat India, sirih pada mulanya bukan untuk dimakan, tetapi sebagai persembahan kepada para dewa sewaktu sembahyang di kuil-kuil. Beberapa helai daun sirih dihidangkan bersama dengan kelapa yang telah dibelah dua dan dua buah pisang emas.

Pada saat ini sirih sangat dikenal di kalangan masyarakat Melayu. Selain dimakan oleh rakyat kebanyakan, sirih juga dikenal sebagai simbol budaya dan menjadi bagian yang tak terpisahkan dalam adat istiadat Melayu. Sirih dipakai dalam upacara menyambut tamu, upacara merisik dan meminang, upacara pernikahan, pengobatan tradisional, dan berbagai upacara adat yang lain. Dalam upacara pernikahan, sirih dirangkai dalam bentuk sirih junjung yang cantik, dan bersama dengan sirih penyeri dipakai sebagai barang hantaran kepada pengantin perempuan. Di dalam upacara resmi kebesaran istana, sirih junjung dipakai sebagai hiasan yang menyemarakkan suasana. Sirih junjung juga dibawa sebagai kepala suatu arak-arakan adat.

Sirih Aceh

Daun sirih di Aceh dinamakan Ranub. Ranub memainkan peranan penting dalam kehidupan orang Aceh. Ranub yang telah dibubuhi kapur, irisan pinang, dan gambir kemudian dikunyah sebagai makanan pelengkap.

Proses penyiapannya dari memetik daun sampai dengan menyajikannya divisualisasikan menjadi sebuah gerakan tari yang sangat dinamis dan artistik. Gerakan inilah yang akhirnya menjadi tarian tradisional asal Aceh yang dinamakan Tari Ranub Lampuan. Menyajikan ranub kepada tamu dalam tradisi Aceh adalah sebuah ungkapan rasa hormat.

Namun kita tidak pernah memperhatikan dengan seksama apa yang ada di balik semua aktifitas yang berkaitan dengan ranub. Ranub bagi masyarakat Aceh tidak hanya sekedar tumbuhan yang memiliki manfaat secara fisik semata. Namun di balik itu ada berbagai penafsiran poli-interpretasi, karena di dalam memahaminya ranub menjadi simbol yang multi rupa.

Pemaknaannya secara sosial dan kultural digunakan dalam banyak cara dan berbagai aktivitas. Ranub dengan segala perlengkapannya memainkan peranan penting pada masa kesultanan Aceh, dalam upacara-upacara kebesaran sultan.

Selain itu dalam perkembangannya, ranub juga menempati peranan yang cukup penting dalam sistem daur hidup (life cycle) masyarakat Aceh. Jika ada acara-acara resmi, seperti pernikahan, hajatan sunat, bahkan di acara penguburan mayat sekalipun, ranub seolah menjadi makanan wajib. Sehingga ada anggapan, adat dan ranub menjadi dua hal yang tidak dapat dipisahkan di Aceh.

Dari masa sebelum melahirkan yakni ketika usia kehamilan mencapai tujuh atau delapan bulan, mertua sudah mengusahakan seorang bidan untuk menyambut kelahiran bayi. Pihak mertua dan ibunya sendiri biasanya mempersiapkan juga hadiah yang akan diberikan kepada bidan pada saat mengantar nasi sebagai tanda persetujuan.

Tanda ini disebut dengan peunulang, artinya hidup atau mati orang ini diserahkan kepada bidan. Setelah menerima peunulang, ada kewajiban bagi bidan untuk menjenguk setiap saat. Bahkan kadang-kadang ada yang menetap sampai sang bayi lahir. Biasanya hadiah yang diberikan kepada bidan antara lain seperti, ranub setepak (bahan-bahan ranub), pakaian sesalin (biasanya satu stel), dan uang ala kadarnya.

Pada saat bayi lahir, diadakan pemotongan tali pusar dengan sebilah sembilu, kemudian diobati dengan obat tradisional seperti dengan arang, kunyit, dan air ludah ranub. Upacara yang berkaitan dengan daur hidup lainnya yang didalamnya menggunakan ranub sebagai salah satu medianya adalah upacara antar mengaji.

