Saturday 1 December 2012

CUT NYAK DHIEN





                                                               CUT NYAK DHIEN


Cut Nyak Dhien adalah seorang pahlawan wanita Aceh yang gagah berani. Beliau dilahirkan di Lampadang pada tahun 1848, dan menikah pada usia dua belas tahun. Pada tahun 1878 suaminya yang pertama iaitu, Ibrahim Lamnga telah meninggal dunia kerana telah ditembak dalam sebuah pertempuran melawan Belanda. Dua tahun kemudian, seorang lelaki yang bernama Teuku Umar telah datang ke rumah pihak keluarga Cut Nyak Dhien untuk melamarnya. Secara peribadi, Cut Nyak Dhien bersedia untuk menerima lamaran tersebut asalkan Teuku Umar sanggup menerima syarat yang telah ditetapkan, iaitu apabila mereka telah berkahwin, Cut Nyak Dhien boleh mengikuti suaminya berperang melawan Belanda. Permohonan Cut Nyak Dhien telah diterima oleh Teuku Umar dan pada tahun 1880 mereka pun menikah. Sebagai seorang isteri, beliau setia dan selalu menyokong perjuangan suaminya. Pada tahun 1899, Teuku Umar rttelah meninggal dunia kerana ditembak dengan peluru emas oleh tentara Belanda. Akhirnya, Cut Nyak Dhien telah mengambil alih kepemimpinan suaminya. Selama enam tahun beliau telah berjuang bersama anaknya Cut Gambang untuk memimpin pasukan, mengaturkan strategi untuk perang gerila dan hidup bersama pasukannya di dalam hutan. Akhirnya, pada usianya yang sudah tua, beliau mendapat rabun mata serta telah ditangkap oleh tentera Belanda di hutan dan diasingkan ke Kabupaten Sumedang, Jawa Barat. Pada tahun 6 November 1908 beliau telah meninggal dunia dan dikebumikan di Gunung Puyuh, Kabupaten Sumedang.




Ini adalah bangunan rumah sebenar Cut Nyak Dhien yang sekarang ini adalah hasil replika kerana rumah yang sebenar telah dibakar hangus oleh tentera Belanda pada tahun 1896. Rumah sejarah ini terletak di Jalan Cut Nyak Dhien, desa Lampisang,di Banda Aceh. Di rumah ini, duhulunya Cut Nyak Dhien telah berlindung dan menyusun strategi untuk berperang melawan Belanda. Di rumah ini juga penduduk kampung yang berdekatan telah berlindung ketika gelombang tsunami melanda Banda Aceh pada tahun 2004 yang lalu.



No comments:

Post a Comment