Tuesday 18 December 2012

LAPORAN GERAK GEMPUR DANA



UNISEL – SELASA 18 Dis 2012, pada pukul 2.30 pm Aktivis Xpdc Ibn Battutah telah mengadakan gerak gempur untuk mendapatkan dana di setiap fakulti di UNISEL. Antara aktivis yang turut hadir adalah Mohd Safarudin bin Jhinku, Harris Fadhilah bin Johari, Siti Hajar Harnani binti Ishak, dan  Muhd Fakrul Amiruddin. Mereka telah di bahagikan kepada dua kumpulan untuk ke setiap fakulti untuk mendapatkan sumbangan dana daripada pensyarah-pensyarah. Kutipan tersebut tamat pada tepat jam 5.oo pm. Hasil daripada kutipan tersebut mereka telah berjaya mengumpul dana sebanyak Rm 380. Terdapat beberapa kesulitan dialami oleh aktivis-aktivis Xpdc Ibn Batuttah. Antaranya terdapat kesilapan teknikal di dalam proposal dan juga temples untuk edaran. Kesilapan tersebut menjadi penghalang untuk aktivis menjelaskan tujuan kutipan dana tersebut. Kelemahan ini akan di atasi pihak aktivis pada masa akan datang,insyallah.



LAPORAN PERTEMUAN ANTARA AKTIVIS DENGAN PENASIHAT GRUP


PUSAT PELAJAR UNISEL – JUMAAT 14 Dis 2012, pada pukul 9.00pg Aktivis Xpdc Ibn Battutah telah mengadakan satu pertemuan dengan penasihat Grup Pengkaji Tamadun Dunia Unisel iaitu Encik Izwan Suhadak bin Ishak di Pusat Pelajar Unisel. Antara aktivis yang turut hadir adalah Nurul Syafika binti Shahari, pengarah xpdc Ibn Battutah iaitu Mohd Safarudin bin Jhinku, Harris Fadhilah bin Johari, Siti Hajar Harnani binti Ishak, Siti Nur-Alia binti Che Burhan, Hazirah binti Muhammad Rosli. 

Pada pertemuan tersebut, kami telah membincangkan beberapa perkara berbangkit, isu-isu semasa serta perkembangan semasa setiap aktivis. Antara perkara yang dibincangkan adalah mengenai sumbangan yang di mohon oleh setiap aktivis. Pengarah xpdc iaitu Mohd Safarudin bin Jhinku telah menerima dua kotak first aid kit sumbangan daripada Farmasi Kuala Selangor. Selain itu, Wan Ritini binti Wan Ismail dari Grup Turki telah mendapat persetujuan dari seorang individu yang berbesar hati memberikan sumbangan buku kepada anak-anak pesantren, insyaAllah sumbangan buku tersebut akan diterima beberapa hari lagi. Kami juga menerima beberapa nasihat berguna daripada penasihat GPTD Encik Izwan Suhadak untuk bekalan kami sewaktu di Aceh nanti. Pertemuan kami berakhir pada jam 10.30pg.


Berikut Beberapa Gambar Yang Dapat Kami Paparkan



'


sekian...
wassalam~


Wednesday 12 December 2012

BUKU IBN BATTUTAH

Kisah dan Punca Perselisihan Sultan Al-Malik Al-Zahir dengan Putera Saudara Baginda.

