Thursday 29 November 2012

Syeikh Hamzah al-Fansuri (Sasterawan Sufi Agung)

Biografi Syeikh Hamzah al-Fansuri

Syeikh Hamzah al-Fansuri dilahirkan di Barus atau Fansur pada pertengahan abad ke-16 hingga awal abad ke-17, tetapi tarikh lahirnya secara tepat belum dapat ditentukan lagi. Menurut Prof. A. Hasymi, Hamzah al-Fansuri hidup semasa pemerintahan Sultan Alaidin Riayat Syah IV Saiyidil Mukammil (1589-1604M) sehingga ke permulaan pemerintahan Sultan Iskandar Muda Darma Wangsa Mahkota Alam (1607-1636M).

       Fansur Merupakan sebuah kampung yang terletak diantara Kota Singkel dengan Gosong Telaga (Selatan Aceh). Semasa zaman Kerajaan Aceh Darussalam, Kampung Fansur itu terkenal sebagai pusat pendidikan Islam. Di Kampung Fansur itulah dikatakan beliau dilahirkan. Segelintir pengkaji mempunyai perbezaan pendapat menyatakan bahawa beliau dilahirkan di Syahrun Nawi atau Ayuthia di Siam dan berhijrah serta menetap di Barus.

Bulatan adalah Fansur (Barus)

       Ayah Hamzah Fansuri bernama Syeikh Ismail Aceh. Ayah beliau pernah menjadi Gabenor setelah menggantikan Wan Ismail yang berasal dari Patani sebagai Gabenor di Kota Sri Bonai yang telah melepaskan jawatan kerana usia yang lanjut. Syeikh Ismail Aceh meninggal dunia dalam pertempuran melawan orang Yuwun (Annam) di Phanrang. Menurut Prof. A. Hasymi, Hamzah Fansuri itu adalah adik beradik dengan Syeikh Ali al-Fansuri dan Syeikh Ali al-Fansuri itu adalah ayah kepada Syeikh Abdur Rauf al-Fansuri (Syiah Kuala).

       Pelbagai sumber menyebut bahawa Hamzah Fansuri telah belajar berbagai ilmu dalam masa yang lama. Selain menimba ilmu di Aceh, beliau juga telah mengembara ke pelbagai tempat di antaranya ke Banten(Jawa Barat). Dan sumber lain juga menyatakan bahawa beliau pernah mengembara keseluruh tanah Jawa, Semenanjung Tanah Melayu, India, Parsi, dan Arab. Di katakan bahawa Hamzah Fansuri sangat mahir dalam ilmu-ilmu fikah, tasawuf, falsafah, mantiq, ilmu kalam, sejarah, sastera dan lain-lain.

       Dalam bidang bahasa pula, beliau menguasai seluruh sektor ilmu Arab dan fasih dalam pengucapan bahasa tersebut. Beliau juga berkebolehan dalam pelbagai bahasa lain seperti Urdu, Parsi, Jawa dan Bahasa Melayu sebagai bahasa ibundanya. Bahasa Melayu yang digunakannya itu sudah menunjukkan bentuk seperti digunakan sekarang. Menurut Syeikh Naquib al-Attas, Hamzah Fansuri meninggal semasa tahun 1607M, sementara L.F Brakel menyebut bahawa Hamzah Fansuri masih hidup hingga tahun 1620M.

Sumbangan beliau terhadap perkembangan Kesusasteraan Melayu.

Syeikh Hamzah al-Fansuri ialah seorang ulama dan perjuang besar melayu. Beliau merupakan penyair Melayu pertama atau lebih di kenali "Bapa Kesusasteraan Melayu" yang mengubah syair-syair bersifat agama. Beliau adalah seorang yang sangat terkemuka dikalangan orang-orang Melayu, oleh itu kerana syair dan puisi-puisinya sangat hebat.

       Syair eliau yang diketahui tidak kurang 32 untaian. Syair-syairnya dianggap sebagai syair Melayu pertama yang ditulis dalam bahasa Melayu, iaitu sasjak empat baris dengan pola bunyi akhir a a a pada setiap barisnya.

Ciri-ciri sajak beliau :
1) Pemakaian penanda kepengarangan.
2) Dari petikan ayat al-Quran, hadis, pepatah dan kata-kata Arab.
3) Pada setiap baris akhir beliau mencantumkan tahallus (nama diri), tempat lahir.
4) Terdapat tamsil atau citraan simbolik yang digunakan oleh penyair Arab dan Persia.
5) Diksi(pilihan kata) yang seimbang, rima dan unsur-unsur puisinya.

Pengaruh beliau cepat tersebar keseluruh tempat di Nusantara melalui pengajaran-pengajaran yang beliau berikan. Beliau bukan sahaja ulama tasawuf dan sasterawan terkemuka tetapi juga seorang perintis dan pelopor pembaharuan. Sumbangan beliau yang paling besar terhadap Nusantara khususnya dalam bidang kerohanian, keilmuan, falsafah, bahasa dan sastera.

       Dalam bidang keilmuan, beliau telah mempelopori penulisan risalah tasawuf atau keagamaan yang bercorak mistik dan bersifat ilmiah. Dalam bidang sastera, beliau mempelopori penulisan puisi-puisi Islam bercorak kesufian, mistik, metafizik dan pembicaraan terhadap hubungan insan dengan penciptanya. Dalam bidang kesusasteraan pula beliau ialah orang pertama yang memperkenalkan syair dan puisi empat baris seperti ciri-cirinya diatas.

       Syair-syairnya bukan sahaja memperkayakan perbendaharaan kata Bahsa Melayu, tetapi juga mengintegrasikan konsep-konsep Islam dalam berbagai bidang kehidupan dalam sistem bahasa. Melalui hasil karangannya, dijelaskan mengapa kita harus mencari Tuhan dan juga sebagai garis petunjuk untuk mencari Tuhan. Syair dan puisi beliau sarat dengan nilai estetika, ilmu dan falsafah yang diolah berdasarkan pengaruh pantun dan menampakkan bahawa beliau menguasai puisi Parsi bersifat tasawuf dan memupuk rasa cinta akan Allah SWT.

Karya Hamzah al-Fansuri

Asrar al-Arifin (Rahsia Orang yang Bijaksana)
Sharab al-Asyikin (Minuman Segala Orang yang Berahi)
Zinat al-Muwahidin (Perhiasan Sekalian Orang yang Mengesakan)
Syair Si Burung Pingai
Syair Si Burung Pungguk
Syair Sidang Fakir
Syair Dagang
Syair Perahu

Oleh : Muhammad Harris Fadhilah Johari (Cahaya Mata Ternama)

No comments:

Post a Comment