Upacara perkawinan dalam masyarakat Aceh juga mempergunakan ranub dalam rangkaian upacaranya. Setelah seulangke mendapat kabar dari ayah si gadis, lalu menyampaikan kabar suka cita kepada keluarga pemuda, ditentukan waktu atau hari apa mengantar ranub kong haba, artinya ranub penguat kata atau perjanjian kawin (bertunangan).

Kemudian keluarga si pemuda mengumpulkan orang-orang patut dalam kampung kemudian memberi tahu maksud bahwa dimintakan kepada orang-orang yang patut tersebut untuk pergi ke rumah ayah si gadis untuk meminang si gadis dan bila dikabulkan terus diserahkan ranub kong haba atau tanda pertunangan dengan menentukan sekaligus berapa mas kawinnya (jiname/jeulamee).

Dalam hubungan sosial masyarakat Aceh, ranub juga memiliki fungsi dan peranan penting antara lain untuk penghormatan kepada tamu. Sekaligus untuk menjalin keakraban dan perasaan solidaritas kelompok, maupun sebagai media untuk meredam/menyelesaikan konflik serta menjaga harmoni sosial.



Tuesday 27 November 2012

Syeikh Nuruddin ar-Raniry


Assaalamualaikum...hari ini saya akan menerangkan serba sedikit mengenai Syeikh Nur al-Din al-Raniri, seperti yang segelintir kita ketahui, Syeikh Nur al-Din al-Raniri adalah seorang ulama yang terkenal dan masyhur. Beliau tidak hanya terkenal di kalangan dunia Melayu sahaja, bahkan beliau juga terkenal di kalangan pengarang-pengarang Barat. Beliau terkenal sebagai seorang pujangga dan seorang ulama’, tetapi pengaruhnya lebih berkesan kepada Masyarakat Melayu dalam bidang agama. Pengaruhnya yang besar ini dapat diperhatikan apabila kitabnya Sirat al-Mustaqim masih lagi digunakan di sesetengah sekolah agama di Malaysia pada kurun kea-20 ini.

Kitab Sirat al-Mustaqim ini adalah sebuah kitab fiqh yang membicarakan tentang thaharah, sembahyang, puasa, zakat, haji dan hukum-hukum fiqh yang lain. Kitab ini dikarang atas permintaan Sultan Iskandar Thani, iaitu sultan yang kedua yang memerintah Acheh (1637-1641 M) selepas Sultan Iskandar Muda.

Syeikh Nur al-Din al-Raniri juga masyhur dalam bidang sastera. Pada tahun 1638, beliau telah mengarang sebuah buku yang bertajuk Bustan al-Salatin yang bermaksud “Taman raja-raja”. Buku ini menceritakan tentang sejarah raja-raja Aceh pada masa itu dan juga sejarah raja-raja lain.

