Friday 2 August 2013

LAPORAN AKTIVITI XPDC GRUP IBN BATTUTAH DI LHOKSAMAWE

31 Disember 2012 (Isnin) 

Relawan-relawan Ibn Battutah begitu teruja untuk meneruskan pengembaraan mereka hari ini. Seawal jam 9 pagi lagi kami bertolak ke Makam Malikul Saleh dan tiba di sana 15 minit kemudian. Tanpa melengahkan masa, para relawan menanyakan kepada Pakcik Ahmad Yus sedikit sebanyak mengenai latar belakang Malikul Saleh. Mengikut pembahagian tugas yang dilakukan, di Makam Malikul Saleh inilah kawasan dokumentari Hazirah. Pakcik Ahmad Yus merupakan orang yang bertanggungjawab untuk menjaga Makam Malikul Saleh ini. Beliau lebih mesra dengan panggilan Pak Yus. 

Makam Sultan Malikul Zahir yang merupakan anak kepada Sultan Malikul Zahir terletak di sebelah Makam Sultan Malikul Saleh. Semasa relawan Ibn Battutah sedang mendengar dan mengajukan beberapa soalan mengenai Sultan Malikul Zahir kepada Pak Yus, terdapat rombongan pelajar-pelajar dari sekolah Pesantren yang datang ke Makam Malikul Saleh untuk menyedekahkan Surah Al-Fatihah. Pak Yus mengajak kami untuk berkongsi pengetahuan beliau di luar makam kerana takut sesi perkongsian ini mengganggu pelajar-pelajar tersebut. Lalu beliau pun berkongsi pengetahuan beliau dan menjawab segala pertanyaan kami. Menurut Pak Yus, terdapat banyak ketelagahan mengenai siapa sebenarnya yang ditemui oleh Ibn Battutah pada zaman pemerintahan Sultan Malikul Zahir. Ada yang mengatakan bahawa Ibn Battutah berjumpa dengan Sultan Malikul Zahir (bukan anak Malikul Saleh) berikutan tarikh Ibn Battutah berjumpa dengan Sultan Malikul Zahir ketika itu adalah pada tahun 1346M. Namun begitu, ada juga yang mengatakan bahawa Ibn Battutah berjumpa dengan Sultan Malikul Zahir (anak kepada Sultan Malikul Saleh) kerana pada tahun Ibn Battutah pergi menemui Sultan Malikul Zahir adalah pada zaman pemerintahan beliau iaitu antara tahun 1297-1326M.

Kemudian, Hazirah meneruskan dokumentari beliau dan berakhir pada jam 9.45 pagi. Kami bertolak pula ke Makam Putroe Nahrisyyah pada jam 9.50 pagi. Nahrisyyah adalah seorang ratu dari Kerajaan Samudera Pasai yang memegang pucuk pimpinan tahun 1416-1428 M. Ratu Nahrisyah dikenali sebagai ratu yang arif dan bijak. Ia bertakhta dengan sifat keibuan dan penuh kasih sayang. Martabat perempuan begitu mulia pada masa pemerintahannya sehingga banyak yang menjadi pendakwah agama pada masa tersebut. Makamnya terletak di Gampông Kota Krueng, Kecamatan Samudera, 18 km sebelah timur Kota Lhokseumawe, tidak jauh dari Makam Malikul Saleh. Disini adalah giliran Syafika untuk melakukan dokumentari. Kami berjumpa dengan Pak Ramlan yang merupakan penjaga Makam tersebut.

Destinasi seterusnya adalah Makam Batee Balee. Kami tiba di sana pada jam 2 petang. Di Makam Batee Balee, kami bertanya lagi kepada Pak Ramlan yang kebetulan berada di situ. Beliau memberitahu bahawa makam-makam disini adalah orang-orang yang berjuang menentang tentera Belanda pada suatu ketika dulu. Di makam-makam tersebut terdapat sebuah pokok yang besar yang bernama Pokok Santang. Menurut Pak Ramlan lagi, daun pokok  Santang ini mujarab untuk dibuat ubat. Kami hanya menziarahi makam Batee Balee berikutan masih banyak lagi masa terluang untuk hari ini.

Pada 2.30 petang, relawan-relawan Ibn Battutah tiba di Makam 44 Ulama. Fakhrul meneruskan dokumentari beliau disana. Selesai sahaja dokumentari, kami pun bergerak pulang ke tempat masing-masing. Relawan lelaki di Pejabat HMI manakala relawan perempuan tinggal di rumah salah seorang mahasiswi perempuan HMI iaitu Kak Mul yang menumpangkan relawan perempuan di rumahnya.


Pada sebelah malam relawan Ibn Battutah hanya melakukan tugasan masing-masing. 

Makam Malikul Salleh

Pak Yus sedang berkongsi malklumat


relawan bersama Pak Yus

di hadapan makam Malikul Salleh

Pak Ramlan

Makam Putri Natrisyah

relawan di makam yang terpanjang

Makam Bate Balee




No comments:

Post a Comment