Tuesday 30 October 2012

Proposal Xpdc Ibn Battutah 2012!!

Assalamualaikum....halu, halu, haluuuu~
hehe..Alhamdulillah, berkat kesabaran dan kekuatan dari ALLAH akhirnya siap juga blog yang tidak seberapa ni...wokkeh!
kat bawah ni adalah proposal 'Xpdc Ibn Battutah 2012' untuk ke Aceh. Nampaknya sukarelawan Grup Pengkaji Tamadun Dunia akan ke Acehlah ye? hurm, dan misinya akan dilaksanakan pada bulan Disember 2012 - Januari 2013 InsyaALLAH...Alhamdulillah, proposal ni dapat pujian dari Prof. Madya Dr.Osman bin Sabran...nak tahu rahsianya? jom kita usha, usha, usha proposal ni haaa.... :p



KERTAS KERJA
XPDC IBN BATTUTAH 2012
Projek Khidmat Pendidikan & Kajian Sosio-Budaya
TEMPAT
Medan-Lhoksemawe-Banda Aceh, Indonesia
TARIKH
25 Disember 2012 – 6 Januari 2013
ANJURAN
Grup Pengkaji Tamadun Dunia (GPTD)




1.0 TUJUAN

Kertas kerja XPDC IBN BATTUTAH 2012 | Projek Khidmat Pendidikan & Kajian Sosio-Budaya ini diadakan bagi mendapatkan kelulusan dan peruntukan daripada pihak yang berkenaan.


2.0   NAMA PROJEK

XPDC IBN BATTUTAH 2012

3.0   PENGENALAN

Sejarah dan ketamadunan merupakan suatu perkaitan yang rapat. Di mana lahirnya tamadun, di situlah wujudnya sejarah. Kealpaan generasi muda dalam menimba ilmu dan mengejar arus kemodenan telah membataskan minat dan fokus mereka untuk mengkaji tentang sejarah. Tanpa kita sedari, hal inilah yang bakal merosakkan minda anak-anak dan menjadikan tokoh lampau tenggelam ditelan zaman.

Atas kesedaran terhadap perkara inilah, kami dari Grup Pengkaji Tamadun Dunia (GPTD) telah bermuafakat untuk menjelajah ke Sumatera, Indonesia. Misi ke sana bukanlah suatu pengembaraan yang sia-sia kerana kembara ini menghayati makna konsep ‘Menyebarkan Rahmat Ke Sekalian Alam’. Oleh yang demikian, kami rasa terpanggil untuk mengkaji ketokohan Ibn Battutah yang pernah singgah ke Kerajaan Pasai (kini Lhoksemawe) di Indonesia sebagai pengembaran dan ilmuan.

Ibn Battutah dilahirkan di Tangier, Maghribi, pada 24 Februari 1304 era Dinasti Marinid. Beliau mempelajari mazhab Sunni Maliki di Afrika Utara. Pada Jun 1325, ketika beliau berumur 21 tahun, Ibn Battutah mengerjakan Haji di Mekah yang mengambil masa 16 bulan. Sejak itu beliau mengembara selama 24 tahun. Beliau merupakan cendiakawan dan ulama Mazhab Maliki, dan kadang-kalanya berkhidmat sebagai Qadi atau hakim.

Walau bagaimanapun beliau tersohor sebagai penjelajah dan pengembara serta menulis mengenai pengembaraanya selama hampir 30 tahun merangkumi lebih kurang 117,000 km. Penjelajahannya meliputi daerah yang sekarang merupakan Afrika Barat hingga ke Pakistan, India, Maldives, Sri Lanka, Asia Tenggara dan China, jarak yang jauh lebih hebat dari Marco Polo yang hidup hampir seera dengan beliau.

Oleh itu GPTD mengambil inisiatif untuk menjalankan misi ke Medan-Lhoksemawe-Banda Aceh, Indonesia bagi menjejak ketokohan dan jasa bakti, meneladani pemikiran dan metodologi dakwah beliau.


4.0   OBJEKTIF

1. Menjejak ketokohan dan sumbangan Ibn Battutah yang menyebarkan agama Islam di Acheh.

2.  Meneladani pemikiran dan metodologi dakwah Ibn Battutah yang berhikmah dan unik sehingga Islam diterima oleh masyarakat setempat.

3.  Melakukan kajian sosio-budaya di sekitar destinasi yang akan disinggahi serta mengadakan dialog ketamadunan bersama mahasiswa.