Riwayat Hidup

- Nama diberi Nuruddin Muhammad bin Ali bin Hasanji bin Muhammad Hamid ar- Raniri al-Quraisyi asy-Syafi'i.
- Beliau merupakan Sarjana India berketurunan Arab Hadramaut (bapanya) & Melayu Acheh (ibunya).
- Dilahirkan di Ranir (Rander) India.
- Ranir juga adalah merupakan tempat mula2 Syeikh Nuruddin mendapat pendidikan agama.
- Kemudian Syeikh Nuruddin ke Tarim Arab Selatan yang juga merupakan pusat pelajaran ilmu Islam pada tahun 1030 H.
- Beliau juga merupakan Syeikh dalam Tariqat Rafa'iyyah (Tariqat Rafa'iyyah ini diasaskan oleh Ahmad Rafa'i yang meninggal pada tahun  1183 M)
- Seorang yang sangat peroduktif dalam menulis.
- Menulis lebih dari 29 buah kitab (dalam bahasa Arab & Melayu).
- Meliputi pengetahuan tentang fiqh, Hadis, Tasawwuf, Sejarah dan Aqidah.
- Sebahagian besar dari kitab-kitab beliau ditulis bertujuan untuk membasmi ajaran wujudiyyah sekeras-kerasnya dari dua tokoh iaitu Hamzah Fansuri & Syamsuddin Sumatrani (Syamsuddin Pasai).
- Disini dapat diketahui dengan jelas adalah tarikh ketibaannya ke Acheh. Beliau telah tiba di Acheh pada 6 Muharram 1047 Hijrah, bersamaan dengan 31 Mei 1637 Masihi, iaitu setahun selepas Sultan Iskandar Thani mula memerintah.
- Setelah beliau menamatkan pengajiannya di Makkah beliau pergi ke Pahang  & seterusnya ke Aceh.
- Pahang pada waktu itu dibawah taklukan Acheh, yang merupakan sebuah kerajaan yang dikenali dengan
Aceh Darussalam.
- Aceh pada waktu itu merupakan sebuah pusat perdagangan, kebudayaan, politik serta pusat pengajian Islam yang terkenal.
- Aceh juga telah melahirkan ilmuan-ilmuan yang masyhur dan terkemuka seperti Syeikh Hamzah Fansuri, Syeikh Syamsuddin Sumatrani dan Syeikh Abdul Rauf Singkel. (merupakan ulama' yang masyhur sebelum kedatangan Syeikh Nuruddin.
- Sebelum beliau sampai ke Aceh, di sana sudah ada satu fahaman yang dikenali dengan aliran Tasawwuf Wujudiyyah yang telah dipelopori oleh Syeikh Hamzah Fansuri dan Syeikh Shamsuddin Sumatrani.
-Aliran ini sangat berpengaruh di Aceh pada ketika itu.
- Aliran ini telah ditentang oleh sebahagian ahli tasawwuf di Timur Tengah kerana aliran ini dianggap telah menyeleweng daripada ajaran-ajaran Islam yang sebenar.
- Maka kedatangan beliau ke Aceh seakan-akan membawa satu pendapat baru yang asing dalam masyarakat Aceh. Sudah menjadi kebiasaan sesuatu yang baru tidak mudah diterima oleh masyarakat setempat.
- Beliau bermazhab Syafi’i dan mengamalkan aliran tasawwuf Qadariyah yang diajarkan oleh Syeikh Abd al-Qadir Jaylani, beliau mesti menentang dan menolak ajaran yang telah diajarkan oleh Syeikh Hamzah Fansuri dan Syeikh Shamsuddin Sumatrani, kerana ajaran tersebut adalah salah menurut pandangannya.

InsyaAllah, akan disambung pada masa akan datang...

Daripada Zaid Bin Arqam r.a., bahawa Rasulullah S.A.W. berdoa : (yang maksudnya) "Ya Allah, aku berlindung kepadaMu dari ilmu yang tidak bermanfaat, dari hati yang tidak khusyu', dari nafsu yang tidak pernah kenyang dan dari doa yang tidak diperkenankan" ~RIWAYAT MUSLIM~

Pena Kristal : Nurul Iris

Friday 23 November 2012

Sejarah Sebermula Kerajaan Perlak Sampai Kejatuhannya.



Prakata

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

 "Verba volant, scripta manent", kata kata yang diungkapkan terbang begitu sahaja, kata kata yang tertulis ia kekal. Betul atau tidak justifikasi pepatah Latin ini bukan untuk kita hujahkan tapi untuk sama sama kita renungkan. Maka dari itu tulisan ini disusun dari beberapa narasumber bagi memastikan pengetahuan mengenai sejarah Kerajaan Perlak ini tidak hanya berlegar di minda kita semua dan kemudiannya hilang begitu sahaja tanpa punca. Kita juga tidak mahu kajian ini hanya bersifat 'touch and go' sahaja maka dengan tulisan ini dan tulisan dari sukarelawan lainnya dapat kiranya digunakan bagi kajian kajian pada masa akan datang.

"Ikat lah ilmu dengan menuliskannya", Sayyidina Ali Abi Talib.



Sejarah Sebermula Kerajaan Perlak Sampai Kejatuhannya.



       Kesultanan Peureulak atau Perlak adalah kerajaan Islam di Indonesia yang berkuasa di sekitar wilayah Peureulak, Aceh Timur antara tahun 840 sampai tahun 1292. Perlak terkenal sebagai suatu daerah penghasil kayu perlak, jenis kayu yang sangat bagus untuk pembuatan kapal, dan karenanya daerah ini dikenal dengan nama Negeri Perlak. Hasil alam dan posisinya yang strategis membuat Perlak berkembang sebagai pelabuhan niaga yang maju pada abad ke-8, disinggahi oleh kapal-kapal yang antara lain berasal dari Arab dan Persia. Hal ini membuat berkembangnya masyarakat Islam di daerah ini, terutama sebagai akibat perkawinan campur antara saudagar muslim dengan perempuan setempat.

