UNISEL – SELASA 18 Dis 2012,
pada pukul 2.30 pm Aktivis Xpdc Ibn Battutah telah mengadakan gerak gempur untuk mendapatkan dana di setiap fakulti di UNISEL. Antara aktivis yang turut hadir adalah Mohd
Safarudin bin Jhinku, Harris Fadhilah bin Johari, Siti Hajar Harnani
binti
Ishak, dan Muhd Fakrul Amiruddin. Mereka telah di bahagikan kepada dua kumpulan untuk ke setiap fakulti untuk mendapatkan sumbangan dana daripada pensyarah-pensyarah. Kutipan tersebut tamat pada tepat jam 5.oo pm. Hasil daripada kutipan tersebut mereka telah berjaya mengumpul dana sebanyak Rm 380. Terdapat beberapa kesulitan dialami oleh aktivis-aktivis Xpdc Ibn Batuttah. Antaranya terdapat kesilapan teknikal di dalam proposal dan juga temples untuk edaran. Kesilapan tersebut menjadi penghalang untuk aktivis menjelaskan tujuan kutipan dana tersebut. Kelemahan ini akan di atasi pihak aktivis pada masa akan datang,insyallah.
Tuesday 18 December 2012
LAPORAN PERTEMUAN ANTARA AKTIVIS DENGAN PENASIHAT GRUP
PUSAT PELAJAR UNISEL – JUMAAT 14 Dis 2012, pada pukul
9.00pg Aktivis Xpdc Ibn Battutah telah mengadakan satu pertemuan dengan
penasihat Grup Pengkaji Tamadun Dunia Unisel iaitu Encik Izwan Suhadak bin
Ishak di Pusat Pelajar Unisel. Antara aktivis yang turut hadir adalah Nurul Syafika binti Shahari, pengarah xpdc Ibn Battutah iaitu Mohd
Safarudin bin Jhinku, Harris Fadhilah bin Johari, Siti Hajar Harnani binti
Ishak, Siti Nur-Alia binti Che Burhan, Hazirah binti Muhammad Rosli.
Pada pertemuan tersebut, kami telah membincangkan beberapa perkara
berbangkit, isu-isu semasa serta perkembangan semasa setiap aktivis. Antara
perkara yang dibincangkan adalah mengenai sumbangan yang di mohon oleh setiap
aktivis. Pengarah xpdc iaitu Mohd Safarudin bin Jhinku telah menerima dua kotak
first aid kit sumbangan daripada Farmasi Kuala Selangor. Selain itu, Wan Ritini
binti Wan Ismail dari Grup Turki telah mendapat persetujuan dari seorang
individu yang berbesar hati memberikan sumbangan buku kepada anak-anak pesantren,
insyaAllah sumbangan buku tersebut akan diterima beberapa hari lagi. Kami juga
menerima beberapa nasihat berguna daripada penasihat GPTD Encik Izwan Suhadak untuk
bekalan kami sewaktu di Aceh nanti. Pertemuan kami berakhir pada jam 10.30pg.
Berikut Beberapa Gambar Yang Dapat Kami Paparkan
sekian...
wassalam~
Wednesday 12 December 2012
BUKU IBN BATTUTAH
Kisah dan Punca Perselisihan Sultan Al-Malik Al-Zahir dengan Putera Saudara Baginda.
Sultan Al-Malik Al-Zahir mempunyai seorang putera saudara yang berkahwin dengan puterinya. Baginda menyerahkan pemerintahan beberapa buah negeri kepada putera saudaranya itu. Putera saudara sultan ini pula jatuh hati kepada anak perempuan salah seorang amir dan berhasrat untuk mengahwininya. Sudah menjadi adat bagi seorang lelaki sumatera sama ada ia seorang amir, orang biasa atau orang lain, apabila anak perempuannya telah dewasa dan tiba waktu untuk berkahwin, maka ia harus mendapatkan perintah serta keputusan sultan berhubung dengan anak perempuan itu. Sultan seterusnya akan mengutus kaum wanita yang akan melihat gadis tersebut dan seandainya baginda tertarik dengan sifatnya, baginda akan mengahwini gadis itu. Jika tidak, baginda akan meninggalkannya dan ia kan menkahwinkan oleh walinya sebagaimana dikehendaki.
Kemudian sultan berangkat untuk pergi berperang. Tempoh perjalanan untuk sampai ke negeri orang kafir mengambil masa selama sebulan. Putera saudara baginda itu telah mengkianatinya dan pergi ke sumatera. Beliau memasukinya kerana Sumatera pada waktu tersebut tidak mempunyai tembok. Beliau juga mengistiharkan dirinya sebagai raja dan setengah-setengah orang telah brbai’ah kepadanya. Manakala setengah-setengah yang lain pula enggan berbuat demikian. Ayahanda saudara telah mendapat berita tentang tindakannya itu. dan baginda segera pulang ke Sumatera. Putera saudaranya telah mengambil apa yang terdaya iaitu harta dan khazanah di samping jariah yang dikasihinya. Selepas itu bliau pergi ke Mul Jawa, negeri orang kafir. Kerana peristiwa inilah sultan telah membina sebuah tembok mengelilingi Sumatera.