Sultan Al-Malik Al-Zahir mempunyai seorang putera saudara yang berkahwin dengan puterinya. Baginda menyerahkan pemerintahan beberapa buah negeri kepada putera saudaranya itu. Putera saudara sultan ini pula jatuh hati kepada anak perempuan salah seorang amir dan berhasrat untuk mengahwininya. Sudah menjadi adat bagi seorang lelaki sumatera sama ada ia seorang amir, orang biasa atau orang lain, apabila anak perempuannya telah dewasa dan tiba waktu untuk berkahwin, maka ia harus mendapatkan perintah serta keputusan sultan berhubung dengan anak perempuan itu. Sultan seterusnya akan mengutus kaum wanita yang akan melihat gadis tersebut dan seandainya baginda tertarik dengan sifatnya, baginda akan mengahwini gadis itu. Jika tidak, baginda akan meninggalkannya dan ia kan menkahwinkan oleh walinya sebagaimana dikehendaki.
            Kemudian sultan berangkat untuk pergi berperang. Tempoh perjalanan untuk sampai ke negeri orang kafir mengambil masa selama sebulan. Putera saudara baginda itu telah mengkianatinya dan pergi ke sumatera. Beliau memasukinya kerana Sumatera pada waktu tersebut tidak mempunyai tembok. Beliau juga mengistiharkan dirinya sebagai raja dan setengah-setengah orang telah brbai’ah kepadanya. Manakala setengah-setengah yang lain pula enggan berbuat demikian. Ayahanda saudara telah mendapat berita tentang tindakannya itu. dan baginda segera pulang ke Sumatera. Putera saudaranya telah mengambil apa yang terdaya iaitu harta dan khazanah di samping jariah yang dikasihinya. Selepas itu bliau pergi ke Mul Jawa, negeri orang kafir. Kerana peristiwa inilah sultan telah membina sebuah tembok mengelilingi Sumatera.

Mul Jawa.

Di negeri ini terdapat pokok harum serta pokok gaharu harum yang bernama qaquli dan qamari. Qaqulah dan Qamarah ialah beberapa buah daerah yang terdapat di negeri Mul Jawa. Dalam Wilayah Sultan Al-Malik Al-Zahir di jawa, hanya terdapat setanggi, kapur barus, sedikit bunga cengkih dan sedikit gaharu India. Tumbuhan-tumbuhan ini sebenarnya lebih banyak terdapat di Mul Jawa.

Pokok Setanggi

Hanyalah sebatang pokok yang kecil dan ukurannya setinggi tubuh seseorang ataupun lebih rendah daripada itu. Dahan-dahannya adalah seperti dahan khursyuf. Manakala daunnya pula kecil dan nipis. Ada kalanya daun-daun ini gugur dan tinggallah pokoknya tidak berdaun. Di samping itu, dahan pokok setanggi juga bergetah dan ia lebih banyak didapati di negeri orang islam berbanding dengan negeri orang kafir.

Pokok Kapur Barus.

Adalah pokok buluh dan ia samalah seperti pokok buluh di negeri kita. akan tetapi batang pokok kapur barus di Sumatera ini lebih panjang dan lebih keras. Selain itu, kapur barus ini berada dalam batang pohonnya. Apabila buluh tersebut dibelah, terdapat sesuatu seperti kapur barus di dalam batang pohonya itu. Suatu perkara yang mengagumkan tentang batang pohon tersebut ialah kapur barus hanya akan terbentuk jika seekor binatang disembelih di pangkal pohonya. Jika tidak, tiada kapur barus yang akan terbentuk.
            Selain itu, bau harum pokok ini mencapai kemuncaknya adalah ketika cuaca sejuk iaitu apabila kapur barus itu dipotong seberat satu dirham dengan cara memejalkannya. Ini dinamai sebagai hardalah oleh penduduk.

Gaharu India.

Menyerupai pokok berangan. Dimana hanya yang berbeza ialah kulitnya nipis. Daun pokok gaharu India sama seperti daun pokok berangan. Pokok gaharu India ini tidak berbuah dan pohonya tidaklah besar tetapi akarnya yang panjang menjalar dan berbau harum. Namun, ranting dan daunnya tidaklah harum. Bukan itu saja, di negeri orang islam, setiap pokok gaharu India dimiliki oleh penduduk akan tetapi di negeri orang kafir, kebanyakkan pokok gaharunya tidak dimiliki oleh sesiapa pun. Antara gaharu india yang tidak dimiliki yang juga terdapat di negeri orang kafir ialah gaharu india yang terdapat di Qaqulah. Di mana ia merupakan sejenis gaharu yang amat harum.
            Selain itu, gaharu yang terdapat di Qamarah yang merupakan sejenis gaharu yang paling harum. Penduduk Qaaulah dan Qamarah menjual gaharu mereka kepada penduduk awa dengan tukaran pakaian. Terdapat sejenis gaharu Qamari yang mempunyai selaput seperti lilin di atasnya. Manakala gaharu sejenis ‘attas pula apabila akarnya dipotong dan ditanam di dalam tanah selama beberapa bulan, akar tersebut akan tetap teguh seperti asalnya. Gaharu ‘attas merupakan gaharu india yang amat menakjubkan.

