Friday 2 August 2013

LAPORAN AKTIVITI XPDC GRUP IBN BATTUTAH DI BANDA ACEH

07 januari 2013 (Isnin)

(Pesantren sebelah relawan perempuan), Pada jam 9.30 pagi, kami telah melakukan khidmat pendidikan. Kami telah mengajar mereka bahasa Inggeris kerana mereka masih lemah dalam subjek tersebut. Kami tidak mengajar seperti di dalam kelas tapi mengajar mereka menggunakan permainan di dalam bahasa Inggeris. Kami telah mengajar mereka dengan pelajaran asas iaitu dengan menulis nama, umur , hobi dan sebagainya menggunakan bahasa Inggeris. Kami tamat mengajar pada jam 11.00 pagi.

Tidak lama kemudian, relawan kami baru tiba di Banda Aceh dan telah dijemput oleh Ustaz Faizal di lapangan terbang.  Program bersama-sama anak-anak pesantren hari ini terhad kerana hari ini adalah hari terakhir kami membuat program bersama-sama mereka.
Pada sebelah malam pula, kami telah membuat perjumpaan dengan semua relawan untuk membincangkan perjalanan kami untuk hari seterusnya dan penambahbaikan grup kami. Perbincangan selesai pada jam 10.00 malam.

(Pesantren sebelah relawan lelaki), hari ini merupakan hari pertama kami berpuasa sunat di Pesantren ini. Program bersama adik-adik lelaki di Pesantren pada hari ini terpaksa di batalkan kerana kebanyakan daripada adik-adik pesantren tiada, ada yang menolong ustaz mereka di sawah dan hari ini juga merupakan hari untuk adik-adik ini memotong rambut bagi yang sudah panjang rambutnya oleh ustaz mereka. Oleh itu, programnya terpaksa di batalkan. Hari ini juga adalah dimana kesemua 10 relawan akhirnya dapat bersama juga, yang mana relawan yang ke-sepuluh iaitu, Jihan yang baru tiba di Lapangan Terbang Banda Aceh pada jam 10.00 pagi.


Pada sebelah  malam kami  membuat  postmoterm bagi aktiviti hari ini. Relawan perempuan berjaya membuat pengajian bahasa Inggeris di sini dengan memasang lagu-lagu membina dalam bahasa Inggeris. Kami juga berbincang mengenai tempat-tempat yang akan disinggah di Banda Aceh seperti Masjid Raya Baiturrahman, makam sultan-sultan Aceh Darussalam, Gunongan dan lain-lain serta perancangan untuk menyewa sebuah van yang boleh memuat seramai 10 orang relawan.

No comments:

Post a Comment