Mul Jawa.
Di negeri ini terdapat pokok harum serta pokok gaharu harum yang bernama qaquli dan qamari. Qaqulah dan Qamarah ialah beberapa buah daerah yang terdapat di negeri Mul Jawa. Dalam Wilayah Sultan Al-Malik Al-Zahir di jawa, hanya terdapat setanggi, kapur barus, sedikit bunga cengkih dan sedikit gaharu India. Tumbuhan-tumbuhan ini sebenarnya lebih banyak terdapat di Mul Jawa.
Pokok Setanggi
Hanyalah sebatang pokok yang kecil dan ukurannya setinggi tubuh seseorang ataupun lebih rendah daripada itu. Dahan-dahannya adalah seperti dahan khursyuf. Manakala daunnya pula kecil dan nipis. Ada kalanya daun-daun ini gugur dan tinggallah pokoknya tidak berdaun. Di samping itu, dahan pokok setanggi juga bergetah dan ia lebih banyak didapati di negeri orang islam berbanding dengan negeri orang kafir.
Pokok Kapur Barus.
Adalah pokok buluh dan ia samalah seperti pokok buluh di negeri kita. akan tetapi batang pokok kapur barus di Sumatera ini lebih panjang dan lebih keras. Selain itu, kapur barus ini berada dalam batang pohonnya. Apabila buluh tersebut dibelah, terdapat sesuatu seperti kapur barus di dalam batang pohonya itu. Suatu perkara yang mengagumkan tentang batang pohon tersebut ialah kapur barus hanya akan terbentuk jika seekor binatang disembelih di pangkal pohonya. Jika tidak, tiada kapur barus yang akan terbentuk.
Selain itu, bau harum pokok ini mencapai kemuncaknya adalah ketika cuaca sejuk iaitu apabila kapur barus itu dipotong seberat satu dirham dengan cara memejalkannya. Ini dinamai sebagai hardalah oleh penduduk.
Gaharu India.
Menyerupai pokok berangan. Dimana hanya yang berbeza ialah kulitnya nipis. Daun pokok gaharu India sama seperti daun pokok berangan. Pokok gaharu India ini tidak berbuah dan pohonya tidaklah besar tetapi akarnya yang panjang menjalar dan berbau harum. Namun, ranting dan daunnya tidaklah harum. Bukan itu saja, di negeri orang islam, setiap pokok gaharu India dimiliki oleh penduduk akan tetapi di negeri orang kafir, kebanyakkan pokok gaharunya tidak dimiliki oleh sesiapa pun. Antara gaharu india yang tidak dimiliki yang juga terdapat di negeri orang kafir ialah gaharu india yang terdapat di Qaqulah. Di mana ia merupakan sejenis gaharu yang amat harum.
Selain itu, gaharu yang terdapat di Qamarah yang merupakan sejenis gaharu yang paling harum. Penduduk Qaaulah dan Qamarah menjual gaharu mereka kepada penduduk awa dengan tukaran pakaian. Terdapat sejenis gaharu Qamari yang mempunyai selaput seperti lilin di atasnya. Manakala gaharu sejenis ‘attas pula apabila akarnya dipotong dan ditanam di dalam tanah selama beberapa bulan, akar tersebut akan tetap teguh seperti asalnya. Gaharu ‘attas merupakan gaharu india yang amat menakjubkan.
Pokok Bunga Cengkih.
ia berbentuk besar dan ia boleh hidup dalam jangka masa yang lama. Pokok bunga cengkih lebih banyak terdapat di negeri orang kafir berbanding di negeri orang islam. Pokok ini juga tidak dimiliki oleh sesiapa kerana ia terlalu banyak. Pokok bunga cengkih yang diimport ke negeri kita ialah ‘aidian. Bukan itu saja, bunga cengkih yang dinamai sebagai Nuwwar Al-Qaranful oleh penduduk negeri kita ialah cengkih yang telah digugur dari bunganya dan ia merupai bunga pokok oren. Buah pokok bunga cengkih di negeri kita dikenali sebagai buah pala dan bunganya pula ialah basbasah (selaput biji pala).
Saturday 8 December 2012
Pertemuan Anggota XPDC Ibn Battutah
BESTARI JAYA (UNISEL) -1
DISEMBER 2012. Pertemuan anggota XPDC Ibn Battutah yang akan ke Aceh di Masjid
UNISEL pada jam 11.00 pagi .Antara anggota yang hadir (Mohd Safarudin, Mohd
Azhaari, Siti Hajar Harnani, Siti Nur Alia dan Hazirah) tiga anggota lain
mempunyai urusan di kampung masing-masing (Muhd Fakhrul Amiruddin, Harris, dan
Syafika). Pertemuan itu dibuat untuk menyelesaikan segala urusan yang
belum lengkap serta membahagikan kerja tugasan masing-masing dan membetulkan
pergerakan tentatif yang perlu dibuat di sana.
