Thursday 29 November 2012

Bab 18 : Ibn Battutah.

Bab 18 : buku Ibn Battutah
Tajuk : Sultan Kunahar.
Sultan Kunahar ini bernama al-Kunar dan memiliki seekor gajah putih. Sultan Kunahar menunggang gajah ini pada hari-hari perayaan. Baginda meletakkan batu-batu delima yang besar pada dahi gajah tersebut. Dalam sesuatu peristiwa, pegawai-pegawai kerajaan melancarkan pemberontakan dan menggulingkan baginda. Mereka juga membutakan mata Sultan Kunahar dan melantik puteranya menjadi sultan. Sultan Kunahar masih hidup dan tinggal di negerinya dalam keadaan buta.

Tajuk : Batu Delima.
Batu delima yang menakjubkan dan mempunyai warna seperti bunga kesumba (safflower) hanya terdapat di negeri Kunahar. Sebahagian daripada batu delima tersebut diambil dari teluk dan jenis inilah sangat berharga di kalangan penduduk. Sebahagian daripada batu delima yang lain digali dari tanah. Batu delima juga boleh didapati di seluruh bahagian Pulau Sri Lanka. Tanah di pulau ini merupakan milik kerajaan. Seseorang boleh membeli sebidang dan menggalinya untuk mendapat batu delima.Penggali akan menemui batu-batu putih yang bercadang dan terdapat batu-batu delima di celah-celahnya. Batu-batu itu dihantar kepada pemotong batu delima yang akan memotong batu-batu tersebut sehingga batu delima dapat dikeluarkan darinya. Batu delima itu ada yang berwarna merah, kuning serta biru dan batu delima yang berwarna biru bernama nailam.
            Mengikut adat dinegeri ini, batu-batu yang berharga 100 fanam dikhaskan oleh sultan yang akan membelinya. Batu-batu delima yang lebih rendah. Semua kaum wanita di Pulau Sri Lanka memakai rantai leher yang diperbuat daripada batu-batu delima yang berwarna-warni. Rantai leher daripada batu delima ini dipakai di tangan dan kaki sebagai pengganti gelang tangan serta gelang kaki. Jariah-jariah sultan menggunakan batu-batu delima tersebut untuk membuat jalinan yang dipakai di kepala. Ibn Battutah melihat tujuh biji batu delima di dahi gajah putih Sultan Kunahar. Setiap satu daripadanya adalah lebih besar daripada telur ayam. Ibn battutah melihat mangkuk sebesar tapak tangan yang diperbuat daripada batu delima di sisi Sultan Airi Syakarwati. Mangkuk itu mengandungi minyak kayu gaharu. Ibn battutah berasa hairan melihat mangkuk tersebut. Sultan Airi Syakarwati bertitah “Kami mempunyai batu delima yang lebih besar daripada itu”.
            Kemudian kami meninggalkan Kunahar dan berhenti di sebuah gua bernama Usta Mahmud al-Luri iaitu seorang yang salih. Beliau menggali gua tersebut di kaki bukit di tepi sebuah teluk di situ. Kami meneruskan perjalanan dan singgah berhampian dengan sebuah Teluk Buzinah (Buzinah bermaksud “monyet”).

Tajuk : Kisah Monyet.
Di kawasan bukit bukau(yang telah disebut) itu sememangnya terdapat terlalu banyak monyet. Monyet-monyet ini berwarna hitam dan mempunyai telinga yang panjang. Monyet jantan mempunyai janggut, sama seperti manusia. Syeikh Uthman, anaknya dan juga orang lain memberitahuku bahawa monyet-monyet ini mempunyai ketua monyet yang dipatuhi seperti seorang sultan. Ketua monyet tersebut memakai lingkaran daun di kepalanya dan mengimbangkan dirinya dengan tongkat.
Di kiri dan kanan ketua monyet itu ada empat ekor monyet yang memegang tongkat dengan tangan. Apabila ketua monyet tersebut mengambil tempat duduk, empat ekor monyet itu berdiri di sisi kepalanya. Kemudian pasangan betina monyet tersebut serta anak-anaknya datang dan duduk di hadapannya setiap hari. Monyet-monyet yang lain akan datang dan duduk agak jauh sedikit dari ketua monyet. Seterusnya salah seekor daripada empat ekor monyet tersebut kelihatan seolah-olah berkata sesuatu kepada semua monyet yang ada di situ. Selepas itu semua monyet akan bersurai. Kemudian setiap monyet akan membawa pisang, limau atau buah-buahan lain untuk dimakan oleh ketua monyet, anak-anaknya dan juga keempat-empat monyet tersebut.
Seorang Yogi memberitahuku bahawa ia pernah melihat keempat-empat monyet tersebut dihadapan ketua monyet yang ketika itu sedang memukul seekor monyet lain dengan tongkat. Selepas memukul monyet tersebut, ia mencabut bulunya pula. Beberapa orang yang boleh dipercayai memberitahuku bahawa apabila salah seekor menangkapnya. Penduduk itu berkata, “kami masuk ke dalam bilik tersebut dan melihat monyet itu berada di antara dua kaki kanak-kanak tersebut lalu kami membunuhnya”.

