Friday 7 December 2012

Resolusi XPDC Ibn Battutah

08 Disember 2012, Sabtu - Para aktivis XPDC Ibn Battutah telah mengadakan perjumpaan bagi membincangkan modul aktiviti yang akan dijalankan ketika 2 minggu berada di Aceh.Perjumpaan kami ini diadakan di Dewan IPIS, Universiti Selangor pada jam 10.00am dengan hanya seramai 6 orang aktivis iaitu Safarudin, Harris Fadhilah, Siti Hajar, Siti Nur Alia, Nurul Syafika, Hazirah. Fokus kami hanya untuk memberi serba sedikit gambaran situasi aktiviti yang akan dijalankan di Aceh kelak.

       Kami mulakan dengan senaman renggangan badan dahulu yang di ketuai oleh pengarah, Safarudin. Menurut Pengarah, senaman pagi akan menjadi rutin pagi ketika berada di Aceh dan setiap para aktivis perlu ada modul senaman sendiri serta perlu menjadi "leader" senaman pagi secara bergilir-gilir. Ini bagi membina sikap gaya hidup sihat dalam diri setiap aktivis serta membina kekuatan tubuh badan.

       Seterusnya kami adakan tazkirah berantai selama 5 minit bagi setiap seorang. Di mulakan dahulu oleh  Siti Hajar yang menyentuh tentang amal yang akan dibawa selepas kematian. Alia pula menyentuh tentang kesabaran dalam menghadapi segala masalah seperti mengutip dana serta kepantasan dalam melaksanakan tugasan yang diberi. Syafika pula menceritakan tentang pengalaman beliau ketika seorang penganut agama Hindu cuba untuk memesongkan akidah beliau serta kesalahan membela kuku. Syafika mengukuhkan lagi dengan beberapa hadis Nabi mengenai kepentingan menjaga kebersihan dan "Dosa orang yang membela  satu kuku ibarat seperti membela sekandang khinzir".

       Hazirah pula menyentuh tentang kebarangkalian apa yang akan berlaku apabila berada di sana dan fokusnya hanya kepada permasalahan serta cara untuk mengatasinya. Harris, sedikit sentuh tentang aib dan kesalahan orang yang membuka aib orang lain. Seterusnya, Safarudin banyak memberi kami input yang berguna bagi menaikkan semangat kami. Pertama Safarudin membicarakan tentang rukun usrah yang menjadi penguat hubungan kami. Kedua, tentang kepentingan identiti sendiri dengan menyelitkan cerita tentang "Singa menjadi kambing" serta bagaimana untuk menonjolkan potensi yang ada pada diri.

       Akhir sekali kami berbincang sedikit mengenai perancangan untuk meminta sumbangan dari YB di pejabat UMNO di Kuala Selangor. Kami tamatkan perjumpaan kami pada jam 11.30am. 

No comments:

Post a Comment