Antara tugasan dokumentasi
yang telah diberikan kepada mereka adalah Istana Maimun dan Tun Sri Lanang
(Samalanga) di serahkan oleh Mohd Azhaari. Siti Nur Alia : Masjid Al – Mashun
dan Masjid berancan di Meureudu. Selain itu, Siti Hajar Harnani : Muzium dan
Tongkat Iskandar Muda di Sigl. Di Perlak (Sultan Maulana Abdul Aziz Shah) dan
Syuhadah lapan di Jeurieb ditugaskan oleh Hazirah. Makam MalikuurSalleh dan
Muzium Tsunami diserahkan oleh Mohd Safarudin. Dan Syafika : makam Nasriyah
serta masjid Baiturrahman. Makam 44 ulama dan makam Syeikh Kuala diberikan
kepada Muhd Fakhrul Amiruddin dan di Biruen dan makam Iskandar Muda
ditugaskan oleh Harris.
Bukan itu saja, kami
memikirkan bagaimana untuk mencari sponser dalam masa terdekat ini bagi
menambahkan dana keperluan masing-masing dan untuk didermakan ke bandar Aceh.
Pertemuan ini di akhiri pada
jam 4.30 petang.
JEMPUTAN MAPESA KE DISKUSI GRUP PENGKAJI TAMADUN DUNIA (GPTD) UNISEL
Pada hari Selasa yang lalu bersamaan dengan 27
November 2012 pada pukul 9.00 malam bertempat di Surau Fakulti Industri Teknologi
Maklumat (FITM) Unisel , GPTD telah menjemput Grup Masyarakat Peduli Sejarah Aceh (MAPESA)
dan Radzi Syafiee yang dikenali sebagai Merah Silu ke diskusi mingguan untuk menjawab
beberapa soalan yang diragui oleh aktivis sukarelawan Ibn Battutah yang akan
melancarkan XPDC ke Aceh pada 28
Disember 2012 sehingga 11 Januari 2013. Antara perbincangan kami ialah
kebenaran kewujudan Hang Tuah, mengenai tarikat wujudiah yang ditentang oleh
Syeikh Nuruddin serta perbezaan dengan tarikat yang lain, penginapan dan
kenderaan yang sepatutnya kami ambil apabila tiba disana, dan sebagainya. Perbincangan
kami dengan MAPESA dan Merah silu dihangatkan dengan perbincangan mengenai
tempat-tempat yang sepatutnya kami lawati apabila sudah tiba di sana nanti. Perbincangan
tersebut menggunakan peta Aceh untuk memudahkan kami untuk menggambarkan tempat-tempat
yang dimaksudkan. Pada pukul 11.00 malam
kami tamatkan perbincangan kami dengan sesi bergambar dengan Grup MAPESA dan Merah
Silu. Tidak lupa juga dengan sajak yang dimainkan oleh salah seorang MAPESA.
Saya mewakili sukarelawan GPTD UNISEL mengucapkan ribuan terima kasih kepada GRUP MAPESA dan RADZI SYAFIEE ( MERAH SILU).
Friday 7 December 2012
Resolusi XPDC Ibn Battutah
08 Disember 2012, Sabtu - Para aktivis XPDC Ibn Battutah telah mengadakan perjumpaan bagi membincangkan modul aktiviti yang akan dijalankan ketika 2 minggu berada di Aceh.Perjumpaan kami ini diadakan di Dewan IPIS, Universiti Selangor pada jam 10.00am dengan hanya seramai 6 orang aktivis iaitu Safarudin, Harris Fadhilah, Siti Hajar, Siti Nur Alia, Nurul Syafika, Hazirah. Fokus kami hanya untuk memberi serba sedikit gambaran situasi aktiviti yang akan dijalankan di Aceh kelak.
Kami mulakan dengan senaman renggangan badan dahulu yang di ketuai oleh pengarah, Safarudin. Menurut Pengarah, senaman pagi akan menjadi rutin pagi ketika berada di Aceh dan setiap para aktivis perlu ada modul senaman sendiri serta perlu menjadi "leader" senaman pagi secara bergilir-gilir. Ini bagi membina sikap gaya hidup sihat dalam diri setiap aktivis serta membina kekuatan tubuh badan.
Seterusnya kami adakan tazkirah berantai selama 5 minit bagi setiap seorang. Di mulakan dahulu oleh Siti Hajar yang menyentuh tentang amal yang akan dibawa selepas kematian. Alia pula menyentuh tentang kesabaran dalam menghadapi segala masalah seperti mengutip dana serta kepantasan dalam melaksanakan tugasan yang diberi. Syafika pula menceritakan tentang pengalaman beliau ketika seorang penganut agama Hindu cuba untuk memesongkan akidah beliau serta kesalahan membela kuku. Syafika mengukuhkan lagi dengan beberapa hadis Nabi mengenai kepentingan menjaga kebersihan dan "Dosa orang yang membela satu kuku ibarat seperti membela sekandang khinzir".