Gunung Sarandib.
Adalah gunung yang tertinggi di dunia. Di gunung ini terdapat banyak pokok yang daunnya tidak gugur dan bunga yang berwarna-warni, termasuk bunga merah sebesar tangan. Dipercayai bahawa dalam bunga itu terdapat tulisan nama Allah s.w.t. dan nama Rasul-Nya s.a.w. selain itu, di gunung sarandib terdapat dua batang jalan untuk sampai ke Tapak Kaki Nabi Adam. Jalan pertama bernama Jalan Baba dan jalan kedua Jalan Mama. Kedua-dua nama tersebut merujuk Nabi adam dan Hawwa’ a.s. jalan Mama ialah jalan yang paling mudah dan ia digunakan oleh pelawat ketika pulang. Jalan Baba pula sukar dan rumit untuk dilalui ketika mendaki. Di kaki gunung yang terletak di pintu (jalan masuk)nya, terdapat gua dan mata air yang juga dinisbahkan pada Iskandar.
Pelawat yang pernah melalui jalan ini telah memahat tangga di tepi gunung untuk memudahkan pendakian. Mereka juga telah membuat pasak besi di tepi gunung dan memasang rantai pada pasak itu untuk dipegang oleh pendaki. Semua rantai tersebut berjumlah sepuluh dua di pintunya iaitu di kaki gunung dan diikuti oleh tujuh utas rantai yang lain. Manakal rantai kesepuluh dinamai rantai Syahadah kerana pendaki yang tiba di puncak dan menoleh ke kaki gunung akan merasa gementar lalu mengucapkan syahadah disebabkan bimbang terjatuh. Selepas melepasi rantai kesepuluh pendaki akan menemui jalan yang terbiar. Jarak di antara yang kesepuluh dengan Gua Khidir ialah tujuh batu. Gua khidir terletak di tanah lapang dan berhampiran dengannya terdapat mata air yang juga dinisbahkan. Mata air ini dipenuhi oleh ikan tetapi tiada orang yang menangkapnya. Berhampiran Gua Khidir terdapat dua buah kolam yang dipahat ke dalam batu iaitu kedua-dua bahu jalan.

Kisah Syeikh Jalaluddin.
Syeikh Jalaluddin seorang wali agung yang merupakan seorang ahli sufi yang unggul. Beliau memiliki karamah yang masyhur dan menyumbangkan jasa yang sangat besar. Syeikh Jalaluddin memberitahu bahawa beliau sempat bertemu dan hidup sezaman dengan khalifah Al-Musta’sim billah al-Abbasi di Baghdad iaitu semasa khalifah dibunh. Selepas itu sahabat Syeikh Jalaluddin memberitahuku bahawa beliau meninggal dunia setelah mencecah umur seratus lima puluh tahun .Beliau juga menceritakan berpuasa selama sepuluh hari secara berterusan. Selain itu, Syeikh Jalaluddin mempunyai seekor lembu dan beliau berbuka puasa dengan meminum susu lembu. Disamping berpuasa Syeikh Jalaluddin juga beriadah sepanjang malam. Beliau bertubuh tinggi langsing dan berjambang nipis kedua-dua pelipisnya.

Keramah Syeikh Jalaluddin.
Beberapa orang pengikut Syeikh Jalaluddin memberitahuku bahawa beliau memanggil mereka sehari sebelum kematiannya dan berwasiat kepada mereka supaya bertaqwa kepada Allah. Syeikh Jalaluddin berkata kepada mereka, “ Aku meninggalkan kamu pada keesokan hari dengan izin Allah dan penggantiku untuk menjaga kamu ialah Allah yang tiada tuhan selainnya”. Semasa menunaikan solat zuhur pada keesokan harinya, Allah s.w.t. mengambil nyawa beliau dalam sujudnya yang terakhir. Sahabat-sahabat Syeikh Jalaluddin menemui kubur(makam) yang sudah digali di tepi gua yang didiaminya. Di sisi makam tersebut terdapat kain kapan dan harum-haruman. Mereka pun memandikan, mengapani, menyembahyangkan dan seterusnya mengembumikan jenazahnya di dalam makam tersebut. Semoga Allah merahmatinya.

No comments:

Post a Comment