Pokok Bunga Cengkih.

ia berbentuk besar dan ia boleh hidup dalam jangka masa yang lama. Pokok bunga cengkih lebih banyak terdapat di negeri orang kafir berbanding di negeri orang islam. Pokok ini juga tidak dimiliki oleh sesiapa kerana ia terlalu banyak. Pokok bunga cengkih yang diimport ke negeri kita ialah ‘aidian. Bukan itu saja, bunga cengkih yang dinamai sebagai Nuwwar Al-Qaranful oleh penduduk negeri kita ialah cengkih yang telah digugur dari bunganya dan ia merupai bunga pokok oren. Buah pokok bunga cengkih di negeri kita dikenali sebagai buah pala dan bunganya pula ialah basbasah (selaput biji pala).

Saturday 8 December 2012

Pertemuan Anggota XPDC Ibn Battutah


BESTARI JAYA (UNISEL) -1 DISEMBER 2012. Pertemuan anggota XPDC Ibn Battutah yang akan ke Aceh di Masjid UNISEL pada jam 11.00 pagi .Antara anggota yang hadir (Mohd Safarudin, Mohd Azhaari, Siti Hajar Harnani, Siti Nur Alia dan Hazirah) tiga anggota lain mempunyai urusan di kampung masing-masing (Muhd Fakhrul Amiruddin, Harris, dan  Syafika). Pertemuan itu dibuat untuk menyelesaikan segala urusan yang belum lengkap serta membahagikan kerja tugasan masing-masing dan membetulkan pergerakan tentatif  yang perlu dibuat di sana.
Antara tugasan dokumentasi yang telah diberikan kepada mereka adalah Istana Maimun dan Tun Sri Lanang (Samalanga) di serahkan oleh Mohd Azhaari. Siti Nur Alia : Masjid Al – Mashun dan Masjid berancan di Meureudu. Selain itu, Siti Hajar Harnani : Muzium dan Tongkat Iskandar Muda di Sigl. Di Perlak (Sultan Maulana Abdul Aziz Shah) dan Syuhadah lapan di Jeurieb ditugaskan oleh Hazirah. Makam MalikuurSalleh dan Muzium Tsunami diserahkan oleh Mohd Safarudin. Dan Syafika : makam Nasriyah serta masjid Baiturrahman. Makam 44 ulama dan makam Syeikh Kuala diberikan kepada  Muhd Fakhrul Amiruddin dan di Biruen dan makam Iskandar Muda ditugaskan oleh Harris.
Bukan itu saja, kami memikirkan bagaimana untuk mencari sponser dalam masa terdekat ini bagi menambahkan dana keperluan masing-masing dan untuk didermakan ke bandar Aceh.
Pertemuan ini di akhiri pada jam 4.30 petang.