          Ada banyak kerajaan Islam di Indonesia. Tentu ini adalah salah satu faktor yang menjadikan Islam sebagai agama bagi majoriti penduduk di Indonesia. Dari sekian banyak kerajaan, kerajaan Islam yang pertama di Indonesia adalah Kerajaan Perlak yang terletak di Aceh Timur, daerah Perlak di Aceh sekarang. Begitupun, ada beberapa pendapat menyebutkan kerajaan Islam pertama di Indonesia adalah Kerajaan Samudera Pasai. Namun, fakta menyebutkan Perlak lebih dulu ada daripada Samudera Pasai. Kerajaan Perlak muncul mulai tahu 840 M sampai tahun 1292 M. Bandingkan dengan kerajaan Samudera Pasai yang sama-sama mengambil lokasi di Aceh. Berdiri tahun 1267, Kerajaan ini akhirnya lenyap tahun 1521. Entah mengapa dalam buku-buku pelajaran, tertulis secara jelas kerajaan Samudera Pasai-lah kerajaan Islam yang pertama di Indonesia. Sebuah kesengajaan atau sebuah kebetulan ?

          Berbeda dengan kesepakatan yang pasti tentang daerah yang pertama kali dimasuki Islam ataupun kerajaan Islam pertama di Jawa, kerajaan Islam pertama di Indonesia masih simpang siur kepastiannya.

         Kerajaan Perlak  berdiri tahun 840 M dengan rajanya yang pertama, Sultan Alaidin Syed Maulana Abdul Aziz Syah. Sebelumnya, memang sudah ada Negeri Perlak yang pemimpinnya merupakan keturunan dari Meurah Perlak Syahir Nuwi atau Maharaja Pho He La. Pada tahun 840 ini, datanglah rombongan berjumlah 100 orang yang dipimpin oleh Nakhoda Khalifah. Tujuan mereka adalah berdagang sekaligus berdakwah menyebarkan agama Islam di Perlak. Pemimpin dan para penduduk Negeri Perlak pun akhirnya meninggalkan agama lama mereka untuk berpindah ke agama Islam. Selanjutnya, salah satu anak buah Nakhoda Khalifah, Ali bin Muhammad bin Ja`far Shadiq dinikahkan dengan Makhdum Tansyuri, adik dari Syahir Nuwi. Dari perkawinan mereka inilah lahir kemudian Alaidin Syed Maulana Abdul Aziz Syah, Sultan pertama Kerjaan Perlak. Sultan kemudian mengubah ibukota Kerajaan, yang semula bernama Bandar Perlak menjadi Bandar Khalifah, sebagai penghargaan atas Nakhoda Khalifah. Sultan dan istrinya, Putri Meurah Mahdum Khudawi, dimakamkan di Paya Meuligo, Perlak, Aceh Timur.

Sultan Alaidin Syed Maulana Abdul Aziz Syah merupakan sultan yang beralirah paham Syiah. Aliran Syi’ah datang ke Indonesia melalui para pedagang dari Gujarat, Arab, dan Persia. Mereka masuk pertama kali melalui Kesultanan Perlak dengan dukungan penuh dari dinasti Fatimiah di Mesir. Ketika dinasti ini runtuh pada tahun 1268, hubungan antara kelompok Syi’ah di pantai Sumatera dengan kelompok Syi’ah di Mesir mulai terputus. Kondisi ini menyebabkan konstelasi politik Mesir berubah haluan. Dinasti Mamaluk memerintahkan pasukan yang dipimpin oleh Syaikh Ismail untuk pergi ke pantai timur Sumatra dengan tujuan utamanya adalah melenyapkan pengikut Syi’ah di Kesultanan Perlak dan Kerajaan Samudera Pasai. (AcehPedia.com)

Pada masa pemerintahan sultan ketiga, Sultan Alaiddin Syed Maulana Abbas Shah, aliran Sunni mulai masuk ke Perlak. Setelah wafatnya sultan pada tahun 363 H (913 M), terjadi perang saudara antara kaum Syiah dan Sunni sehingga selama dua tahun berikutnya tak ada sultan. Kaum Syiah memenangkan perang dan pada tahun 302 H (915 M), Sultan Alaiddin Syed Maulana Ali Mughat Shah dari aliran Syiah naik tahta. Pada akhir pemerintahannya terjadi lagi pergolakan antara kaum Syiah dan Sunni yang kali ini dimenangkan oleh kaum Sunni sehingga sultan-sultan berikutnya diambil dari golongan Sunni.