Hazirah pula menyentuh tentang kebarangkalian apa yang akan berlaku apabila berada di sana dan fokusnya hanya kepada permasalahan serta cara untuk mengatasinya. Harris, sedikit sentuh tentang aib dan kesalahan orang yang membuka aib orang lain. Seterusnya, Safarudin banyak memberi kami input yang berguna bagi menaikkan semangat kami. Pertama Safarudin membicarakan tentang rukun usrah yang menjadi penguat hubungan kami. Kedua, tentang kepentingan identiti sendiri dengan menyelitkan cerita tentang "Singa menjadi kambing" serta bagaimana untuk menonjolkan potensi yang ada pada diri.
Akhir sekali kami berbincang sedikit mengenai perancangan untuk meminta sumbangan dari YB di pejabat UMNO di Kuala Selangor. Kami tamatkan perjumpaan kami pada jam 11.30am.
Pertemuan dengan Pengasas Gptd, Presiden Gptd Pusat & Presiden Pkpim
Tepat pada jam 5.30, kami tiba di pejabat Encik Ahmad Azam bin Abdul Rahman iaitu pengasas GPTD di Tanjung Rahmat. Beliau memberikan sedikit nasihat kepada semua aktivis Ibn Battutah. Beliau menceritakan serba sedikit mengenai sejarah Aceh, persediaan mental sebelum ke Aceh dan sebagainya. Antara pesanan yang dapat kami ambil daripada beliau ialah waktu muda merupakan waktu untuk kita merantau sebelum kita berumur 35 tahun. Mungkin sebaris kata daripada falsafah yang ditekankan oleh Encik Azam perlu di dalami dan difahami maksud tersiratnya iaitu “Kita datang dengan cawan kosong, dan pulang dengan cawan yang penuh.” Kemudian beliau juga ada menceritakan serba sedikit mengenai empat ulama’ Aceh Syeikh Nuruddin ar-Raniry, Syeikh Hamzah Fansuri, Syeikh Syamsuddin dan Syeikh Abdul Rauf Singkel berkenaan tariqat, konflik, ketokohan, makam dan sebagainya. Perjumpaan berakhir pada jam 7.00 malam.
Usai menunaikan solat Maghrib, aktivis-aktivis bergerak ke rumah saudara Ahmad Fahmi bin Mohd Samsudin yang merupakan Presiden Persatuan kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) pada jam 8.00 malam. Beliau membincangkan isu-isu kritikal yang hangat di bahaskan seperti konflik-konflik yang berlaku di negara luar, pengaruh liberalisme di Malaysia dan menyentuh sedikit mengenai kepimpinan. Perjumpaan tamat pada jam 10 malam.
Destinasi terakhir yang ditujui oleh para aktivis adalah Universiti Teknologi Malaysia (UTM) pada jam 10.30 malam untuk mendengar slot Syeikh Naquib Al-Attas. Beliau membicarakan mengenai keimanan, makrifat dan sebagainya. Slot tersebut tamat pada jam 11 malam. Para aktivis tiba di Unisel pada jam 12.30 malam.
Ucapan tahniah dan syabas kepada aktivis-aktivis yang menghadirkan diri. Semoga misi Rahmatan lil-Alamin berjalan dengan lancar, InsyaAllah.
Assalamualaikum.
Saturday 1 December 2012
Bengkel Dokumentari
SHAH ALAM- 30 November 2012, seramai lima orang ahli dari Grup Ibn Battutah termasuk penasihat Grup Pengkaji Tamadun Dunia, En. Izwan Suhadak dan dua lagi aktivis dari Grup Turki iaitu Saudari Wan Ratini dan saudari Jihan telah menghadirkan diri ke Bengkel Dokumentari bersama saudara Nor Helmee b. Zainal Abidin pada jam 8.30 malam hingga 10 malam kemarin di pejabat beliau. Sepanjang bengkel berlangsung, aktivis Ibn Battutah telah mempelajari ilmu-ilmu asas iaitu teknik-teknik dalam menghasilkan dokumentari ringkas tetapi padat dan mantap. Aktivis Ibn Battutah bertolak dari Unisel Bestari Jaya, Batang Berjuntai pada jam 5.15 petang dan sampai di Shah Alam kira-kira pada pukul 6.30 petang dan menjamu selera di Restoran Cina Muslim Al-Munawarah yang bersebelahan dengan pejabat saudara Nor Helmee. Aktivis Ibn Battutah bergerak pulang dari Shah Alam kira-kira pada pukul 10.30 malam dan tiba di Unisel pada pukul 11.50 malam. Usai sahaja bengkel dokumentari, sesi bergambar dilakukan bersama saudara Nor Helmee b. Zainal Abidin.
Assalamualaikum.
Bab 18: Ibn Battutah.
Bab
18: Ibn Battutah.
Sultan
Mul Jawa.
