Friday 30 November 2012

Penentangan Syeikh Nuruddin ar-Raniry Terhadap Fahaman Wujudiyyah

Assalamualakum...
hari ini saya akan menerangkan serba sedikit mengenai penetangan Syeikh Nur al-Din al-Raniri terhadap ajaran Wujudiyyah. Sebagaimana tercatat dalam sejarah Kesultanan Aceh ketika Iskandar Muda berkuasa, ulama yang berpengaruh dan berperanan sebagai mufti kerajaan adalah Syeikh Syams al-Din al-Sumatrani. Pada masa ini fahaman wujudiyyah menjadi ajaran rasmi kerajaan. Sementara Syeikh Nur al-Din al-Raniri menyerukan ajaran Sunni dan menentang pahaman wujudiyyah nampaknya jelas kurang mendapat simpati dari Sultan Iskandar Tsani.

Setelah Syeikh Syams al-Din al-Sumatrani meninggal, kemudian disusul pula oleh Sultan Iskandar Muda dalam beberapa ketika, Syeikh Nur al-Din memiliki kesempatan yang lebih baik untuk menyebarluaskan ilmu-ilmu agamanya. Ketika itu, sultan yang berkuasa adalah Sultan Iskandar Tsani iaitu menantu kepada Sultan Iskandar Muda, memberikan penghormatan tinggi kepada al-Raniri dengan menjadikannya mufti kerajaan. Seperti al-Raniri, Sultan Iskandar Tsani juga menentang pahaman wujudiyyah. Dengan kedudukan dan dukungan seperti ini, al-Raniri dengan mudah dapat memberikan sanggahan terhadap fahaman yang dikembangkan oleh dua ulama Aceh iaitu fahaman Wujudiyyah yang dibawa oleh Syeikh Hamzah Fansuri dan Syeikh Syams Al-Din Al-Sumatrani. Tidak hanya itu, al-Raniri juga sering menerima permintaan dari sultan Iskandar Tsani untuk menulis kitab-kitab agama, terutama tentang tasawwuf, dalam rangka membatasi pengaruh fahaman Wujudiyyah di Aceh.

Keakraban al-Raniri dengan Sultan Iskandar Tsani ini membawa implikasi yang cukup luas. Misalnya, dalam kesempatan ini al-Raniri mengadakan majlis persidangan dengan 40 ulama pendukung fahaman wujudiyyah  membahas fahaman tersebut. Lantas, beliau mengeluar fatwa bahawa mereka yang mengikut fahaman wujudiyyah itu sebagai kafir dan mereka boleh dijatuh hukuman bunuh dalam karyanya :

:ماء الحیاة لأھل الممات
ومن شك في تكفیر الیھود والنصارى وحمزة فنصوري وشمس الدین
السمطرائ وطائفتھما فقدكفر.

Maksudnya: Dan sesiapa ragu-ragu dalam mengkafir orang Yahudi, orang Nasrani, Hamzah Fansuri, Syams al-Din al-Sumatrani dan pengikut kedua mereka, maka sesungguhnya adalah kafir. Dari sidang tersebut kemudian lahir fatwa ini dari Syeikh Nur al-Din al-Raniri dan para ulama istana yang menghukumi kafir terhadap para pengikut paham wujudiyyah, sehingga boleh dibunuh. Tidak hanya sampai disini, al-Raniri dengan penuh semangat menulis dan sering berdebat dengan para penganut fahaman panteisme ini dalam banyak kesempatan. Bahkan, perdebatan itu sering dilakukan dihadapan Sultan.

Dalam perdebatan dengan menggunakan segala kemahirannya, ia berusaha sekerasnya membongkar kelemahan dan kesesatan fahaman wujudiyyah yang dianggapnya bertentangan dengan al-Qur’an dan Hadis, seterusnya meminta para pengikut fahaman Wujudiyyah untuk bertaubat dan kembali pada jalan yang benar (al-Qur’an dan Hadis). Namun, kegigihan al-Raniri ini tidak banyak menjadi seperti yang diharapkan. Sebab para pengikut fahaman wujudiyyah tetap berpegang pada pendiriannya. Sehingga akhirnya dengan penuh keterpaksaan, mereka harus dihukum mati. Selain itu, untuk membanteras fahaman wujudiyyah ini, maka kitab-kitab wujudiyyah Harnzah Fansuri dan Syams al-Din dibakar di hadapan masjid Baiturrahman, Banda Aceh.

Setelah tujuh tahun berperanan sebagai mufti kerajaan, pada tahun 1644 al-Raniri tiba-tiba kembali ke tanah kelahirannya, dan tidak kembali lagi ke Aceh. Ketika itu, al-Raniri sedang menulis kitab Jawahir (baru sampai bab kelima). Dan seterusnya, ia perintahkan salah seorang murid yang rapat dengannya untuk menyelesaikan penulisan kitab tersebut. Kepulangan al-Raniri secara mendadak ini menimbulkan pertanyaan di kemudian hari.

Sekian Update Terbaru Dari Saya Pada Hari Ini,
Yang Benar,

No comments:

Post a Comment