Pada tahun 362 H (956 M), setelah meninggalnya sultan ketujuh, Sultan Makhdum Alaiddin Abdul Malik Shah Johan Berdaulat, terjadi lagi pergolakan selama kurang lebih empat tahun antara Syiah dan Sunni yang diakhiri dengan perdamaian dan pembagian kerajaan menjadi dua bagian. Bagian pertama, Perlak Pesisir (Syiah), dipimpin oleh Sultan Alaiddin Syed Maulana Shah (986 – 988). Bagian kedua, Perlak Pedalaman (Sunni), dipimpin oleh Sultan Makhdum Alaiddin Malik Ibrahim Shah Johan Berdaulat (986 – 1023). (Wikipedia.com)

Kedua kepemimpinan tersebut bersatu kembali ketika salah satu dari pemimpin kedua wilayah tersebut, yaitu Sultan Alaiddin Syed Maulana Shah meninggal. Ia meninggal ketika Perlak berhasil dikalahkan oleh Kerajaan Sriwijaya. Kondisi perang inilah yang membangkitkan semangat bersatunya kembali kepemimpinan dalam Kesultanan Perlak. Sultan Makhdum Alaiddin Malik Ibrahim Shah Johan Berdaulat, yang awalnya hanya menguasai Perlak Pedalaman kemudian ditetapkan sebagai Sultan ke-8 pada Kesultanan Perlak. Ia melanjutkan perjuangan melawan Sriwijaya hingga tahun 1006.

Sultan Perlak ke-17, Sultan Makhdum Alaiddin Malik Muhammad Amin Shah II Johan Berdaulat, melakukan politik persahabatan dengan negeri-negeri tetangga. Ia menikahkan dua orang puterinya dengan para pemimpin kerajaan tetangga.  Putri Ratna Kamala dinikahkan dengan Raja Kerajaan Malaka, Sultan Muhammad Shah (Parameswara) dan Putri Ganggang dinikahkan dengan Raja Kerajaan Samudera Pasai, al-Malik al-Saleh. Kesultanan Perlak berakhir setelah Sultan yang ke-18, Sultan Makhdum Alaiddin Malik Abdul Aziz Johan Berdaulat meninggal pada tahun 1292. Kesultanan Perlak kemudian menyatu dengan Kerajaan Samudera Pasai di bawah kekuasaan sultan Samudera Pasai yang memerintah pada saat itu, Sultan Muhammad Malik Al Zahir yang juga merupakan putera dari al-Malik al-Saleh.

Pada hari perasmian berdirinya Kerajaan Islam itu, Bandar Perlak ditukar namanya menjadi Bandar Khalifah sebagai kenang-kenangan kepada Nakhuda Khalifah yang mula-mula membawa agama Islam ke Bandar Perlak. Bandar Khalifah itu sampai sekarang masih tetap disebut namanya, tetapi daerah itu telah menjadi dusun yang kecil yang tidak berarti lagi.

Kerajaan Perlak merupakan negeri yang terkenal sebagai penghasil kayu Perlak, yaitu kayu yang berkualitas bagus untuk kapal. Tak heran kalau para pedagang dari Gujarat, Arab dan India tertarik untuk datang ke sini. Pada awal abad ke-8, Kerajaan Perlak berkembang sebagai bandar niaga yang amat maju. Kondisi ini membuat maraknya perkawinan campuran antara para saudagar muslim dengan penduduk setempat. Efeknya adalah perkembangan Islam yang pesat dan pada akhirnya munculnya Kerajaan Islam Perlak sebagai kerajaan Islam pertama di Indonesia.

Raja dan rakyat penduduk daerah negeri Perlak adalah keturunan dari Maharaja Pho He La Syahir Nuwi (Meurah Perlak Syahir Nuwi) dan keturunan dari pasukan-pasukan pengikutnya.

Beberapa abad kemudian, pada tahun 173 H (800 M) tibalah sebuah kapal saudagar Islam ke Bandar Perlak yang datang dari Teluk Kambey (Gujaraat). Mereka diketuai oleh Nakhuda Khalifah. Di Bandar Perlak mereka dapati bahan perniagaan yang banyak.