4.  Melahirkan pengembara dan sukarelawan muda yang melakukan khidmat sosial dan pendidikan di peringkat serantau.

5.  Membina jaringan antarabangsa terutamanya di kalangan belia dan mahasiswa Malaysia yang berada di Indonesia dan mahasiswa Indonesia.


5.0   JUSTIFIKASI

1.  Menjana peribadi mahasiswa yang berfikiran kreatif dan inovatif.
2.  Menjalin kerjasama sosial di antara mahasiswa antara dua negara.
3.  Membentuk modal insan yang berkualiti di dalam diri dan masyarakat.



6.0   TARIKH

25 Disember 2012 – 6 Januari 2013


7.0   TEMPAT

Medan-Lhoksemawe-Acheh, Indonesia



8.0   JENIS KEGIATAN / PROGRAM

1.       Khidmat Sosial bersama penduduk setempat.
2.       Khidmat Pendidikan kepada pelajar pesantren/anak yatim
3.       Mengkaji sejarah, tokoh, budaya dan bahasa Acheh.
4.       Pemetaan komuniti di Kampung Lhoksemawe.


 9.0   PESERTA

10 orang sukarelawan.



10.0 PENGLIBATAN

Program ini melibatkan beberapa pihak iaitu :

a) Global Peace Mission Malaysia (GPM)
b) Dewan Dakwah Islamiyyah Indonesia


11.0 STRUKTUR ORGANISASI 

Sila rujuk lampiran A

12.0 ATURCARA PROGRAM

Sila rujuk lampiran B

13.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

Sila rujuk lampiran C



14.0 PENUTUP

Diharapkan XPDC IBN BATTUTAH ini dapat melahirkan sukarelawan yang berjiwa kental dan berfikiran kritis samada dalam bidang akademik dan luar akademik agar boleh diaplikasikan di dalam kehidupan seharian. Semoga misi rahmatan lillalamin ini mendapat keredhaan Allah s.w.t.



Disediakan oleh,







MOHD SAFARUDIN BIN JHINKU
Pengarah
XPDC IBN BATTUTAH 2012




Lampiran A



STRUKTUR ORGANISASI XPDC IBN BATTUTAH 2012

PENASIHAT                    : MUHAMMAD SUHAIL AHMAD
                                             (Presiden Grup Penjejak Tamadun Dunia)

PENYELARAS 1 (my) : WAN RITINI WAN ISMAIL
                                            (Penyelaras Grup Ibn Battutah)

PENYELARAS 2 (id) : MURDANI AMIRUDDIN TIJU
                                            (Sukarelawan Dewan Dakwah Islamiyyah Indonesia)

PENGARAH                     : MOHD SAFARUDIN BIN JHINKU
                                              (Mahasiswa Universiti Selangor)

TIMB. PENGARAH : NURUL SYAFIKA BINTI SHAHARI
                                             (Mahasiswa Universiti Selangor)

SETIAUSAHA : SITI NUR ALIA BINTI CHE BURHAN
                                              (Mahasiswa Universiti Selangor)

BENDAHARI                    : NOR SHUHADA BINTI SABRI
                                               (Mahasiswa Universiti Selangor)

AHLI JAWATANKUASA UNIT

UNIT AKTIVITI              : SITI HAJAR HARNANI BINTI ISHAK
                                              (Mahasiswa Universiti Selangor)
UNIT SPIRITUAL           : PUTRI NURIDAYU BINTI SYAIKHHUSSI
                                               (Mahasiswa Universiti Selangor)
UNIT PROTOKOL          : NORAZAZIRA BINTI AZIZ
                                              (Mahasiswa Universiti Selangor)
UNIT MEDIA                  : MOHD FADHLI BIN KHAHARRUDDIN
                                              (Mahasiswa Universiti Selangor)
UNIT KESELAMATAN  :  AHMAD SHAHROL ZAIM BIN OMAR
                                              (Mahasiswa Universiti Selangor)







Lampiran B


TENTATIF XPDC IBN BATTUTAH 2012

(25 Disember 2012 – 6 Januari 2013)

( 25 Disember 2012 , Selasa )

7.20 pg : Berlepas ke Acheh, Indonesia
9.00 pg : Sampai di Banda Acheh, Indonesia
              : Pertemuan dengan Pimpinan Dewan Dakwah Indonesia (Tuan Rumah)
1.00 ptg : Rehat, Solat Jamak takdim berjemaah , Makan dan Minum
2.30 ptg : Pertemuan bersama Pelajar Islam Indonesia (PII)
4.00 ptg : Melawat Sekitar Bandar Acheh
6.00 ptg : Solat Jamak Takdim Berjemaah, makan dan minum
8.00 mlm: Rehat

