Wednesday, 21 November 2012

KERJASAMA DUA HALA



Kuala Lumpur: Penasihat Grup Pengkaji Tamadun Dunia Unisel, En Izwan suhadak bin Ishak bersama Pengarah Pogram  XPDC Ibnu Batuttah 2012, Mohd Safarudin bin Jhinku mengadakan perjumpaan bagi  kerjasama dua hala bersama  Globle Peace Malaysia (GPM) dan Juga Persatuan Kebangsaan Islam Malaysia (PKPIM). Pertemuan ringkas ini di adakan di pejabat rasmi Global Peace Malaysia yang dihadiri CEO GPM iaitu Mejar Azlan Mohd Shariff dan timbalan CEO GPM, En shakir Fahmi bin Mohd Fakhrulrazi. Perjumpaan yang berasing pula bersama Presiden PKPIM En Ahmad Fahmi B Mohd Shamsudin yang di adakan di Pejabat Rasmi Angkatan Belia Islam Malaysia. Hasil kedua-dua perjumpaan tersebut mendapat kata sepakat dalam mengadakan kerjasama bagi menjayakan misi XPDC Ibnu Batuttah ke Aceh pada tanggal 24 Disember 2012 nanti. Perbincangan tersebut turut menyentuh hal jaringan dan kerjasama antarabangsa bagi memudahkan gerak kerja ketika berada di Bandar aceh nanti.GPTD Unisel yang telah beberapa kali menganjurkan beberapa misi ke luar negara mendapat pujian dari pihak GPM dan PKPIM di atas konsistensi kesukarelawan dan tenaga kerja dari pihak GPTD Unisel. CEO GPM iaitu Mejar Azlan Mohd Shariff turut menyatakan di dalam kerja-kerja kesukarelawan, keikhlasan adalah menjadi faktor atau pendorong utama untuk dititik beratkan. Beliau turut menceritakan pengalaman-pengalaman beharga ketika beliau di dalam lapangan kesukarelawan yang patut di jadikan contoh kepada aktivis-aktivis muda GPTD Unisel. Beliau merupakan antara pengerak utama misi kemanusiaan ke Gaza Palestin. Beliau turut menasihatkan agar setiap aktivis di dalam lapangan kesukarelawan harus bersedia dan sedia maklum apakah tujuan dan tugas masing-masing ketika menyertai misi ke luar negara.

 


Perbincangan bersama Presiden PKPIM pula lebih kepada isu publisiti untuk XPDC Ibnu Batuttah. Beberapa cadangan dikemukakan oleh En Ahmad Fahmi B Mohd Shamsudin seperti pengiklanan atau kerjasama berkenaan informasi sebelum dan semasa XPDC Ibnu Batuttah iaitu bersama majalah Mallenia, Dewan Bahasa dan Pustaka dan RTM. Beliau juga mencadangkan agar kerjasama dilakukan bersama Persekutuan Pelajar Islam Asia Tenggara (PEPIAT) bagi meluaskan lagi ruang jaringan antarabangsa. Beliau berbesar hati untuk menyokong dan membantu sepenuhnya GPTD Unisel bagi menjayakan misi kali ini. Susulan dari perjumpaan tersebut, kata putus telah di tetapkan agar diadakan perjumpaan yang kedua pada hari sabtu ini di kediaman beliau.



By: Mohd Safarudin b Jhinku, 
Pengarah XPDC Ibnu Batuttah 2012,
GPTD Unisel.

No comments:

Post a Comment