Ajaran Islam yang dipaparkan oleh umat Islam rombongan Nakhuda Khalifah kepada putra-putri Bandar Perlak, dengan taufik dan hidayah Allah Yang Maha Esa, mendapat perhatian dan sambutan yang baik sehingga hidup subur dan berkembang berkat ajaran-ajaran dan penerangan-penerangan dari mubaligh-mubaligh yang terus-menerus datang ke negeri Perlak.

Dalam waktu yang tidak sampai setengah abad, umat Islam Perlak yang telah mempunyai keturunan Islam dari perkawinan campuran antara rakyat/penduduk asli (putri-putri Perlak) dengan keturunan Arab, Persi dan Muslim India, telah sanggup mendirikan Kerajaan Islam di negeri Perlak pada hari Selasa sehari bulan Muharam tahun 225 H (840 M).

Sultan pertama yang terpilih adalah Saiyid Maulana Abdul-Aziz Syah (peranakan Arab Quraisy dengan puteri Meurah Perlak), bergelar Sultan Alaiddin Saiyid Maulana Abdul-Aziz Syah. Kerajaan Islam yang telah didirikan di Perlak itu, hidup subur dan menjalar luas melalui dinasti raja-rajanya.





Naskah Hikayat Aceh mengungkapkan bahwa penyebaran Islam di bagian utara Sumatera dilakukan oleh seorang ulama Arab yang bernama Syaikh Abdullah Arif pada tahun 506 H atau 1112 M. Lalu berdirilah kesultanan Peureulak dengan sultannya yang pertama Alauddin Syah yang memerintah tahun 520–544 H atau 1161–1186 M. Sultan yang telah ditemukan makamnya adalah Sulaiman bin Abdullah yang wafat tahun 608 H atau 1211 M.

Buku Zhufan Zhi (諸蕃志), yang ditulis Zhao Rugua tahun 1225, mengutip catatan seorang ahli geografi, Chou Ku-fei, tahun 1178 bahwa ada negeri orang Islam yang jaraknya hanya lima hari pelayaran dari Jawa.[2] Mungkin negeri yang dimaksudkan adalah Peureulak, sebab Chu-fan-chi menyatakan pelayaran dari Jawa ke Brunai memakan waktu 15 hari. Eksistensi negeri Peureulak ini diperkuat oleh musafir Venesia yang termasyhur, Marco Polo, satu abad kemudian. Ketika Marco Polo pulang dari Cina melalui laut pada tahun 1291, dia singgah di negeri Ferlec yang sudah memeluk agama Islam.

Perkembangan dan pergolakan

Sultan pertama Perlak adalah Sultan Alaiddin Syed Maulana Abdul Aziz Shah, yang beraliran Syiah dan merupakan keturunan Arab dengan perempuan setempat, yang mendirikan Kesultanan Perlak pada 1 Muharram 225 H (840 M). Ia mengubah nama ibukota kerajaan dari Bandar Perlak menjadi Bandar Khalifah. Sultan ini bersama istrinya, Putri Meurah Mahdum Khudawi, kemudian dimakamkan di Paya Meuligo, Peureulak, Aceh Timur.
Pada masa pemerintahan sultan ketiga, Sultan Alaiddin Syed Maulana Abbas Shah, aliran Sunni mulai masuk ke Perlak. Setelah wafatnya sultan pada tahun 363 H (913 M), terjadi perang saudara antara kaum Syiah dan Sunni sehingga selama dua tahun berikutnya tak ada sultan.
Kaum Syiah memenangkan perang dan pada tahun 302 H (915 M), Sultan Alaiddin Syed Maulana Ali Mughat Shah dari aliran Syiah naik tahta. Pada akhir pemerintahannya terjadi lagi pergolakan antara kaum Syiah dan Sunni yang kali ini dimenangkan oleh kaum Sunni sehingga sultan-sultan berikutnya diambil dari golongan Sunni.
Pada tahun 362 H (956 M), setelah meninggalnya sultan ketujuh, Sultan Makhdum Alaiddin Abdul Malik Shah Johan Berdaulat, terjadi lagi pergolakan selama kurang lebih empat tahun antara Syiah dan Sunni yang diakhiri dengan perdamaian dan pembagian kerajaan menjadi dua bagian:
§  Perlak Pesisir (Syiah) dipimpin oleh Sultan Alaiddin Syed Maulana Shah (986 – 988)
§  Perlak Pedalaman (Sunni) dipimpin oleh Sultan Makhdum Alaiddin Malik Ibrahim Shah Johan Berdaulat (986 – 1023)

Sultan Alaiddin Syed Maulana Shah meninggal sewaktu Kerajaan Sriwijaya menyerang Perlak dan seluruh Perlak kembali bersatu di bawah pimpinan Sultan Makhdum Alaiddin Malik Ibrahim Shah Johan Berdaulat yang melanjutkan perjuangan melawan Sriwijaya hingga tahun 1006.