JEMPUTAN MAPESA KE DISKUSI GRUP PENGKAJI TAMADUN DUNIA (GPTD) UNISEL


  Pada hari Selasa yang lalu bersamaan dengan 27 November 2012 pada pukul 9.00 malam bertempat di Surau Fakulti Industri Teknologi  Maklumat (FITM) Unisel , GPTD  telah menjemput  Grup Masyarakat Peduli Sejarah Aceh (MAPESA) dan Radzi Syafiee yang dikenali sebagai Merah Silu ke diskusi mingguan untuk menjawab beberapa soalan yang diragui oleh aktivis sukarelawan Ibn Battutah yang akan melancarkan  XPDC ke Aceh pada 28 Disember 2012 sehingga 11 Januari 2013. Antara perbincangan kami ialah kebenaran kewujudan Hang Tuah, mengenai tarikat wujudiah yang ditentang oleh Syeikh Nuruddin serta perbezaan dengan tarikat yang lain, penginapan dan kenderaan yang sepatutnya kami ambil apabila tiba disana, dan sebagainya. Perbincangan kami dengan MAPESA dan Merah silu dihangatkan dengan perbincangan mengenai tempat-tempat yang sepatutnya kami lawati apabila sudah tiba di sana nanti. Perbincangan tersebut menggunakan peta Aceh untuk memudahkan kami untuk menggambarkan tempat-tempat  yang dimaksudkan. Pada pukul 11.00 malam kami tamatkan perbincangan kami dengan  sesi bergambar dengan Grup MAPESA dan Merah Silu. Tidak lupa juga dengan sajak yang dimainkan oleh salah seorang  MAPESA.







Saya mewakili sukarelawan GPTD UNISEL  mengucapkan ribuan terima kasih kepada GRUP MAPESA dan  RADZI SYAFIEE ( MERAH SILU).


Friday 7 December 2012

Resolusi XPDC Ibn Battutah

08 Disember 2012, Sabtu - Para aktivis XPDC Ibn Battutah telah mengadakan perjumpaan bagi membincangkan modul aktiviti yang akan dijalankan ketika 2 minggu berada di Aceh.Perjumpaan kami ini diadakan di Dewan IPIS, Universiti Selangor pada jam 10.00am dengan hanya seramai 6 orang aktivis iaitu Safarudin, Harris Fadhilah, Siti Hajar, Siti Nur Alia, Nurul Syafika, Hazirah. Fokus kami hanya untuk memberi serba sedikit gambaran situasi aktiviti yang akan dijalankan di Aceh kelak.

       Kami mulakan dengan senaman renggangan badan dahulu yang di ketuai oleh pengarah, Safarudin. Menurut Pengarah, senaman pagi akan menjadi rutin pagi ketika berada di Aceh dan setiap para aktivis perlu ada modul senaman sendiri serta perlu menjadi "leader" senaman pagi secara bergilir-gilir. Ini bagi membina sikap gaya hidup sihat dalam diri setiap aktivis serta membina kekuatan tubuh badan.

       Seterusnya kami adakan tazkirah berantai selama 5 minit bagi setiap seorang. Di mulakan dahulu oleh  Siti Hajar yang menyentuh tentang amal yang akan dibawa selepas kematian. Alia pula menyentuh tentang kesabaran dalam menghadapi segala masalah seperti mengutip dana serta kepantasan dalam melaksanakan tugasan yang diberi. Syafika pula menceritakan tentang pengalaman beliau ketika seorang penganut agama Hindu cuba untuk memesongkan akidah beliau serta kesalahan membela kuku. Syafika mengukuhkan lagi dengan beberapa hadis Nabi mengenai kepentingan menjaga kebersihan dan "Dosa orang yang membela  satu kuku ibarat seperti membela sekandang khinzir".

       Hazirah pula menyentuh tentang kebarangkalian apa yang akan berlaku apabila berada di sana dan fokusnya hanya kepada permasalahan serta cara untuk mengatasinya. Harris, sedikit sentuh tentang aib dan kesalahan orang yang membuka aib orang lain. Seterusnya, Safarudin banyak memberi kami input yang berguna bagi menaikkan semangat kami. Pertama Safarudin membicarakan tentang rukun usrah yang menjadi penguat hubungan kami. Kedua, tentang kepentingan identiti sendiri dengan menyelitkan cerita tentang "Singa menjadi kambing" serta bagaimana untuk menonjolkan potensi yang ada pada diri.

       Akhir sekali kami berbincang sedikit mengenai perancangan untuk meminta sumbangan dari YB di pejabat UMNO di Kuala Selangor. Kami tamatkan perjumpaan kami pada jam 11.30am. 