( 26 Disember 2012, Rabu )

5.00 pg : Solat Subuh
7.00 pg : Sarapan dan riadah
9.00 pg : Aturkan pertemuan lain
             : Pertemuan Pelajar Malaysia
12.00 t/h : Solat Jamak Takdim Berjemaah, Makan tengah hari
1.00 ptg : Bergerak ke Gresik
4.00 ptg : Tiba di desa Gapura,Gresik
4.30 ptg : Berjumpa dengan Ketua Pesantren
6.00 ptg : Solat Jamak Takhir , Makan Malam
8.00  mlm: Sesi perbincangan untuk aktiviti keesokan hari

( 27 Disember 2012, Khamis )

5.00 pg : Solat subuh
7.00 pg : Sarapan dan riadah
9.00 pg : Membuat kajian tentang Ibn Battutah
12.00 t/h : Solat jamak takdim berjemaah, makan tengahari
2.00 ptg  : Membuat kajian tentang Ibn battutah
6.00 ptg : Solat Maghrib dan Isyak berjemaah,Tazkirah, makan malam
8.00 mlm: Sesi post mortem untuk aktiviti keesokan harinya

( 28 Disember 2012, Jumaat )
5.00 pg : Solat subuh
7.00 pg : Riadhah
9.00 pg   : Lawatan ke Masjid Ampel
12.00 t/h : Persediaan untuk solat jumaat,makan tengahari.
2.00 ptg  : Menziarah Makam Maulana Malik Ibrahim, Desa Gapura
6.00 ptg  : Solat Magrib dan Isyak berjemaah,Tazkirah, makan malam
8.00 mlm: Sesi post mortem untuk aktiviti keesokan harinya

( 29 Disember 2012, Sabtu )

5.00 pg : Solat subuh
7.00 pg : Riadhah (jalur biru), sarapan
9.00 pg    : Sesi taaruf bersama Masyarakat kampung
12.00 t/h  : Solat Jamak Takdim Berjemaah, makan dan minum
2.00 ptg   : Aktiviti bersama masyarakat kampung (Pembahagian Keluarga Angkat)
4.00 ptg  : Persediaan untuk solat Asar berjemaah
5.30 ptg  : Bersama keluarga angkat masing-masing
6.00 ptg : Solat Magrib dan Isyak Berjemaah,Tazkirah,Makan Malam.
9.00 mlm: Pulang ke rumah keluarga angkat masing-masing

( 30 Disember 2012, Ahad )

5.00 pg : Solat subuh
7.00 pg : Riadhah (kelopak bunga), sarapan
9.00 pg : Bergotong royong (membersihkan surau@masjid)
12.00 t/h : Persediaan untuk solat Zohor Berjemaah,Makan Tengahari
2.00 ptg  : Pemetaan Komuniti (TURDA)
4.00 ptg  : Persediaan untuk solat Asar berjemaah
5.30 ptg  : Sesi Tazkirah
6.00 ptg  : Solat Magrib dan Isyak Berjemaah, Tazkirah
8.00 mlm: Sesi post mortem untuk keesokan harinya
9.00 mlm: Pulang ke rumah keluarga angkat masing-masing

( 31 Disember 2012, Isnin )

5.00 pg : Solat Subuh
7.00 pg : Riadhah dan Sarapan
9.00 pg : Aktiviti : Bermain permainan tradisional dan moden bersama
                                masyarakat Kampung
12.00 t/h : Solat Zohor Berjemaah , makan tengahari
2.00 ptg  : Slot motivasi kepada Ibu-ibu ( pentingnya kebersihan)
               : Slot motivasi kepada Bapak-bapak ( sesi kaunseling )
4.00 ptg  : Solat Asar berjemaah
5.00 ptg  : Senaman petang
6.00 ptg  : Solat Magrib dan Isyak Berjemaah, makan malam
8.00 mlm: Post mortem untuk aktiviti keesokan harinya
9.00 mlm: Pulang ke rumah angkat masing-masing

( 1 Januari 2013, Selasa )