Penggabungan dengan Samudera Pasai

Sultan ke-17 Perlak, Sultan Makhdum Alaiddin Malik Muhammad Amin Shah II Johan Berdaulat (memerintah 1230 – 1267) menjalankan politik persahabatan dengan menikahkan dua orang putrinya dengan penguasa negeri tetangga Peureulak:
§  Putri Ratna Kamala, dikawinkan dengan Raja Kerajaan MalakaSultan Muhammad Shah (Parameswara).
§  Putri Ganggang, dikawinkan dengan Raja Kerajaan Samudera Pasai, Al Malik Al-Saleh.
Sultan terakhir Perlak adalah sultan ke-18, Sultan Makhdum Alaiddin Malik Abdul Aziz Johan Berdaulat (memerintah 1267 – 1292). Setelah ia meninggal, Perlak disatukan dengan Kerajaan Samudera Pasai di bawah pemerintahan sultan Samudera Pasai, Sultan Muhammad Malik Al Zahir, putra Al Malik Al-Saleh.


Dinasti Saiyid Maulana

Sultan Alaiddin Saiyid Maulana Abdul-Aziz Syah, memerintah pada tahun 225-249 H (840-864 M).

Sultan Alaiddin Saiyid Maulana Abdur-Rahim Syah, memerintah pada tahun 249-274 H (864-888 M).

Sultan Alaiddin Saiyid Maulana Abbas Syah, memerintah pada tahun 274-300 H (888-913 M).

Sultan Alaiddin Saiyid Maulana Ali Mughayah Syah, memerintah pada tahun 302-305 H (915-918 M).



Dinasti Makhdum Johan Berdaulat


Raja-raja Dinasti Makhdum Johan Berdaulat adalah turunan dari Meurah Perlak asli (Syahir Nuwi).

5. Sultan Makhdum Alaiddin Malik Abdul-Kadir Syah Johan Berdaulat, memerintah tahun 306-310 H (918-922 M).

6. Sultan Makhdum Alaiddin Malik Muhammad Amin Syah Johan Berdaulat, memerintah pada tahun 310-334 H (922-946 M).

7. Sultan Makhdum Alaiddin Abdul-Malik Syah Johan Berdaulat, memerintah pada tahun 334-361 H (946-973 M).

8.a. Sultan Alaiddin Saiyid Maulana Mahmud Syah sebagai sultan yang memerintah pada tahun 365-377 H (976-988 M) dari Dinasti Saiyid Maulana. 8.b. Sultan Makdhum Alaiddin Malik Ibrahim Syah Johan Berdaulat sebagai sultan yang memerintah pada tahun 365-402 H (976-1012 M) dari dinasti Makhdum Johan Berdaulat.