Baginda ialah Sultan
al-Malik al-Zahir iaitu salah seorang raja yang memiliki kelebihan di samping
seorang yang dermawan. Baginda bermazhab Syafie dan mengasihi fuqaha. “Fuqaha”
pula menghadiri majlis baginda untuk membaca kitab dan bermuzakarah. Baginda
banyak berjihat dan berperang selain merupakan seorang yang tawaduk. Bukan itu
saja, Sultan al-malik al-Zahir menunaikan solat Jumaat dengan berjalan kaki.
Rakyat baginda juga bermazhab Syafi’e dan mereka turut mencintai jihad serta
keluar berperang bersama-sama dengan baginda secara sukarela. Selain itu mereka
berjaya mengalahkan orang kafir yang tinggal berdekatan dengan mereka. Orang
kafir ini membayar jizyah kepada penduduk Jawa untuk menjamin keamanan diri.
Kisah
Sultan al-Malik al-Zahir beredar ke kediaman dan adab mengucapkan salam kepada
baginda.
Semasa Sultan al-Malik
al-Zahir keluar dari masjid, baginda mendapati gajah dan kuda berada di luar
pintunya. Apabila sultan menunggang gajah, orang yang bersama-sama baginda akan
menunggang kuda. Itulah adat yang diamalkan oleh penduduk. Sebaliknya, apabila
baginda menunggang kuda, mereka pula akan menunggang gajah dan golongan ilmuwan
berada di sebelah kanak baginda. Pada hari tersebut, Sultan al-Malik al- Zahir
menunggang kuda. Oleh itu, mereka menunggang kuda dan mengiringi baginda ke
bailarung seri. Selain itu, didalam bailarung seri, semua wazir, amir,
jurutulis, pegawai kerajaan dan panglima tentera telah pun berbaris. Baris yang
pertama ialah baris wazir dan jurutulis. Wazir-wazir sultan seramai empat
orang. Seterusnya kumpulan amir, baris Syarif dan fuqaha, golongan cendiakawan
serta penyair-penyair dan baris panglima tentera dan baris budak suruhan serta
mamluk.
Selain itu, Sultan
al-Malik al-Zahir terus berada di atas gajah baginda iaitu bersententang
khubah. Tempat duduk baginda. Payung yang bertatahkan permata dibawa di atas
kepala baginda untuk memayunginya dan di sebelah kanan baginda pula ditempatkan
50 ekor gajah yang siap dihias. Begitu juga di sebelah kiri baginda. Disamping
itu, terdapat 100 ekor kuda nubah di sebelah kanak dan kiri baginda. Hajib-hajib
utama berdiri di hadapan sultan. Selain itu, datang pula penghibur lelaki lalu
mereka pula menyanyi di hadapan Sultan al-Malik al-Zahir. Seterusnya, seekor
kuda yang dipakaikan sutera dan gelang -gelang emas serta tali sutera yang
disulam , dibawa masuk. Kuda itu pun menari di hadapan baginda. Bila sudah
menjelang senja, sultan akan masuk ke istana dan orang ramai akan balik ke
rumah mereka.
Oleh : Hazirah Muhammad
Rosli.
CUT NYAK DHIEN
Cut Nyak Dhien adalah seorang pahlawan wanita Aceh yang gagah berani. Beliau dilahirkan di Lampadang pada tahun 1848, dan menikah pada usia dua belas tahun. Pada tahun 1878 suaminya yang pertama iaitu, Ibrahim Lamnga telah meninggal dunia kerana telah ditembak dalam sebuah pertempuran melawan Belanda. Dua tahun kemudian, seorang lelaki yang bernama Teuku Umar telah datang ke rumah pihak keluarga Cut Nyak Dhien untuk melamarnya. Secara peribadi, Cut Nyak Dhien bersedia untuk menerima lamaran tersebut asalkan Teuku Umar sanggup menerima syarat yang telah ditetapkan, iaitu apabila mereka telah berkahwin, Cut Nyak Dhien boleh mengikuti suaminya berperang melawan Belanda. Permohonan Cut Nyak Dhien telah diterima oleh Teuku Umar dan pada tahun 1880 mereka pun menikah. Sebagai seorang isteri, beliau setia dan selalu menyokong perjuangan suaminya. Pada tahun 1899, Teuku Umar rttelah meninggal dunia kerana ditembak dengan peluru emas oleh tentara Belanda. Akhirnya, Cut Nyak Dhien telah mengambil alih kepemimpinan suaminya. Selama enam tahun beliau telah berjuang bersama anaknya Cut Gambang untuk memimpin pasukan, mengaturkan strategi untuk perang gerila dan hidup bersama pasukannya di dalam hutan. Akhirnya, pada usianya yang sudah tua, beliau mendapat rabun mata serta telah ditangkap oleh tentera Belanda di hutan dan diasingkan ke Kabupaten Sumedang, Jawa Barat. Pada tahun 6 November 1908 beliau telah meninggal dunia dan dikebumikan di Gunung Puyuh, Kabupaten Sumedang.
