Saturday 1 December 2012

Bab 18: Ibn Battutah.


Bab 18: Ibn Battutah.
Sultan Mul Jawa.

Baginda ialah Sultan al-Malik al-Zahir iaitu salah seorang raja yang memiliki kelebihan di samping seorang yang dermawan. Baginda bermazhab Syafie dan mengasihi fuqaha. “Fuqaha” pula menghadiri majlis baginda untuk membaca kitab dan bermuzakarah. Baginda banyak berjihat dan berperang selain merupakan seorang yang tawaduk. Bukan itu saja, Sultan al-malik al-Zahir menunaikan solat Jumaat dengan berjalan kaki. Rakyat baginda juga bermazhab Syafi’e dan mereka turut mencintai jihad serta keluar berperang bersama-sama dengan baginda secara sukarela. Selain itu mereka berjaya mengalahkan orang kafir yang tinggal berdekatan dengan mereka. Orang kafir ini membayar jizyah kepada penduduk Jawa untuk menjamin keamanan diri.

Kisah Sultan al-Malik al-Zahir beredar ke kediaman dan adab mengucapkan salam kepada baginda.

Semasa Sultan al-Malik al-Zahir keluar dari masjid, baginda mendapati gajah dan kuda berada di luar pintunya. Apabila sultan menunggang gajah, orang yang bersama-sama baginda akan menunggang kuda. Itulah adat yang diamalkan oleh penduduk. Sebaliknya, apabila baginda menunggang kuda, mereka pula akan menunggang gajah dan golongan ilmuwan berada di sebelah kanak baginda. Pada hari tersebut, Sultan al-Malik al- Zahir menunggang kuda. Oleh itu, mereka menunggang kuda dan mengiringi baginda ke bailarung seri. Selain itu, didalam bailarung seri, semua wazir, amir, jurutulis, pegawai kerajaan dan panglima tentera telah pun berbaris. Baris yang pertama ialah baris wazir dan jurutulis. Wazir-wazir sultan seramai empat orang. Seterusnya kumpulan amir, baris Syarif dan fuqaha, golongan cendiakawan serta penyair-penyair dan baris panglima tentera dan baris budak suruhan serta mamluk.

      Selain itu, Sultan al-Malik al-Zahir terus berada di atas gajah baginda iaitu bersententang khubah. Tempat duduk baginda. Payung yang bertatahkan permata dibawa di atas kepala baginda untuk memayunginya dan di sebelah kanan baginda pula ditempatkan 50 ekor gajah yang siap dihias. Begitu juga di sebelah kiri baginda. Disamping itu, terdapat 100 ekor kuda nubah di sebelah kanak dan kiri baginda. Hajib-hajib utama berdiri di hadapan sultan. Selain itu, datang pula penghibur lelaki lalu mereka pula menyanyi di hadapan Sultan al-Malik al-Zahir. Seterusnya, seekor kuda yang dipakaikan sutera dan gelang -gelang emas serta tali sutera yang disulam , dibawa masuk. Kuda itu pun menari di hadapan baginda. Bila sudah menjelang senja, sultan akan masuk ke istana dan orang ramai akan balik ke rumah mereka.


Oleh : Hazirah Muhammad Rosli.

No comments:

Post a Comment