Pertemuan dengan Pengasas Gptd, Presiden Gptd Pusat & Presiden Pkpim



 GOMBAK- Satu pertemuan singkat telah diadakan diantara aktivis-aktivis Ibn Battutah dengan presiden Grup Penjejak Tamadun Dunia (GPTD) pusat iaitu Saudara Muhd. Suhail bin Ahmad pada 24 November 2012. Seramai 10 orang aktivis telah mengikuti perjumpaan ini termasuk seorang penasihat Gptd dan dua lagi aktivis grup Pattani iaitu Ili Akmal bt. Razif dan Tengku Farhanan bt. Tengku . Dua buah kereta telah digunakan. Kereta pertama bertolak pada pukul 10 pagi, manakala kereta seterusnya pula bertolak dari Unisel pada pukul 12.00 tengah hari dan sampai di GPM pada pukul 2.30 petang. Perjumpaan ringkas bersama presiden Gptd pusat memberi kesedaran kepada aktivis-aktivis Ibn Battutah yang akan menjalankan misi Rahmatan lil-alamin di Aceh pada 28 Disember 2012 ini agar lebih berdisiplin dan bijak menggunakan peluang yang ada. Menurut saudara Suhail, antara perkara yang perlu di utamakan adalah disiplin setiap aktivis dalam melakukan tugas secara berkumpulan. Ketaatan terhadap ketua perlulah dititiberatkan agar tiada masalah yang akan timbul. Menurutnya lagi The true colours will come out when you go through the problem together” dimana perwatakan sebenar seseorang itu akan keluar apabila menghadapi masalah.  Seperti yang kita sedia tahu, emosi akan mempengaruhi minda kita. Aspek yang paling penting adalah menerima keputusan daripada ketua walaupun ada rasa tidak puas hati. Saudara Suhail juga mengingatkan setiap aktivis untuk menjadikan rutin untuk membuat travelog dimana jua kita pergi.  Menurutnya lagi, “laporan tidak akan menjadi jika kita melengah-lengahkan untuk menyiapkan laporan tersebut, maka laporan yang baik tidak akan terhasil.” Perjumpaan yang mengambil masa selama dua jam itu cukup bermanfaat kepada aktivis-aktivis yang hadir. Berikut adalah gambar para aktivis dengan Presiden Gptd Pusat, Saudara Suhail. 



  

Tepat pada jam 5.30, kami tiba di pejabat Encik Ahmad Azam bin Abdul Rahman iaitu pengasas GPTD di Tanjung Rahmat. Beliau memberikan sedikit nasihat kepada semua aktivis Ibn Battutah. Beliau menceritakan serba sedikit mengenai sejarah Aceh, persediaan mental sebelum ke Aceh dan sebagainya. Antara pesanan yang dapat kami ambil daripada beliau ialah waktu muda merupakan waktu untuk kita merantau sebelum kita berumur 35 tahun. Mungkin sebaris kata daripada falsafah yang ditekankan oleh Encik Azam perlu di dalami dan difahami maksud tersiratnya iaitu “Kita datang dengan cawan kosong, dan pulang dengan cawan yang penuh.” Kemudian beliau juga ada menceritakan serba sedikit mengenai empat ulama’ Aceh Syeikh Nuruddin ar-Raniry, Syeikh Hamzah Fansuri, Syeikh Syamsuddin dan Syeikh Abdul Rauf Singkel berkenaan tariqat, konflik, ketokohan, makam dan sebagainya. Perjumpaan berakhir pada jam 7.00 malam.

Usai menunaikan solat Maghrib, aktivis-aktivis bergerak ke rumah saudara Ahmad Fahmi bin Mohd Samsudin yang merupakan Presiden Persatuan kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) pada jam 8.00 malam. Beliau membincangkan isu-isu kritikal yang hangat di bahaskan seperti konflik-konflik yang berlaku di negara luar, pengaruh liberalisme di Malaysia dan menyentuh sedikit mengenai kepimpinan.  Perjumpaan  tamat  pada jam 10 malam.