Ini adalah bangunan rumah sebenar Cut Nyak Dhien yang sekarang ini adalah hasil replika kerana rumah yang sebenar telah dibakar hangus oleh tentera Belanda pada tahun 1896. Rumah sejarah ini terletak di Jalan Cut Nyak Dhien, desa Lampisang,di Banda Aceh. Di rumah ini, duhulunya Cut Nyak Dhien telah berlindung dan menyusun strategi untuk berperang melawan Belanda. Di rumah ini juga penduduk kampung yang berdekatan telah berlindung ketika gelombang tsunami melanda Banda Aceh pada tahun 2004 yang lalu.
Friday 30 November 2012
Penentangan Syeikh Nuruddin ar-Raniry Terhadap Fahaman Wujudiyyah
Assalamualakum...
hari ini saya akan menerangkan serba sedikit mengenai penetangan Syeikh Nur al-Din al-Raniri terhadap ajaran Wujudiyyah. Sebagaimana tercatat dalam sejarah Kesultanan Aceh ketika Iskandar Muda berkuasa, ulama yang berpengaruh dan berperanan sebagai mufti kerajaan adalah Syeikh Syams al-Din al-Sumatrani. Pada masa ini fahaman wujudiyyah menjadi ajaran rasmi kerajaan. Sementara Syeikh Nur al-Din al-Raniri menyerukan ajaran Sunni dan menentang pahaman wujudiyyah nampaknya jelas kurang mendapat simpati dari Sultan Iskandar Tsani.
Setelah Syeikh Syams al-Din al-Sumatrani meninggal, kemudian disusul pula oleh Sultan Iskandar Muda dalam beberapa ketika, Syeikh Nur al-Din memiliki kesempatan yang lebih baik untuk menyebarluaskan ilmu-ilmu agamanya. Ketika itu, sultan yang berkuasa adalah Sultan Iskandar Tsani iaitu menantu kepada Sultan Iskandar Muda, memberikan penghormatan tinggi kepada al-Raniri dengan menjadikannya mufti kerajaan. Seperti al-Raniri, Sultan Iskandar Tsani juga menentang pahaman wujudiyyah. Dengan kedudukan dan dukungan seperti ini, al-Raniri dengan mudah dapat memberikan sanggahan terhadap fahaman yang dikembangkan oleh dua ulama Aceh iaitu fahaman Wujudiyyah yang dibawa oleh Syeikh Hamzah Fansuri dan Syeikh Syams Al-Din Al-Sumatrani. Tidak hanya itu, al-Raniri juga sering menerima permintaan dari sultan Iskandar Tsani untuk menulis kitab-kitab agama, terutama tentang tasawwuf, dalam rangka membatasi pengaruh fahaman Wujudiyyah di Aceh.
Keakraban al-Raniri dengan Sultan Iskandar Tsani ini membawa implikasi yang cukup luas. Misalnya, dalam kesempatan ini al-Raniri mengadakan majlis persidangan dengan 40 ulama pendukung fahaman wujudiyyah membahas fahaman tersebut. Lantas, beliau mengeluar fatwa bahawa mereka yang mengikut fahaman wujudiyyah itu sebagai kafir dan mereka boleh dijatuh hukuman bunuh dalam karyanya :
:ماء الحیاة لأھل الممات
ومن شك في تكفیر الیھود والنصارى وحمزة فنصوري وشمس الدین
السمطرائ وطائفتھما فقدكفر.
Maksudnya: Dan sesiapa ragu-ragu dalam mengkafir orang Yahudi, orang Nasrani, Hamzah Fansuri, Syams al-Din al-Sumatrani dan pengikut kedua mereka, maka sesungguhnya adalah kafir. Dari sidang tersebut kemudian lahir fatwa ini dari Syeikh Nur al-Din al-Raniri dan para ulama istana yang menghukumi kafir terhadap para pengikut paham wujudiyyah, sehingga boleh dibunuh. Tidak hanya sampai disini, al-Raniri dengan penuh semangat menulis dan sering berdebat dengan para penganut fahaman panteisme ini dalam banyak kesempatan. Bahkan, perdebatan itu sering dilakukan dihadapan Sultan.
Dalam perdebatan dengan menggunakan segala kemahirannya, ia berusaha sekerasnya membongkar kelemahan dan kesesatan fahaman wujudiyyah yang dianggapnya bertentangan dengan al-Qur’an dan Hadis, seterusnya meminta para pengikut fahaman Wujudiyyah untuk bertaubat dan kembali pada jalan yang benar (al-Qur’an dan Hadis). Namun, kegigihan al-Raniri ini tidak banyak menjadi seperti yang diharapkan. Sebab para pengikut fahaman wujudiyyah tetap berpegang pada pendiriannya. Sehingga akhirnya dengan penuh keterpaksaan, mereka harus dihukum mati. Selain itu, untuk membanteras fahaman wujudiyyah ini, maka kitab-kitab wujudiyyah Harnzah Fansuri dan Syams al-Din dibakar di hadapan masjid Baiturrahman, Banda Aceh.