9. Sultan Makhdum Alaiddin Malik Mahmud Syah Johan Berdaulat, memerintah pada tahun 402-450 H (1012-1059 M).

10. Sultan Makhdum Alaiddin Malik Mansur Syah Johan Berdaulat, memerintah pada tahun 450-470 H (1059-1078 M).

11. Sultan Makhdum Alaiddin Malik Abdullah Syah Johan Berdaulat, memerintah pada tahun 470-501 H (1078-1108 M).

12. Sultan Makhdum Alaiddin Malik Ahmad Syah Johan Berdaulat, memerintah pada tahun 501-527 H (1108-1134 M).

13. Sultan Makhdum Alaiddin Malik Mahmud Syah II Johan Berdaulat, memerintah pada tahun 527-552 H (1134-1158 M).

14. Sultan Makhdum Alaiddin Malik Usman Syah Johan Berdaulat, memerintah pada tahun 552-565 H (1158-1170 M).

15. Sultan Makhdum Alaiddin Malik Muhammad Syah Johan Berdaulat, memerintah pada tahun 565-592 H (1170-1196 M).

16. Sultan Makhdum Alaiddin Abdul Jalil Syah Johan Berdaulat, memerintah pada tahun 592-622 H (1196-1225 M).

17. Sultan Makhdum Alaiddin Malik Muhammad Amin Syah II Johan Berdaulat, memerintah pada tahun 622-662 H (1225-1263 M).

18. Sultan Makhdum Alaiddin Malik Abdul Aziz Syah Johan Berdaulat, yang memerintah pada tahun 662-692 H (1263-1292 M).



#narasumber

Suzana Hj Othman dan Hj Muzaffar Hj Mohamad ; Ahlul Bait Rasulullah SAW & Kesultanan Melayu


Wikipedia



- Disusun dan disunting oleh Mohamad Azhaari Shah bin Sulaiman, sukarelawan XPDC Ibn Battutah 2012.

Wednesday 21 November 2012

KERJASAMA DUA HALA



Kuala Lumpur: Penasihat Grup Pengkaji Tamadun Dunia Unisel, En Izwan suhadak bin Ishak bersama Pengarah Pogram  XPDC Ibnu Batuttah 2012, Mohd Safarudin bin Jhinku mengadakan perjumpaan bagi  kerjasama dua hala bersama  Globle Peace Malaysia (GPM) dan Juga Persatuan Kebangsaan Islam Malaysia (PKPIM). Pertemuan ringkas ini di adakan di pejabat rasmi Global Peace Malaysia yang dihadiri CEO GPM iaitu Mejar Azlan Mohd Shariff dan timbalan CEO GPM, En shakir Fahmi bin Mohd Fakhrulrazi. Perjumpaan yang berasing pula bersama Presiden PKPIM En Ahmad Fahmi B Mohd Shamsudin yang di adakan di Pejabat Rasmi Angkatan Belia Islam Malaysia. Hasil kedua-dua perjumpaan tersebut mendapat kata sepakat dalam mengadakan kerjasama bagi menjayakan misi XPDC Ibnu Batuttah ke Aceh pada tanggal 24 Disember 2012 nanti. Perbincangan tersebut turut menyentuh hal jaringan dan kerjasama antarabangsa bagi memudahkan gerak kerja ketika berada di Bandar aceh nanti.GPTD Unisel yang telah beberapa kali menganjurkan beberapa misi ke luar negara mendapat pujian dari pihak GPM dan PKPIM di atas konsistensi kesukarelawan dan tenaga kerja dari pihak GPTD Unisel. CEO GPM iaitu Mejar Azlan Mohd Shariff turut menyatakan di dalam kerja-kerja kesukarelawan, keikhlasan adalah menjadi faktor atau pendorong utama untuk dititik beratkan. Beliau turut menceritakan pengalaman-pengalaman beharga ketika beliau di dalam lapangan kesukarelawan yang patut di jadikan contoh kepada aktivis-aktivis muda GPTD Unisel. Beliau merupakan antara pengerak utama misi kemanusiaan ke Gaza Palestin. Beliau turut menasihatkan agar setiap aktivis di dalam lapangan kesukarelawan harus bersedia dan sedia maklum apakah tujuan dan tugas masing-masing ketika menyertai misi ke luar negara.

 


Perbincangan bersama Presiden PKPIM pula lebih kepada isu publisiti untuk XPDC Ibnu Batuttah. Beberapa cadangan dikemukakan oleh En Ahmad Fahmi B Mohd Shamsudin seperti pengiklanan atau kerjasama berkenaan informasi sebelum dan semasa XPDC Ibnu Batuttah iaitu bersama majalah Mallenia, Dewan Bahasa dan Pustaka dan RTM. Beliau juga mencadangkan agar kerjasama dilakukan bersama Persekutuan Pelajar Islam Asia Tenggara (PEPIAT) bagi meluaskan lagi ruang jaringan antarabangsa. Beliau berbesar hati untuk menyokong dan membantu sepenuhnya GPTD Unisel bagi menjayakan misi kali ini. Susulan dari perjumpaan tersebut, kata putus telah di tetapkan agar diadakan perjumpaan yang kedua pada hari sabtu ini di kediaman beliau.



By: Mohd Safarudin b Jhinku, 
Pengarah XPDC Ibnu Batuttah 2012,
GPTD Unisel.