Tuesday, 30 July 2013

LAPORAN AKTIVITI XPDC GRUP IBN BATTUTAH DI MEDAN

27 Disember 2012 (Khamis)

“Berikan aku 10 orang pemuda, pasti aku boleh menggoncangkan dunia ini”. Petikan daripada Soekarno yang merupakan perdana Menteri Indonesia pada ketika dahulu. Selari dengan kata-kata ini, 10 relawan yang terdiri daripada 4 orang lelaki dan 6 orang perempuan telah dihantar ke sebuah negeri bersejarah yang dikenali sebagai negeri Serambi Mekah iaitu Aceh bagi tujuan melakukan Khidmat Sosio-Budaya dan Pendidikan. Khidmat Sosio-Budaya dan Pendidikan ini dilakukan dalam usaha menjejak, meneladani dan memimpin sebagaimana yang telah dilakukan oleh tokoh pengembara tersohor iaitu Ibn Battutah.

Hari ini adalah hari di mana bermulalah titik-titik pengembaraan kami sebagai pengembara. Kami bertolak dari Taski ABIM Meru, Klang ke Jeti Tanjung Balai menaiki feri di Pelabuhan Klang. Perjalanan kami mengambil masa selama 4 jam sahaja. Sebaik  sahaja tiba di Jeti Tanjung Balai, kami langsung menunaikan solat dan meneruskan lagi perjalanan ke Medan menaiki sebuah kereta Inova yang disewa dengan harga yang berpatutan iaitu Rp 500,000 (Lebih kurang RM160). Perjalanan dari Jeti Tanjung Balai menuju ke Medan mengambil masa selama 5 jam. Kehadiran kami disambut oleh YDP Himpunan Mahasiswa Islam (HMI) Cabang Medan, Saudara Hendra Hidayat. Perjalanan seharian yang ditempuhi kami cukup mencabar ketahanan fizikal dan mental kami. Pejabat HMI menjadi tempat penginapan kami selama 3 hari berada di Medan.









  

LAPORAN PENGHANTARAN CENDERAHATI KEPADA PENAJA GRUP


Pada 19 Julai 2013 hari Jumaat yang lalu, 2 orang sukarelawan dari Grup Ibn Battutah yang pernah menyertai Ekspedisi Ibn Battutah pada akhir tahun 2012 dan awal tahun 2013 telah menghantar laporan ekspedisi, surat memohonan maaf dan cenderahati kepada penaja-penaja yang pernah memberi sumbangan kepada grup tersebut. Cenderahati telah dihantar kepada syarikat Mh Multi Touch Resource dan Farmasi Kuala Selangor di Kuala Selangor, Selangor. Manakala cenderahati penaja-penaja yang lain seperti Datuk Dr. Mohamad Shahrum Osman dari Negeri Sembilan, En. Syed Nurulakla iaitu pensyarah dari UPM dan Syarikat Aras Mega (M) Sdn . Bhd telah dihantar melalui pos kerana masa yang terhad dan tempat yang jauh. Terima kasih sekali lagi ucapkan kepada penaja kerana sudi menaja kami.  


Wednesday, 26 June 2013

IBN BATTUTAH ' S QUOTES

Penulis buku " The Adventures Of Ibn Battutah" : A Muslim Traveler of the 14 th Cebtury, telah           menyampaikan ucapan yang utama bertajuk : "Ibn Battutah ; A 14th Century Cosmopolite". Secara jujur dan ikhlas, Prof.Dunn mengiktiraf Ibn Battutah sebagai pengembaraan dunia yang lebih hebat daripada pengembaraan barat dari Venice, Marco Polo ( 1254 - 1324 M ) .

1) " Traveling - it leaves you speechless, then turns you into a storyteller" <Ibn Battutah>

2) " Traveling - it gives you home in thousand strange places, then leaves you a stranger in your own 
    land." <Ibn Battutah>

3) " Never, if possible, cover any road a second time ". <Ibn Battutah>

4) " I set out alone, finding no companion to cheer the way with friendly intercourse, and no party of 
    travellers with whom to associate myself." <Ibn Battutah>






  

Monday, 24 June 2013

CORETAN PENA INDAH

Penaku menari mencoret kata…
Tiada dapat ku ungkap dengan kata-kata…
Subhanallah…Indah damai lukisanMu Ya Illahi…
Pancainderaku menjadi saksi…
Pesantren Al-Rabwah menjadi bukti…