5.00 pg : Solat Subuh
7.00 pg : Riadhah (bola tanpa jaring), sarapan pagi
9.00 pg : Penutupan TURDA
12.00 t/h   : Persedian Solat Zohor Berjemaah, Makan tengahhari
2.00 ptg    : Bergerak ke Pesantren
4.00 ptg    : Solat asar Berjemaah
5.00 ptg    : Riadhah
6.00 ptg    : Solat magrib dan Isyak berjemaah
8.00 mlm  : Sesi taaruf (ICE-BREAKING ) bersama warga pesantern
10.00 mlm: Post Mortem untuk aktiviti keesokan harinya

( 2 Januari 2013, Rabu )

5.00 pg : Solat Subuh
7.00 pg : Riadhah ( bila kewek di tambat), sarapan pagi
9.00 pg : Aktiviti : Brain Wash & Pengajaran Bahasa Inggeris
12.00 t/h   : Persediaan untuk solat Zohor Berjemaah, Makan tengahari
2.00 ptg    : Aktiviti : Pembelajaran Matematik
6.00 ptg    : Solat Magrib dan Isyak Berjemaah, makan malam
8.00 mlm  : Aktiviti : Slot Motivasi (bebola jiwa)
10.00 mlm: Sesi perbincangan untuk aktiviti keesokan hari

( 3 Januari 2013, Khamis )

5.00 pg : Solat subuh
7.00 pg : Riadhah (menara impian), sarapan pagi
9.00 pg : Aktiviti : Pembelajaran Sains
12.00 t/h  : Persediaan untuk solat Zohor berjemaah, Makan tengahari
2.00 ptg   : Aktiviti :(tik tok teh ko)
4.00 ptg   : Solat Asar Berjemaah
6.00 ptg  : Solat Magrib dan Isyak berjemaah, makan malam
8.00 mlm  : Aktiviti : (Sebidang Tanah)
10.00 mlm: Sesi perbincangan untuk aktiviti keesokan hari

( 4 Januari 2013, Jumaat )

5.00 pg : Solat Subuh
7.00 pg : Riadhah ( Gelang Seposen), sarapan pagi
9.00 pg : Kem kepimpinan dan jati diri
               : Sesi taaruf ( kucing saya...)
                 : Pembahagian kumpulan
12.00 t/h   : Persediaan untuk solat Asar Berjemaah, Makan tengahari
2.00 ptg    : Pemetaan Komuniti
4.30 ptg    : Solat Asar Berjemaah
5.30 ptg    : Rehat
6.00 ptg    : Solat Magrib dan Isyak  Berjemaah, makan malam
8.00 mlm  : Aktiviti : Perbentangan pemetaan komuniti
10.00 mlm: Aktiviti : Burung Hantu
12.00 mlm: Sesi perbincangan untuk aktiviti keesokan hari

( 5 Januari 2013, Sabtu )

5.00 pg    :  Solat Subuh
7.00 pg    :  Riadhah dan senaman aerobik, sarapan pagi
9.00 pg    :  Perbincangan malam kebudayaan dan BBQ
12.00 t/h  :  Makan tengahari dan solat Zohor
2.00 pg    :  Bersambung latihan kebudayaan
5.00 ptg   :  Solat Asar Berjemaah
6.00 ptg   :  Solat Magrib dan Isyak Berjemaah, makan malam
8.00 mlm :  Persediaan malam kebudayaan dan BBQ
11.00 mlm: Majlis penutup
              : Malam kebudayaan dan BBQ

( 6 Januari 2013, Ahad )

5.00 pg : Solat Subuh dan sarapan
7.00 pg : Bergerak Ke Lapangan Terbang Banda Aceh
12.00 t/h : Sampai ke LCCT.



Lampiran C


PERBELANJAAN

Pendapatan
Yuran Peserta 10 orang X RM100.00 RM  1 000.00
Penajaan Luar RM11 000.00 RM11 000.00
                                                                                 -----------------
Jumlah                                                                       RM12 000.00

Perbelanjaan
Makan / Minuman 10 orang X RM 200.00 RM 2  000.00
Tiket Kapal Terbang 10 orang X RM 400.00                 RM 4 000.00
Pengangkutan                RM 2 000.00 RM 2 000.00
Penginapan RM 1 000.00 RM 1 000.00
Banner / Bunting RM    200.00 RM    200.00
Koleksi Buku RM    300.00 RM    300.00
Cenderamata RM    500.00 RM    500.00
Sumbangan Tunai RM 1 000.00 RM 1 000.00
Dokumentasi RM    500.00 RM    500.00
Percetakan Risalah RM    100.00 RM    100.00
Sim Card & Top Up RM    400.00 RM    400.00
                                                                            ---------------------
JUMLAH                                                                  RM 12 000.00