 

Destinasi terakhir yang ditujui oleh para aktivis adalah Universiti Teknologi Malaysia (UTM) pada jam 10.30 malam untuk mendengar slot Syeikh Naquib Al-Attas. Beliau membicarakan mengenai keimanan, makrifat dan sebagainya. Slot tersebut tamat pada jam 11 malam. Para aktivis tiba di Unisel pada jam 12.30 malam.
 



Ucapan tahniah dan syabas kepada aktivis-aktivis yang menghadirkan diri. Semoga misi Rahmatan lil-Alamin berjalan dengan lancar, InsyaAllah.  

Assalamualaikum. 

Saturday 1 December 2012

Bengkel Dokumentari


SHAH ALAM- 30 November 2012, seramai lima orang ahli dari Grup Ibn Battutah termasuk penasihat Grup Pengkaji Tamadun Dunia, En. Izwan Suhadak  dan dua lagi aktivis dari Grup Turki iaitu Saudari Wan Ratini dan saudari Jihan telah menghadirkan diri ke Bengkel Dokumentari bersama saudara Nor Helmee b. Zainal Abidin pada jam 8.30 malam hingga 10 malam kemarin di pejabat beliau.  Sepanjang bengkel berlangsung, aktivis Ibn Battutah telah mempelajari ilmu-ilmu asas iaitu teknik-teknik  dalam menghasilkan dokumentari ringkas tetapi padat dan mantap.  Aktivis Ibn Battutah bertolak dari Unisel Bestari Jaya, Batang Berjuntai pada jam 5.15 petang dan sampai di Shah Alam kira-kira pada pukul 6.30 petang dan menjamu selera di Restoran Cina Muslim Al-Munawarah yang bersebelahan dengan pejabat saudara Nor Helmee. Aktivis Ibn Battutah bergerak pulang dari Shah Alam kira-kira pada pukul 10.30 malam dan tiba di Unisel pada pukul  11.50 malam. Usai sahaja bengkel dokumentari,  sesi bergambar dilakukan bersama saudara Nor Helmee b. Zainal Abidin.


Assalamualaikum. 

Bab 18: Ibn Battutah.


Bab 18: Ibn Battutah.
Sultan Mul Jawa.

Baginda ialah Sultan al-Malik al-Zahir iaitu salah seorang raja yang memiliki kelebihan di samping seorang yang dermawan. Baginda bermazhab Syafie dan mengasihi fuqaha. “Fuqaha” pula menghadiri majlis baginda untuk membaca kitab dan bermuzakarah. Baginda banyak berjihat dan berperang selain merupakan seorang yang tawaduk. Bukan itu saja, Sultan al-malik al-Zahir menunaikan solat Jumaat dengan berjalan kaki. Rakyat baginda juga bermazhab Syafi’e dan mereka turut mencintai jihad serta keluar berperang bersama-sama dengan baginda secara sukarela. Selain itu mereka berjaya mengalahkan orang kafir yang tinggal berdekatan dengan mereka. Orang kafir ini membayar jizyah kepada penduduk Jawa untuk menjamin keamanan diri.

Kisah Sultan al-Malik al-Zahir beredar ke kediaman dan adab mengucapkan salam kepada baginda.

Semasa Sultan al-Malik al-Zahir keluar dari masjid, baginda mendapati gajah dan kuda berada di luar pintunya. Apabila sultan menunggang gajah, orang yang bersama-sama baginda akan menunggang kuda. Itulah adat yang diamalkan oleh penduduk. Sebaliknya, apabila baginda menunggang kuda, mereka pula akan menunggang gajah dan golongan ilmuwan berada di sebelah kanak baginda. Pada hari tersebut, Sultan al-Malik al- Zahir menunggang kuda. Oleh itu, mereka menunggang kuda dan mengiringi baginda ke bailarung seri. Selain itu, didalam bailarung seri, semua wazir, amir, jurutulis, pegawai kerajaan dan panglima tentera telah pun berbaris. Baris yang pertama ialah baris wazir dan jurutulis. Wazir-wazir sultan seramai empat orang. Seterusnya kumpulan amir, baris Syarif dan fuqaha, golongan cendiakawan serta penyair-penyair dan baris panglima tentera dan baris budak suruhan serta mamluk.