Alam ciptaanMu menjadi Inspirasi…

Sunday, 26 May 2013

LAPORAN WACANA IBN BATTUTAH 2013

16 APRIL 2013 | SABTU

Pada pukul 8.30 pagi, sesi pendaftaran peserta bermula. Jumlah peserta keseluruhannya ialah 27 orang yang terdiri daripada pelajar Unisel. Peserta yang sudah berdaftar akan terus ke dewan serbaguna untuk menikmati sarapan pagi yang telah disediakan sambil melihat tayangan slide yang telah dipaparkan menegenai pengembaraan Ibn Battutah. Wacana ini diadakan di dewan senat, Unisel. Selesai bersarapan, peserta telah memasuki dewan senat dan mengambil tempat duduk yang telah disediakan. Pada jam 9.30 pagi, program sudah bermula. Untuk mendapat keberkatan majlis wacana ini, saudara Muhammad Fakhrul Amiruddin bin Hamdan telah mengetuai bacaan doa pada pagi yang ceria itu. Selepas beberapa minit kemudian, majlis dibuka dengan ucapan alu-aluan dari pengarah program iaitu saudari Siti Hajar Harnani binti Ishak. Beliau telah menerangkan objektif wacana ini diadakan. Antara objektif wacana ini ialah member pendedahan kepada pelajar Unisel tentang ketokohan dan sumbangan Ibn Battutah yang telah menyebarkan agama Islam di Aceh. Selain itu, member pendedahan dengan initipati serta sejarah di Samudera Pasai. Ketiga ialah meneladani pemikiran dan metodologi dakwah Ibn Battutah yang berhikmah dan unik dan yang terakhir ialah melahirkan pengembaraan dan sukarelawan muda yang berkhidmat untuk ummat. Seterusnya pengucapan dari presiden GPTD Unisel iaitu saudara Mohd Harris Fadhilah bin Johari. Beliau menyatakan wacana sebegini hendaklah kerap dilakukan selepas melakukan ekspedisi untuk berkongsi pengalaman bersama pelajar yang lain. Akhir sekali ialah ucapan perasmian oleh wakil Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Unisel iaitu saudari Tengku Farhanan binti Tengku Mohamed.
Pada jam 9.50 pagi, saudara Muhd Fakhrul Amiruddin bin Hamdan telah membuat sedikit pengenalan Ibn Battutah serta membuat perkongsian ekspedisi Ibn Battutah yang telah dijalakan pada 27 Disember 2012 sehingga 11 Januari 2013. Ekspedisi ini telah dijalankan selama dua minggu dari Medan sehingga ke Aceh, Indonesia. Seterusnya, ialah deklamasi puisi oleh saudari Fazreen Athira binti Norden tantang pengembaraan Ibn Battutah. Pada jam 10.55 pagi, sukarelawan Grup Ibn Battutah telah membuat perkongsian mengenai tokoh dan tumpuan kajian mereka di sana. Ia terbahagi kepada tiga sesi. Pada sesi pertama, saudara Muhd Harris Fadhilah telah membuat pengkongsian mengenai kajian tumpuan iaitu undang-undang syariah yang telah dijalankan di Aceh. Kemudian pada sesi kedua pula, saudari Hazirah binti Muhammad Rosli telah menceritakan kisah sebenar mengenai perjumpaan Ibn Battutah apabila bertemu dengan Sultan Malikul Zahir di Lhoksamawe. Saudari Hazirah telah berjumpa dengan tiga orang sumber yang sahih. Pada sesi terakhir ialah Saudari Siti Nur-Alia Binti Che Burhan yang telah berkongsi adat resam dan pantang larang yang telah diamalkan oleh masyarakat Aceh pada zaman sekarang. Contohnya penggunaan seluar panjang oleh kaum wanita Aceh yang tidak dibenarkan memakainya apabila hendak keluar dari rumah dan sebagainya lagi.  
Slot seterusnya pada jam 11.30 pagi ialah mewacanakan buku rehlah Ibn Battutah yang telah diterjemahkan oleh Tuan Syed Nurul Akla bin Syed Abdullah oleh En. Izwan Suhadak bin Ishak dan saudara Muhammad Azhaari Shah bin Sulaiman. En. Izwan Suhadak telah menceritakan serba sedikit mengenai kehidupan dan pengembaraan Ibn Battutah. Nama sebenar beliau ialah Abu Abdillah Muhammad Ibn Ibrahim al-Lawati, meninggalkan Tangier untuk menunaikan haji di Mekah dan dikota suci inilah keinginan untuk mengembara tercetus dalam dirinya. Beliau mengembara ke segenap pelosok dunia Islam, bermula dari Afrika Utara hinggalah Negeri China dan kembali ke negeri asalnya. Pengembaraan sejauh 120 000 kilometer merentas benua Afrika, Eropah dan Asia telah memartabatkan Ibn battutah sebagai tokoh pengembara paling terkemuka dalam sejarah. Ibn Battutah dilahirkan pada tahun 1304 sm dan meninggal pada tahun 1368 sm. Catatan pengembaraan Ibn Battutah telah mengatasi Marco Polo dengan jarak perjalanan hampir 75 000 batu selama 29 tahun manakala Marco Polo 25 000 batu selama 24 tahun. Ibn Battutah menceritakan segala perasaan suka dan duka sepanjang pengembaraannya tanpa berselindung berbanding Marco Polo yang akan menyembunyikan sebarang kekurangan dalam pengembaraannya. Ibn Battutah telah meninggalkan catatan pengembaraannya sebagai rujukan pengembara selepasnya dan disampaikan dengan penuh dramatik menerusi karya agung ini. Tim Mackintech- Smith dan Thomas J.Abercrombie telah berusaha menjejaki semula pengembaraan Ibn Battutah. Karya pengembaraan Ibn Battutah tersimpan berkurun lama sehingga pihak barat menemuinya pada kurun ke-19. karya asal pengembaraan Ibn Battutah kini disimpan di perpustakaan Bibliothque, Perancis. Objektif Pengembaraan Ibn Battutah ialah menunaikan haji, menuntut ilmu-ilmu agama, mencari orang-orang yang bijaksana dan mendapatkan pekerjaan.