Setelah tujuh tahun berperanan sebagai mufti kerajaan, pada tahun 1644 al-Raniri tiba-tiba kembali ke tanah kelahirannya, dan tidak kembali lagi ke Aceh. Ketika itu, al-Raniri sedang menulis kitab Jawahir (baru sampai bab kelima). Dan seterusnya, ia perintahkan salah seorang murid yang rapat dengannya untuk menyelesaikan penulisan kitab tersebut. Kepulangan al-Raniri secara mendadak ini menimbulkan pertanyaan di kemudian hari.
Sekian Update Terbaru Dari Saya Pada Hari Ini,
Yang Benar,
Thursday 29 November 2012
Bab 18 : Ibn Battutah.
Bab 18 : buku Ibn Battutah
Tajuk : Sultan Kunahar.
Sultan Kunahar ini bernama al-Kunar dan memiliki seekor gajah putih. Sultan Kunahar menunggang gajah ini pada hari-hari perayaan. Baginda meletakkan batu-batu delima yang besar pada dahi gajah tersebut. Dalam sesuatu peristiwa, pegawai-pegawai kerajaan melancarkan pemberontakan dan menggulingkan baginda. Mereka juga membutakan mata Sultan Kunahar dan melantik puteranya menjadi sultan. Sultan Kunahar masih hidup dan tinggal di negerinya dalam keadaan buta.
Tajuk : Batu Delima.
Batu delima yang menakjubkan dan mempunyai warna seperti bunga kesumba (safflower) hanya terdapat di negeri Kunahar. Sebahagian daripada batu delima tersebut diambil dari teluk dan jenis inilah sangat berharga di kalangan penduduk. Sebahagian daripada batu delima yang lain digali dari tanah. Batu delima juga boleh didapati di seluruh bahagian Pulau Sri Lanka. Tanah di pulau ini merupakan milik kerajaan. Seseorang boleh membeli sebidang dan menggalinya untuk mendapat batu delima.Penggali akan menemui batu-batu putih yang bercadang dan terdapat batu-batu delima di celah-celahnya. Batu-batu itu dihantar kepada pemotong batu delima yang akan memotong batu-batu tersebut sehingga batu delima dapat dikeluarkan darinya. Batu delima itu ada yang berwarna merah, kuning serta biru dan batu delima yang berwarna biru bernama nailam.
Mengikut adat dinegeri ini, batu-batu yang berharga 100 fanam dikhaskan oleh sultan yang akan membelinya. Batu-batu delima yang lebih rendah. Semua kaum wanita di Pulau Sri Lanka memakai rantai leher yang diperbuat daripada batu-batu delima yang berwarna-warni. Rantai leher daripada batu delima ini dipakai di tangan dan kaki sebagai pengganti gelang tangan serta gelang kaki. Jariah-jariah sultan menggunakan batu-batu delima tersebut untuk membuat jalinan yang dipakai di kepala. Ibn Battutah melihat tujuh biji batu delima di dahi gajah putih Sultan Kunahar. Setiap satu daripadanya adalah lebih besar daripada telur ayam. Ibn battutah melihat mangkuk sebesar tapak tangan yang diperbuat daripada batu delima di sisi Sultan Airi Syakarwati. Mangkuk itu mengandungi minyak kayu gaharu. Ibn battutah berasa hairan melihat mangkuk tersebut. Sultan Airi Syakarwati bertitah “Kami mempunyai batu delima yang lebih besar daripada itu”.
Kemudian kami meninggalkan Kunahar dan berhenti di sebuah gua bernama Usta Mahmud al-Luri iaitu seorang yang salih. Beliau menggali gua tersebut di kaki bukit di tepi sebuah teluk di situ. Kami meneruskan perjalanan dan singgah berhampian dengan sebuah Teluk Buzinah (Buzinah bermaksud “monyet”).
Tajuk : Kisah Monyet.
Di kawasan bukit bukau(yang telah disebut) itu sememangnya terdapat terlalu banyak monyet. Monyet-monyet ini berwarna hitam dan mempunyai telinga yang panjang. Monyet jantan mempunyai janggut, sama seperti manusia. Syeikh Uthman, anaknya dan juga orang lain memberitahuku bahawa monyet-monyet ini mempunyai ketua monyet yang dipatuhi seperti seorang sultan. Ketua monyet tersebut memakai lingkaran daun di kepalanya dan mengimbangkan dirinya dengan tongkat.
Di kiri dan kanan ketua monyet itu ada empat ekor monyet yang memegang tongkat dengan tangan. Apabila ketua monyet tersebut mengambil tempat duduk, empat ekor monyet itu berdiri di sisi kepalanya. Kemudian pasangan betina monyet tersebut serta anak-anaknya datang dan duduk di hadapannya setiap hari. Monyet-monyet yang lain akan datang dan duduk agak jauh sedikit dari ketua monyet. Seterusnya salah seekor daripada empat ekor monyet tersebut kelihatan seolah-olah berkata sesuatu kepada semua monyet yang ada di situ. Selepas itu semua monyet akan bersurai. Kemudian setiap monyet akan membawa pisang, limau atau buah-buahan lain untuk dimakan oleh ketua monyet, anak-anaknya dan juga keempat-empat monyet tersebut.