      Selain itu, Sultan al-Malik al-Zahir terus berada di atas gajah baginda iaitu bersententang khubah. Tempat duduk baginda. Payung yang bertatahkan permata dibawa di atas kepala baginda untuk memayunginya dan di sebelah kanan baginda pula ditempatkan 50 ekor gajah yang siap dihias. Begitu juga di sebelah kiri baginda. Disamping itu, terdapat 100 ekor kuda nubah di sebelah kanak dan kiri baginda. Hajib-hajib utama berdiri di hadapan sultan. Selain itu, datang pula penghibur lelaki lalu mereka pula menyanyi di hadapan Sultan al-Malik al-Zahir. Seterusnya, seekor kuda yang dipakaikan sutera dan gelang -gelang emas serta tali sutera yang disulam , dibawa masuk. Kuda itu pun menari di hadapan baginda. Bila sudah menjelang senja, sultan akan masuk ke istana dan orang ramai akan balik ke rumah mereka.


Oleh : Hazirah Muhammad Rosli.

CUT NYAK DHIEN





                                                               CUT NYAK DHIEN


Cut Nyak Dhien adalah seorang pahlawan wanita Aceh yang gagah berani. Beliau dilahirkan di Lampadang pada tahun 1848, dan menikah pada usia dua belas tahun. Pada tahun 1878 suaminya yang pertama iaitu, Ibrahim Lamnga telah meninggal dunia kerana telah ditembak dalam sebuah pertempuran melawan Belanda. Dua tahun kemudian, seorang lelaki yang bernama Teuku Umar telah datang ke rumah pihak keluarga Cut Nyak Dhien untuk melamarnya. Secara peribadi, Cut Nyak Dhien bersedia untuk menerima lamaran tersebut asalkan Teuku Umar sanggup menerima syarat yang telah ditetapkan, iaitu apabila mereka telah berkahwin, Cut Nyak Dhien boleh mengikuti suaminya berperang melawan Belanda. Permohonan Cut Nyak Dhien telah diterima oleh Teuku Umar dan pada tahun 1880 mereka pun menikah. Sebagai seorang isteri, beliau setia dan selalu menyokong perjuangan suaminya. Pada tahun 1899, Teuku Umar rttelah meninggal dunia kerana ditembak dengan peluru emas oleh tentara Belanda. Akhirnya, Cut Nyak Dhien telah mengambil alih kepemimpinan suaminya. Selama enam tahun beliau telah berjuang bersama anaknya Cut Gambang untuk memimpin pasukan, mengaturkan strategi untuk perang gerila dan hidup bersama pasukannya di dalam hutan. Akhirnya, pada usianya yang sudah tua, beliau mendapat rabun mata serta telah ditangkap oleh tentera Belanda di hutan dan diasingkan ke Kabupaten Sumedang, Jawa Barat. Pada tahun 6 November 1908 beliau telah meninggal dunia dan dikebumikan di Gunung Puyuh, Kabupaten Sumedang.




Ini adalah bangunan rumah sebenar Cut Nyak Dhien yang sekarang ini adalah hasil replika kerana rumah yang sebenar telah dibakar hangus oleh tentera Belanda pada tahun 1896. Rumah sejarah ini terletak di Jalan Cut Nyak Dhien, desa Lampisang,di Banda Aceh. Di rumah ini, duhulunya Cut Nyak Dhien telah berlindung dan menyusun strategi untuk berperang melawan Belanda. Di rumah ini juga penduduk kampung yang berdekatan telah berlindung ketika gelombang tsunami melanda Banda Aceh pada tahun 2004 yang lalu.