Tuesday 27 November 2012

Syeikh Nuruddin ar-Raniry


Assaalamualaikum...hari ini saya akan menerangkan serba sedikit mengenai Syeikh Nur al-Din al-Raniri, seperti yang segelintir kita ketahui, Syeikh Nur al-Din al-Raniri adalah seorang ulama yang terkenal dan masyhur. Beliau tidak hanya terkenal di kalangan dunia Melayu sahaja, bahkan beliau juga terkenal di kalangan pengarang-pengarang Barat. Beliau terkenal sebagai seorang pujangga dan seorang ulama’, tetapi pengaruhnya lebih berkesan kepada Masyarakat Melayu dalam bidang agama. Pengaruhnya yang besar ini dapat diperhatikan apabila kitabnya Sirat al-Mustaqim masih lagi digunakan di sesetengah sekolah agama di Malaysia pada kurun kea-20 ini.

Kitab Sirat al-Mustaqim ini adalah sebuah kitab fiqh yang membicarakan tentang thaharah, sembahyang, puasa, zakat, haji dan hukum-hukum fiqh yang lain. Kitab ini dikarang atas permintaan Sultan Iskandar Thani, iaitu sultan yang kedua yang memerintah Acheh (1637-1641 M) selepas Sultan Iskandar Muda.

Syeikh Nur al-Din al-Raniri juga masyhur dalam bidang sastera. Pada tahun 1638, beliau telah mengarang sebuah buku yang bertajuk Bustan al-Salatin yang bermaksud “Taman raja-raja”. Buku ini menceritakan tentang sejarah raja-raja Aceh pada masa itu dan juga sejarah raja-raja lain.

Riwayat Hidup

- Nama diberi Nuruddin Muhammad bin Ali bin Hasanji bin Muhammad Hamid ar- Raniri al-Quraisyi asy-Syafi'i.
- Beliau merupakan Sarjana India berketurunan Arab Hadramaut (bapanya) & Melayu Acheh (ibunya).
- Dilahirkan di Ranir (Rander) India.
- Ranir juga adalah merupakan tempat mula2 Syeikh Nuruddin mendapat pendidikan agama.
- Kemudian Syeikh Nuruddin ke Tarim Arab Selatan yang juga merupakan pusat pelajaran ilmu Islam pada tahun 1030 H.
- Beliau juga merupakan Syeikh dalam Tariqat Rafa'iyyah (Tariqat Rafa'iyyah ini diasaskan oleh Ahmad Rafa'i yang meninggal pada tahun  1183 M)
- Seorang yang sangat peroduktif dalam menulis.
- Menulis lebih dari 29 buah kitab (dalam bahasa Arab & Melayu).
- Meliputi pengetahuan tentang fiqh, Hadis, Tasawwuf, Sejarah dan Aqidah.
- Sebahagian besar dari kitab-kitab beliau ditulis bertujuan untuk membasmi ajaran wujudiyyah sekeras-kerasnya dari dua tokoh iaitu Hamzah Fansuri & Syamsuddin Sumatrani (Syamsuddin Pasai).
- Disini dapat diketahui dengan jelas adalah tarikh ketibaannya ke Acheh. Beliau telah tiba di Acheh pada 6 Muharram 1047 Hijrah, bersamaan dengan 31 Mei 1637 Masihi, iaitu setahun selepas Sultan Iskandar Thani mula memerintah.
- Setelah beliau menamatkan pengajiannya di Makkah beliau pergi ke Pahang  & seterusnya ke Aceh.
- Pahang pada waktu itu dibawah taklukan Acheh, yang merupakan sebuah kerajaan yang dikenali dengan
Aceh Darussalam.
- Aceh pada waktu itu merupakan sebuah pusat perdagangan, kebudayaan, politik serta pusat pengajian Islam yang terkenal.
- Aceh juga telah melahirkan ilmuan-ilmuan yang masyhur dan terkemuka seperti Syeikh Hamzah Fansuri, Syeikh Syamsuddin Sumatrani dan Syeikh Abdul Rauf Singkel. (merupakan ulama' yang masyhur sebelum kedatangan Syeikh Nuruddin.
- Sebelum beliau sampai ke Aceh, di sana sudah ada satu fahaman yang dikenali dengan aliran Tasawwuf Wujudiyyah yang telah dipelopori oleh Syeikh Hamzah Fansuri dan Syeikh Shamsuddin Sumatrani.
-Aliran ini sangat berpengaruh di Aceh pada ketika itu.
- Aliran ini telah ditentang oleh sebahagian ahli tasawwuf di Timur Tengah kerana aliran ini dianggap telah menyeleweng daripada ajaran-ajaran Islam yang sebenar.
- Maka kedatangan beliau ke Aceh seakan-akan membawa satu pendapat baru yang asing dalam masyarakat Aceh. Sudah menjadi kebiasaan sesuatu yang baru tidak mudah diterima oleh masyarakat setempat.
- Beliau bermazhab Syafi’i dan mengamalkan aliran tasawwuf Qadariyah yang diajarkan oleh Syeikh Abd al-Qadir Jaylani, beliau mesti menentang dan menolak ajaran yang telah diajarkan oleh Syeikh Hamzah Fansuri dan Syeikh Shamsuddin Sumatrani, kerana ajaran tersebut adalah salah menurut pandangannya.

InsyaAllah, akan disambung pada masa akan datang...

Daripada Zaid Bin Arqam r.a., bahawa Rasulullah S.A.W. berdoa : (yang maksudnya) "Ya Allah, aku berlindung kepadaMu dari ilmu yang tidak bermanfaat, dari hati yang tidak khusyu', dari nafsu yang tidak pernah kenyang dan dari doa yang tidak diperkenankan" ~RIWAYAT MUSLIM~

Pena Kristal : Nurul Iris

No comments:

Post a Comment