Friday 7 December 2012

Pertemuan dengan Pengasas Gptd, Presiden Gptd Pusat & Presiden Pkpim



 GOMBAK- Satu pertemuan singkat telah diadakan diantara aktivis-aktivis Ibn Battutah dengan presiden Grup Penjejak Tamadun Dunia (GPTD) pusat iaitu Saudara Muhd. Suhail bin Ahmad pada 24 November 2012. Seramai 10 orang aktivis telah mengikuti perjumpaan ini termasuk seorang penasihat Gptd dan dua lagi aktivis grup Pattani iaitu Ili Akmal bt. Razif dan Tengku Farhanan bt. Tengku . Dua buah kereta telah digunakan. Kereta pertama bertolak pada pukul 10 pagi, manakala kereta seterusnya pula bertolak dari Unisel pada pukul 12.00 tengah hari dan sampai di GPM pada pukul 2.30 petang. Perjumpaan ringkas bersama presiden Gptd pusat memberi kesedaran kepada aktivis-aktivis Ibn Battutah yang akan menjalankan misi Rahmatan lil-alamin di Aceh pada 28 Disember 2012 ini agar lebih berdisiplin dan bijak menggunakan peluang yang ada. Menurut saudara Suhail, antara perkara yang perlu di utamakan adalah disiplin setiap aktivis dalam melakukan tugas secara berkumpulan. Ketaatan terhadap ketua perlulah dititiberatkan agar tiada masalah yang akan timbul. Menurutnya lagi The true colours will come out when you go through the problem together” dimana perwatakan sebenar seseorang itu akan keluar apabila menghadapi masalah.  Seperti yang kita sedia tahu, emosi akan mempengaruhi minda kita. Aspek yang paling penting adalah menerima keputusan daripada ketua walaupun ada rasa tidak puas hati. Saudara Suhail juga mengingatkan setiap aktivis untuk menjadikan rutin untuk membuat travelog dimana jua kita pergi.  Menurutnya lagi, “laporan tidak akan menjadi jika kita melengah-lengahkan untuk menyiapkan laporan tersebut, maka laporan yang baik tidak akan terhasil.” Perjumpaan yang mengambil masa selama dua jam itu cukup bermanfaat kepada aktivis-aktivis yang hadir. Berikut adalah gambar para aktivis dengan Presiden Gptd Pusat, Saudara Suhail. 



  

Tepat pada jam 5.30, kami tiba di pejabat Encik Ahmad Azam bin Abdul Rahman iaitu pengasas GPTD di Tanjung Rahmat. Beliau memberikan sedikit nasihat kepada semua aktivis Ibn Battutah. Beliau menceritakan serba sedikit mengenai sejarah Aceh, persediaan mental sebelum ke Aceh dan sebagainya. Antara pesanan yang dapat kami ambil daripada beliau ialah waktu muda merupakan waktu untuk kita merantau sebelum kita berumur 35 tahun. Mungkin sebaris kata daripada falsafah yang ditekankan oleh Encik Azam perlu di dalami dan difahami maksud tersiratnya iaitu “Kita datang dengan cawan kosong, dan pulang dengan cawan yang penuh.” Kemudian beliau juga ada menceritakan serba sedikit mengenai empat ulama’ Aceh Syeikh Nuruddin ar-Raniry, Syeikh Hamzah Fansuri, Syeikh Syamsuddin dan Syeikh Abdul Rauf Singkel berkenaan tariqat, konflik, ketokohan, makam dan sebagainya. Perjumpaan berakhir pada jam 7.00 malam.

Usai menunaikan solat Maghrib, aktivis-aktivis bergerak ke rumah saudara Ahmad Fahmi bin Mohd Samsudin yang merupakan Presiden Persatuan kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) pada jam 8.00 malam. Beliau membincangkan isu-isu kritikal yang hangat di bahaskan seperti konflik-konflik yang berlaku di negara luar, pengaruh liberalisme di Malaysia dan menyentuh sedikit mengenai kepimpinan.  Perjumpaan  tamat  pada jam 10 malam.


 

Destinasi terakhir yang ditujui oleh para aktivis adalah Universiti Teknologi Malaysia (UTM) pada jam 10.30 malam untuk mendengar slot Syeikh Naquib Al-Attas. Beliau membicarakan mengenai keimanan, makrifat dan sebagainya. Slot tersebut tamat pada jam 11 malam. Para aktivis tiba di Unisel pada jam 12.30 malam.
 



Ucapan tahniah dan syabas kepada aktivis-aktivis yang menghadirkan diri. Semoga misi Rahmatan lil-Alamin berjalan dengan lancar, InsyaAllah.  

Assalamualaikum. 

No comments:

Post a Comment