Seorang Yogi memberitahuku bahawa ia pernah melihat keempat-empat monyet tersebut dihadapan ketua monyet yang ketika itu sedang memukul seekor monyet lain dengan tongkat. Selepas memukul monyet tersebut, ia mencabut bulunya pula. Beberapa orang yang boleh dipercayai memberitahuku bahawa apabila salah seekor menangkapnya. Penduduk itu berkata, “kami masuk ke dalam bilik tersebut dan melihat monyet itu berada di antara dua kaki kanak-kanak tersebut lalu kami membunuhnya”.
Gunung Sarandib.
Adalah gunung yang tertinggi di dunia. Di gunung ini terdapat banyak pokok yang daunnya tidak gugur dan bunga yang berwarna-warni, termasuk bunga merah sebesar tangan. Dipercayai bahawa dalam bunga itu terdapat tulisan nama Allah s.w.t. dan nama Rasul-Nya s.a.w. selain itu, di gunung sarandib terdapat dua batang jalan untuk sampai ke Tapak Kaki Nabi Adam. Jalan pertama bernama Jalan Baba dan jalan kedua Jalan Mama. Kedua-dua nama tersebut merujuk Nabi adam dan Hawwa’ a.s. jalan Mama ialah jalan yang paling mudah dan ia digunakan oleh pelawat ketika pulang. Jalan Baba pula sukar dan rumit untuk dilalui ketika mendaki. Di kaki gunung yang terletak di pintu (jalan masuk)nya, terdapat gua dan mata air yang juga dinisbahkan pada Iskandar.
Pelawat yang pernah melalui jalan ini telah memahat tangga di tepi gunung untuk memudahkan pendakian. Mereka juga telah membuat pasak besi di tepi gunung dan memasang rantai pada pasak itu untuk dipegang oleh pendaki. Semua rantai tersebut berjumlah sepuluh dua di pintunya iaitu di kaki gunung dan diikuti oleh tujuh utas rantai yang lain. Manakal rantai kesepuluh dinamai rantai Syahadah kerana pendaki yang tiba di puncak dan menoleh ke kaki gunung akan merasa gementar lalu mengucapkan syahadah disebabkan bimbang terjatuh. Selepas melepasi rantai kesepuluh pendaki akan menemui jalan yang terbiar. Jarak di antara yang kesepuluh dengan Gua Khidir ialah tujuh batu. Gua khidir terletak di tanah lapang dan berhampiran dengannya terdapat mata air yang juga dinisbahkan. Mata air ini dipenuhi oleh ikan tetapi tiada orang yang menangkapnya. Berhampiran Gua Khidir terdapat dua buah kolam yang dipahat ke dalam batu iaitu kedua-dua bahu jalan.
Kisah Syeikh Jalaluddin.
Syeikh Jalaluddin seorang wali agung yang merupakan seorang ahli sufi yang unggul. Beliau memiliki karamah yang masyhur dan menyumbangkan jasa yang sangat besar. Syeikh Jalaluddin memberitahu bahawa beliau sempat bertemu dan hidup sezaman dengan khalifah Al-Musta’sim billah al-Abbasi di Baghdad iaitu semasa khalifah dibunh. Selepas itu sahabat Syeikh Jalaluddin memberitahuku bahawa beliau meninggal dunia setelah mencecah umur seratus lima puluh tahun .Beliau juga menceritakan berpuasa selama sepuluh hari secara berterusan. Selain itu, Syeikh Jalaluddin mempunyai seekor lembu dan beliau berbuka puasa dengan meminum susu lembu. Disamping berpuasa Syeikh Jalaluddin juga beriadah sepanjang malam. Beliau bertubuh tinggi langsing dan berjambang nipis kedua-dua pelipisnya.
Keramah Syeikh Jalaluddin.
Beberapa orang pengikut Syeikh Jalaluddin memberitahuku bahawa beliau memanggil mereka sehari sebelum kematiannya dan berwasiat kepada mereka supaya bertaqwa kepada Allah. Syeikh Jalaluddin berkata kepada mereka, “ Aku meninggalkan kamu pada keesokan hari dengan izin Allah dan penggantiku untuk menjaga kamu ialah Allah yang tiada tuhan selainnya”. Semasa menunaikan solat zuhur pada keesokan harinya, Allah s.w.t. mengambil nyawa beliau dalam sujudnya yang terakhir. Sahabat-sahabat Syeikh Jalaluddin menemui kubur(makam) yang sudah digali di tepi gua yang didiaminya. Di sisi makam tersebut terdapat kain kapan dan harum-haruman. Mereka pun memandikan, mengapani, menyembahyangkan dan seterusnya mengembumikan jenazahnya di dalam makam tersebut. Semoga Allah merahmatinya.
Subscribe to:
Posts (Atom)