Prinsip Ibn Battutah adalah ingin mengembara ke sesuatu tempat tetapi menggunakan laluan yang berbeza. Kesimpulannya Ibn Battutah merupakan model utama islam dalam penjelajahan tamadun dunia dan karyanya adalah warisan yang berkekalan. Pada jam 11.45 pagi , sesi soalan pop kuiz diajukan oleh  En. Izwan Suhadak dan tiga orang tiga orang pemenang telah menerima hadiah yang disediakan. Seterusnya sesi cabutan bertuah. Tiga orang peserta sahaja yang bertuah dan mendapat sedikit cenderhati dari Grup Ibn Battutah. Selesai sahaja sesi menyampaikan hadiah kepada peserta cabutan bertuah, saudari Nuruljannah binti Rosli telah mendeklamasikan sajak yang dipetik dari buku rehlah Ibn Battutah.


Program wacana ini tamat pada jam 12.00 tengah hari. Sebelum bersurai, kami telah mengadakan sesi bergambar bersama peserta. Selesai sesi bergambar, peserta menjamu selera dengan makanan yang telah disediakan.




RINTIHAN SANG PENCIPTA (SAJAK)


Wahai Allah…
Wahai Penciptaku Allah…
Wahai Tuhanku Allah…

Kau bangkitkanlah semangatku, Allah…
Kau teguhkanlah imanku yang lemah ini Allah…
Kau berikan secebis kekuatanMu padaku…
Agar aku bisa terbang, terbang dan terbang…
Setinggi yang aku mampu…

Wahai Allah…
Wahai Penciptaku Allah…
Wahai Tuhanku Allah…

Kau kurniakan aku kekuatan…
Ketabahan dalam kecekalan di dalam jiwaku ini, Allah…
Agar aku mampu menjadi,
Seorang insan yang tega memikul beban dakwahMu…
Dengan mencontohi kegigihan Rasulullah menyebarkan rahmat…
Ya Allah..Ya Rahman..Ya Rahim..

Inilah rintihan sang pencinta…

Sunday, 3 March 2013

LAPORAN PEMBUKAAN PAMERAN GRUP IBN BATTUTAH

Pusat Pelajar, Unisel Bestari Jaya - Pada 28 Februari dan 1 Mac 2013, Grup Ibn Battutah telah mengadakan pameran Ekspedisi Ibn Battutah yang telah dijalankan pada 27 Disember 2012 sehingga 11 Januari 2013 di Medan sehingga ke Banda Aceh selama 2 minggu. Pameran ini mendapat sambutan daripada mahasiswa/wi di Unisel Bestari Jaya. Pameran ini juga bertujuan untuk memperkenalkan tokoh pengembara iaitu Ibn Battutah yang telah kami contohi untuk menjejak , meneladani dan memimpin serta berkongsi pengalaman. Pameran tersebut dibuka pada  jam 9.00 pagi sehingga 4.30 petang. Selain mengadakan pameran, kami juga telah menjual buku-buku yang berkaitan dengan sukarelawan dan kepimpinan. Kami juga telah mengedarkan pamplet untuk memberi penjelasan tujuan kami membuat Ekspedisi Ibn Battutah. Tambahan pula, kami juga telah berkongsi meja dengan Grup Hamka untuk membuat kutipan dana yang akan membuat Ekspedisi Hamka pada 7-11 Mac 2013 di Jakarta. Hasil kutipan dana Grup Hamka telah mendapat sebanyak Rm600.00 dengan inisiatif pelajar akan menyumbang ke dalam tabung yang telah disediakan. Setiap penyumbang yang telah menyumbangkan akan mendapat baju dan buku-buku yang sudah tidak digunakan lagi. Buku pelawat juga telah disediakan.    





banner yang dipameran aktiviti Grup Ibn Battutah


pelajar yang menjungungi pameran Grup Ibn Battutah

                                      


buku-buku pameran yang dibeli di Medan

                           
                                 relawan Grup Ibn Battutah sedang menyediakan bahan pameran


                                      
                                        bahan-bahan pameran yang dipamerkan di Pusat Pelajar